tahi | 1 hampas makanan yg keluar dr dlm perut manusia atau binatang melalui dubur: ~ ayam; ~ lembu. 2 berbagai-bagai benda yg dianggap sbg hampas (sisa, keladak, kotoran, karat dll): ~ mata; ~ bijih. 3 ki orang yg suka melakukan sesuatu: ~ arak orang yg suka dan kuat minum arak; ~ judi orang yg suka bermain judi. ~ bintang benda bercahaya yg kelihatan di angkasa, yg bergerak dgn lajunya. ~ lalat a. bintik hitam pd kulit. b. bintik (-bintik) hitam pd pakaian. ~ minyak sisa drpd santan yg dimasak setelah minyaknya diperoleh; kerak minyak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cirit | 1. tahi cair; 2. keladak, endap-endap, hampas; 3. = ~-birit sakit terberak-berak; ~ bintang tahi bintang, bintang beralih (gugur); ~-birit (-mirit) (sakit) terberak-berak atau buang-buang air; ~ kopi (madat, minyak) keladak atau hampas kopi (madat, minyak); menghendakkan ~ harimau tergantung di ekornya prb menginginkan sesuatu yg tidak mungkin diperoleh; termakan (di) ~ berendang prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai (mengikut sahaja apa kata) orang; mencirit terberak cair; menciriti mengeluarkan cirit di, mengotori dgn cirit: maka ia turun ke kolam hamba yg dua buah itu lalu diciritinya kolam itu kedua-duanya; menciritkan memberakkan; ~ tunjang Mn beranak; tercirit terkeluar cirit, terberak cair. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berak | /bérak/ 1 tahi; najis. 2 mengeluarkan tahi; buang air besar. memberaki 1 mengeluarkan berak pd sesuatu; mengotorkan sesuatu dgn najis: Janganlah ~ tempat makan sendiri. 2 ki melakukan pekerjaan yg jahat sesudah menerima layanan yg baik; mengkhianati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cirit | 1 tahi cair. 2 = ~-birit (-mirit) sakit terberak-berak cair. 3 hampas drpd sesuatu; endapan. 4 = mencirit mengeluarkan cirit (kerana sakit perut). ~ bintang bintang yg kelihatan spt jatuh; bintang beralih. ~ kopi (minyak) hampas atau keladak kopi (minyak). menciriti mengeluarkan cirit di (pd); mengotorkan sesuatu dgn cirit. tercirit terberak cair; terkeluar cirit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terak I | 1. tahi bijih, sanga; 2. = ~ dapur sisa bara api. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berak | /bérak/ 1. tahi; najis. 2. mengeluarkan tahi; buang air besar. memberaki 1. mengeluarkan berak pd sesuatu; mengotorkan sesuatu dgn najis: <i>Janganlah ~ tempat makan sendiri.i> 2. <i>kii> melakukan pekerjaan yg jahat sesudah menerima layanan yg baik; mengkhianati. | Kamus Pelajar |
ara | 1. sj tumbuhan (yg termasuk jenis fikus): ~ akar, ~ batu, ~ buluh, dll; 2. sj tumbuhan (bukan jenis fikus); ~ batu dandi, rumput tahi ayam, selasih, tahi anjing, tambak-tambak jantan, Ageratum conyzoides; ~ bukit pokok perut budak, lindung matahari, perah ikan, Pimeleodendron griffithianum; ~ lumut akar kami; gurah peria(t), tukul takal, Croton caudatum; ~ songsang nyarang songsang, Achyranthus aspera; bagai menanti ~ hanyut prb menanti sesuatu yg mungkin datang tetapi lambat, ataupun yg tidak datang-datang; menanti ~ tidak bergetah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin dapat; pinjam (hutang) kayu ~ prb jikalau meminjamkan wang kpd orang besar jangan diharap akan kembali; tinggi kayu ~ dilangkahi, rendah bilang-bilang diselodoki prb melakukan sesuatu hendaklah menurut patutnya, walaupun kadang-kadang ganjil pd perasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cirit | 1. tahi cair. 2. = <i>~-birit (mirit)i> sakit terberak-berak cair. 3. hampas drpd sesuatu; endapan. <i>~ bintangi> bintang yg kelihatan spt jatuh; bintang beralih. <i>~ kopi (minyak)i> hampas atau keladak kopi (minyak). mencirit mengeluarkan cirit (kerana sakit perut). menciriti mengeluarkan cirit di (pd); mengotorkan sesuatu dgn cirit. tercirit terberak cair; terkeluar cirit. | Kamus Pelajar |
pupuk I | 1. benda yg digunakan utk menyuburkan tanah (tanam-tanaman), baja; 2. sesuatu yg boleh menyebabkan subur (maju, berkembang, dll): nasihat itu dirasainya sbg ~ bagi cita-citanya yg ingin maju; kekalahan Jepun menjadi ~ yg memanaskan perkembangan baharu menuju kemerdekaan; ~ alam pupuk asli spt tahi binatang atau daundaun (bukan yg dibuat oleh manusia), baja asli; ~ buatan pupuk yg dibuat secara kimia, baja buatan, baja tiruan; ~ hijau pupuk drpd daun atau tumbuh-tumbuhan, baja hijau; ~ kandang pupuk drpd tahi binatang (spt tahi lembu, kerbau, dll), baja kandang; ~ kuda pupuk drpd tahi kuda; memupuk 1. menyuburkan tanah (tanam-tanaman) dgn pupuk, membubuh pupuk (atau baja) pd, membajai: tanah itu dipupuk dgn baja; 2. menggemukkan (badan, binatang, dll): ayam biri meskipun tidak dipupuk, gemuk juga; 3. menjadikan atau menyebabkan subur (maju, berkembang, dll): karya-karya dan tulisan pengarang boleh ~ semangat dan kemajuan masyarakat; menyemai dan ~ semangat cintakan tanah air; pupukan hasil (perbuatan) memupuk: masyarakat mulai menerima ~ fikiran moden; pemupukan perbuatan (cara, usaha, dsb) memupuk: ~ pengaruh harus banyak mendapat perhatian kita; ~ satu kesedaran dan semangat kemalaysiaan; pemupuk yg digunakan (dipakai) utk memupuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahi I | 1. hampas makanan dlm perut (manusia, binatang) yg keluar melalui dubur, najis: ~ anjing; ~ kambing; najis atau ~ itu mengandungi benda-benda yg kasar yg tidak dapat diserap oleh tubuh; 2. berbagai-bagai hampas, karat, kotoran, sisa; 3. ki orang yg ketagihan sesuatu (kerana kebiasaan): ~ judi; ~ air sampah sarap yg mengapung di atas air; ~ angan orang yg suka mengelamun; ~ angin a) awan tipis yg ditiup angin; b) bp borak, obrol, sembang; ~ arak orang yg suka dan kuat minum arak; ~ besi karat pd besi; ~ betina lelaki yg suka berzina; ~ bijih sanga, terak; ~ bintang benda yg kelihatan berkilau spt bintang dan melayang di angkasa utk beberapa ketika; ~ candu a) kotoran yg melekat pd paip penghisap candu; b) orang yg gemar menghisap candu; ~ gergaji serbuk drpd kayu yg digergaji; ~ gigi kotoran yg di celah-celah gigi; ~ hidung hingus kering dlm hidung; ~ ketam sisa kayu yg diketam, tatal; ~ kikir serbuk drpd besi yg dikikir; ~ kuku kotoran hitam di celah-celah kuku; ~ lalat a) tanda hitam bulat pd kulit; b) bintik-bintik hitam pd pakaian; ~ mata kotoran pd mata; ~ minyak a) kerak minyak (kelapa); b) Jh orang yg suka berbohong; ~ rokok orang yg suka (kuat) menghisap rokok; ~ telinga kotoran dlm telinga; ~ tembaga karat yg melekat pd tembaga, terusi; tiada terbuangkan ~ mata dgn empu kaki prb aib sanak saudara kita tentu terpikul oleh kita sendiri juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |