tafsiran | penjelasan mengenai maksud sesuatu ayat dll: Berbagai-bagai ~ telah diberikan terhadap kenyataan tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tafsiran | 1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir; 2. hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tafsiran | keterangan dan penjelasan (maksud ayat dll), kupasan, ulasan: ada manusia yg salah ~ menganggap sajak Salim berunsur cercaan; berbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenyataan tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salah tafsir | tidak betul atau silap dlm membuat tafsiran ttg sesuatu. menyalahtafsirkan memberikan atau membuat tafsiran yg salah; salah mentafsirkan sesuatu: Mereka perlu benar-benar faham agar tidak ~ perkara yg dibincangkan itu. penyalahtafsiran perbuatan atau hal menyalahtafsirkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ulas III | ; mengulas memberi keterangan atau tafsiran ttg sesuatu; mengupas; mentafsirkan: Pensyarah itu sedang ~ isi novel tsb. ulasan huraian atau tafsiran ttg sesuatu: ~ buku huraian isi sesebuah buku; ~ selari huraian yg dibuat ketika sesuatu peristiwa atau kejadian sedang berlangsung. pengulas orang yg mengulas; juruulas; pentafsir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ulas III | ; juru~ orang yg menghuraikan (mengupas) sesuatu, jurutafsir; mengulas memberi tafsiran (penerangan lanjut, pendapat, dll) tentang sesuatu, mengupas, mentafsir: majalah itu telah ~ filem ‘Penarik Beca’ sbg filem yg terbaik dlm tahun 1955; ulasan huraian tentang sesuatu, kupasan, tafsiran; ~ buku kupasan isi sesebuah buku (oleh pengkritik buku); ~ selari huraian yg dibuat ketika sesuatu kejadian (upacara, pertanding-an, dll) sedang berlangsung; pengulasan perbuatan mengulas: ~ dan penjelasan tentang karya sastera; pengulas orang yg mengulas, juruulas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tafsir | 1 keterangan atau penjelasan mengenai maksud ayat Quran atau hadis. 2 = tafsiran penjelasan mengenai maksud sesuatu ayat dll: Berbagai-bagai ~ telah diberikan terhadap kenyataan tsb. mentafsirkan 1 menerangkan maksud sesuatu ayat Quran. 2 memberikan penjelasan; menghuraikan; menjelaskan. pentafsiran perihal (perbuatan dll) mentafsirkan; penjelasan. pentafsir orang yg mentafsirkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tafsir | 1. keterangan dan penjelasan bkn ayat-ayat Quran (kitab suci): kuselidiki isi Quran sedalam-dalamnya, ~nya kukaji; ahli ~ orang yg bijak menerangkan maksud atau tujuan ayat-ayat Quran; 2. = tafsiran keterangan dan penjelasan (maksud ayat dll), kupasan, ulasan: ada manusia yg salah ~ menganggap sajak Salim berunsur cercaan; berbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenyataan tersebut; juru~ orang yg memberi penjelasan (ulasan dll); mentafsirkan 1. menerangkan maksud (ayat-ayat Quran): guru itu diminta ~ ayat-ayat Quran yg disebutkannya; 2. memberi penjelasan (keterangan), mengulas, mengertikan, menjelaskan: mahkamah mempunyai kuasa utk ~ perkara undang-undang yg syak dan waham; tafsiran 1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir; 2. hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat; pentafsiran perihal (perbuatan) mentafsirkan (sesuatu); pentafsir orang yg mentafsirkan, ahli tafsir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pentafsiran | perihal (perbuatan dll) mentafsirkan; penjelasan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ertian | tafsiran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |