Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tabur
Kata Terbitan : bertabur, bertaburan, menabur, menaburkan, tertabur, taburan, penabur,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tabur; bertabur 1 = ~ (dgn) dihamburi dgn: Bilik tidurnya ~ dgn bunga rampai. 2 banyak terdapat atau banyak kelihatan: Langit ~ bintang. bertaburan, ber­tabur-tabur bersepah merata-rata; berhamburan ke sana sini; berserak-serak; berselerak: Buku dan kad selamat hari raya ~ di dlm biliknya. menabur 1 membuat jadi bertabur; membuang ke serata tempat supaya bertabur: ~ benih padi di semaian; ~ bunga di perkuburan. 2 ki menyiarkan pendapat dll; menyebarkan cerita dll: Janganlah kamu ~ cerita yg belum tentu benarnya itu. menaburi menghamburkan se­suatu pd; menabur pd: Mereka telah ~ peti jenazah itu bunga mawar dan bunga melati. menaburkan menabur sesuatu utk. taburan 1 sesuatu yg bertabur atau yg ditabur. 2 serakan; sebaran. penaburan perbuatan (hal, cara dll) menabur atau menaburi. penabur 1 orang yg menabur. 2 alat yg digunakan utk menabur (benih dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
taburan1 sesuatu yg bertabur atau yg ditabur. 2 serakan; sebaran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
taburan1. yg ditabur (tertabur); 2. sebaran, serakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
taburan 1 sesuatu yg bertabur atau yg ditaburkan.Kamus Pelajar
tabur Ipadi ~ Br padi yg ditanam tidak dgn teratur (dicampakkan atau diselerakkan sahaja benihnya); bertabur bertabur 1. = ~ dgn = bertaburkan disebari (dgn), dihamburi (dgn): bilik tidur pengantin itu ~ dgn bunga rampai; 2. penuh dihiasi (dgn): di dadanya tersemat bintang yg ~ intan berlian; 3. memberikan derma, bersedekah: hendak tuah ~ urai; 4. ki banyak terdapat (kelihatan), berselerak (di merata-rata tem­pat): di langit kelihatan bintang-bintang ~ memancarkan cahaya yg muram; 5. rintik-rintik, borek: ayam ~; 6. bersongket: kain ~; ~-tebar = bertaburan; bertaburan, bertabur-tabur 1. berselerak (di sana sini), berhamburan dan tidak bersusun, berserak-serak: di hadapannya ~ beberapa keping kad selamat hari raya; 2. terdapat (kelihatan) dgn banyaknya: mereka singgah di pulau-pulau yg ~ di pantai timur Seme­nanjung Tanah Melayu;menabur 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, ber­taburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~;~ budi berbuat baik (sering kali atau kpd banyak orang dsb), berbudi; ~ fitnah membuat fitnah merata-rata; ~ wang membuang-buang wang; menaburi 1. menabur atau menyebar (bunga dll) kpd: sampai di rumah, Wan Derus dita­buri beras kunyit; 2. bertabur di: ejen-ejen Rusia ini ~ kawasan gerakan tentera di Czechoslavakia; menaburkan 1. menjadikan bertabur (ber-selerak), menghamburkan merata-rata, me-nyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, me­nyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditabur-kan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk me-mecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; tertabur telah ditabur, terhambur, terselerak (ke merata-rata); taburan 1. yg ditabur (tertabur); 2. sebaran, serakan; pertaburan kekerapan terdapatnya sesuatu (penduduk dll) di sesuatu kawasan atau dlm tempoh masa tertentu: keadaan tidak se-imbang dlm ~ kuasa; penaburan perbuatan menabur (baja, benih, dll);penabur 1. orang yg menabur (bunga, benih); 2. alat utk menabur sesuatu (spt baja, benih dsb): ~ baja; ~ benih; 3. peluru kecil-kecil, kacang-kacang; habis ~ Palembang tak alah prb sesuatu usaha yg tidak mendatangkan hasil cuma rugi semata-mata.Kamus Dewan Edisi Keempat
penyerakan(dispersion)1. Pengagihan pemproses ke tempat yang berasingan. 2. Julat taburan perbezaan data daripada nilai jangkaan.Kamus Komputer
ampaian1 tali yg diregangkan, kayu dll tempat menjemur pakaian dsb. 2 ist serakan atau taburan zarah di dlm cecair atau gas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menabur1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, ber­taburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
berterbangan1. terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak: unggas ~ dr suatu dahan ke dahan yg lain serta bersiul-siul mencari makanan; 2. berhamburan (ber­taburan) di udara, melayang-layang di udara (debu dll): debu di jalan raya ~ ke udara apabila dihembus angin;Kamus Dewan Edisi Keempat
surih1. coret panjang (lurus, bengkok atau melengkung), jalur kecil, garis, gores; 2. kesan atau jalan yg telah dilalui oleh sesuatu, bekas; ~ gelombang jalan yg diikuti oleh sesuatu gelombang; kertas ~ kertas nipis yg digunakan utk meniru peta dll yg diletakkan di bawah­nya; bersurih ada garisnya (bekasnya), bergaris, bergores; menyurih 1. melukis garisan, menggaris, menggores; 2. melukis peta dgn menggunakan kertas surih (peta asal diletakkan di bawah­nya); menyurihkan membuat garisan, menggaris­kan, menggaritkan, menggoreskan; ~ api­-api menggores mancis api; ~ jalan a) mencari akal (daya upaya); b) memberi petunjuk (petua); ~ percakapan memesongkan per­bualan; penyurihan (Kim) penggunaan bahan (biasa­nya radioaktif) utk mengesan taburan, per­jalanan, atau kedudukan sesuatu unsur, sebatian, struktur, dll dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh; penyurih 1. orang yg melukis peta dll (dgn meniru dr peta yg sedia ada); 2. (Kim) bahan (biasanya radioaktif) yg digunakan utk me­ngenal pasti atau mengesan struktur tertentu dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas