Definisi : (Eko) persetujuan atau tindakan menjamin utk membeli atau menyerap semua terbitan saham yg tidak dapat dijual kpd orang ramai dgn harga yg dipersetujui: beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis ~ saham syarikat tersebut; menaja jamin 1. bersetuju utk membeli semua saham baru yg tidak dibeli orang ramai pd harga yg ditetapkan bersama: pengurus terbitan akan ~ bon terbitan pd satu kadar faedah yg dipersetujui; 2. bersetuju utk membiayai kos sesuatu perusahaan (perniagaan dsb): projek perumahan yg terbengkalai akan dibangunkan semula oleh pemaju atau institusi kewangan yg ~ projek itu; penajajaminan proses atau hal menaja jamin; penaja jamin bank, institusi kewangan dsb yg menaja jamin: beberapa buah bank telah mengambil bahagian sbg ~ saham terbabit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)