tahan II | menahan memasang jerat dll (utk menangkap binatang, ikan, dll): ~ bubu; tertahan (sudah) terpasang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tapa II | Mn ark; tahan ~ tidak berasa sakit kalau dipukul (kebal), tahan pukul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuak II | ; tahan ~ duduk dgn tidak sopan yg menyebabkan kain terselak lalu menampak-kan betis atau paha. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alah II | sangat sensitif atau tidak tahan terhadap sesuatu bahan (spt ubat, makanan) yg dpt memudaratkan diri tetapi bahan itu tidak mendatangkan apa-apa kesan kpd orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lasak II | selalu dipakai (bkn pakaian dll): tahan ~ dpt dipakai lama; tidak lekas koyak; pakaian ~ pakaian yg selalu digunakan; pakaian sehari-hari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
takat II | Jw tidak lekas atau mudah mati, tahan menderita sakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Lasak II | selalu dipakai (bkn pakaian dll): tahan ~ dpt dipakai lama; tidak lekas koyak; pakaian ~pakaian yg selalu digunakan; pakaian sehari-hari. | Kamus Pelajar |
alah II | keadaan seseorang yg sangat sensitif atau tidak tahan terhadap sesuatu bahan (spt ubat, makanan dsb) yg dpt memudaratkan dirinya tetapi bahan itu tidak mendatangkan apa-apa kesan kpd orang lain. | Kamus Pelajar |
tawar II | bp = menawar; bidan ~ bidan yg diundang (ditempah) terlebih dahulu, lwn bidan terjun; adat dagang, tahan ~ barang dagangan sudah semestinya boleh dikurangkan harganya; bertawar-tawaran tawar-menawar; menawar 1. menyebut harga (sewa dll) yg berani dibayar, minta membeli (menyewa sesuatu): sehelai kain panjang perkalungan, sudah ditawarnya lapan rupiah; 2. meminta dikurangkan harga dll yg ditetapkan oleh penjual: Pak Dolah tidak ~ lagi, dia mengeluarkan duit dr dlm dompetnya dan membayar; 3. menyebutkan berapa “kurangnya” drpd harga yg diletakkan oleh penjual dll: boleh ~ sedikit; tawar-menawar saling meminta dikurangkan harganya (sewanya, tuntutan, dll): dgn tiada bertangguh dan tiada ~ lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; kuasa ~ mereka lebih kuat lagi drpd seluruh kekuatan negara masing-masing; menawari ark mengunjuk seseorang supaya dibeli (disewa, dipakai, dll): seorang pemuda yg sedang duduk telah bangun dan ~ gadis itu tempat duduknya; menawarkan mengunjukkan (mengemukakan dsb) sesuatu supaya dibeli (dipakai, diterima, dll), menyatakan kesediaan memberikan dsb sesuatu (spt pertolongan, khidmat, dll): se-orang anak Cina mendekati dan ~ barang-barang jajaannya; kemudian dia sendiri duduk dan dgn santun ~ rokok kpd tamu-tamunya; dlm hal ini Persatuan ~ khidmat pd peringkat permukaan;tawaran 1. harga yg dikemukakan oleh pem-beli (penyewa dll): ~ dipelawa bagi menyewa gerai menjual minuman; 2. sesuatu yg ditawarkan: mendengar ~ gaji tinggi yg dibuat melalui surat khabar mereka pun datang melamar; dia menolak ~ orang tua itu utk dijodohkan dgn seorang pemuda; 3. sebut harga (upah) utk membuat sesuatu: ~ drpd pemborong utk membina bangunan itu akan diterima mulai 11 Januari;penawaran perihal menawar(kan): kedua-dua ~ dan penerimaan ini mestilah diucapkan dlm satu perjumpaan; sebarang bencana alam atau kegagalan tanaman akan menye-babkan ~ beras dunia semakin berkurangan; penawar orang yg menawar, pemohon, pelamar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangguh II | 1. sukar ditewaskan, kuat: tenteranya yg ~ serta berani; 2. teguh (pendirian), tabah dan tahan (menderita dll), kukuh: pemimpin yg ~;ketangguhan kekuatan, kekukuhan, keteguhan, keuletan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |