taipan | yg ditaip, hasil drpd (perbuatan) menaip: membetulkan kesilapan-kesilapan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kunci papan kekunci(keyboard lock) | Ciri khas yang menghalang taipan pada papan kekunci daripada diterima oleh komputer. | Kamus Komputer |
penggembleng(pooler) | Peranti yang berfungsi mengumpulkan dan menukarkan input data taipan daripada beberapa punca kepada bentuk yang sesuai untuk komputer utama. | Kamus Komputer |
kertas karbon | kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kertas karbon | kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taip | mesin ~ mesin papan kekunci utk menulis huruf, angka, dsb secara mekanikal;menaip menulis dgn mesin taip: tatkala dia ~ itu mulutnya kumat-kamit sedang jarinya menekan satu-satu huruf; taip-menaip perihal menaip (surat, rencana, dll): mereka telah menganjurkan suatu kelas trengkas dan ~; menaipkan menaip sesuatu utk (kerana); taipan yg ditaip, hasil drpd (perbuatan) menaip: membetulkan kesilapan-kesilapan ~; penaipan perihal (perbuatan dsb) menaip: satu cetakan hasil ~ hendaklah dikeluarkan utk semakan; penaip orang yg menaip. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kertas | benda tipis yg dibuat drpd kayu dll dan digunakan sbg alat tulis dll. ~ bungkus kertas yg digunakan utk membungkus barang-barang. ~ emas kertas berwarna emas spt yg terdapat di dlm kotak pembungkus rokok. ~ empelas (las) kertas yg dilapisi serbuk kaca, pasir dll utk melicinkan kayu dll. ~ graf kertas yg berpetak-petak empat segi sama yg digunakan utk melukis graf atau rajah. ~ grid kertas yg bergaris-garis atau berpetak-petak empat segi sama utk melukis peta, carta, rajah dll. ~ kaca kertas yg dilapisi serbuk kaca utk melincinkan sesuatu. ~ karbon kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan. ~ kerja makalah yg dibentangkan dlm sesuatu sidang (bengkel, seminar dsb) utk membahaskan sesuatu masalah. ~ lap kertas utk mengeringkan tulisan dakwat. ~ las basah kertas las yg kalis air dan digunakan apabila mengempelas cat, logam dsb. ~ las kering kertas las yg menggunakan glu haiwan utk mengikat butir-butir bahan (pasir, kaca dll) yg dilapiskan pdnya. ~ lilin kertas yg dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan utk membungkus makanan. ~ litmus kertas yg pdnya terdapat litmus dan digunakan utk menentukan sama ada sesuatu bahan itu asid atau bes. ~ lukis(an) kertas tempat membuat lukisan. ~ pasir kertas yg dilapisi serbuk pasir utk melicinkan sesuatu. ~ rokok kertas tipis utk menggulung rokok. ~ saring (turas) kertas utk menapis benda-benda yg cair. ~ surih kertas yg nipis dan licin utk menyalin peta dll. ~ tisu kertas yg tipis dan lembut yg digunakan utk mengelap tangan (muka dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kertas I | 1. sj bahan dlm bentuk helaian nipis yg dibuat drpd kayu dll yg padanya sesuatu ditulis, dicetak, dilukis, dll; 2. sl kad (utk berjudi); ~ akhbar kertas yg kasar dan berkualiti rendah, biasanya digunakan utk mencetak akhbar; ~ bunga sj kertas nipis dlm pelbagai warna yg permukaannya berkedut-kedut, biasanya digunakan utk membuat bunga dsb; ~ bungkus = ~ pembungkus; ~ dinding kertas (bercorak atau bergambar) yg dilekatkan pd dinding (utk menghiasi bilik dll); ~ emas kertas yg berwarna emas dlm kotak pembungkus rokok dll; ~ embun (kembang, lap, pedap, penetap, sap, tekap) kertas utk mengeringkan tulisan dakwat; ~ empelas (kaca, pasir) kertas berlapis serbuk kaca atau pasir utk menggosok (melicinkan) kayu dll; ~ graf kertas yg bergaris berpetak-petak empat segi (digunakan utk melukis graf atau rajah); ~ jeluang kertas drpd kulit kayu; ~ karbon kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan; ~ kerja makalah bertulis yg mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu (dibentangkan utk perbahasan); ~ khabar ark surat khabar; ~ krep kertas bunga; ~ kulit kulit yg ditulisi; ~ lilin sj kertas yg dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan utk membungkus makanan; ~ litmus kertas yg digunakan utk menguji asid atau alkali; ~ lukis kertas utk dilukis; ~ minyak = ~ telur kertas yg nipis licin (tidak mudah diresap oleh air atau minyak; ~ pembungkus kertas yg digunakan utk membungkus barang; ~ pendua kertas utk dihasilkan beberapa banyak salinan sesuatu yg telah ditaip pd stensil; ~ peperiksaan a) kertas yg mengandungi soalan sesuatu mata pelajaran; b) kertas jawaban oleh calon peperiksaan dlm mata pelajaran tertentu; ~ positif kertas gambar foto; ~ putih naskhah (dikeluarkan oleh kerajaan) yg mengandungi maklumat (laporan dsb) bkn perkara tertentu (biasanya yg ada hubungannya dgn kepentingan orang ramai); ~ rokok kertas utk menggulung rokok; ~ saring = ~ turas kertas tapisan (utk menapis barang cair); ~ surih kertas yg nipis, licin, dan hening (digunakan utk menyalin peta dll); ~ taip kertas utk ditaip sesuatu padanya; ~ tisu kertas lembut dan nipis yg digunakan utk mengelap muka dll; ~ tulis kertas surat (kertas kosong utk ditulisi); ~ undi kertas yg disediakan utk seseorang mengundi dlm sesuatu pemilihan (pilihan raya dsb); bunga ~ a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan); b) sj pohon bunga; ibarat dakwat dgn ~, bila boleh renggang terlepas prb sangat sesuai (berkasih-kasihan) antara satu sama lain; mengertas; kertas-~ ark perca (cabikan, sobek-sobekan) kertas, berbagai-bagai kertas (yg tidak ada gunanya lagi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |