taji I | = ~ ayam susuh buatan (drpd besi, tembaga, dll) yg dipasang pd kaki ayam sabungan; ~ bentuk taji yg melengkung bentuknya dipasang pd susuh ayam; ~ golok taji yg dipasang pd kais ayam (bermacam-macam bentuknya); berombong ~ memakai taji (ayam sabungan); membulang ~ mengikat atau melekatkan taji pd kaki ayam sabungan; penggabus ~ alat tempat memasang taji (pd kaki ayam); tuntung ~ hujung taji yg tajam; spt ~ dibentuk ki bentuk alis atau kening yg cantik; duduk diambung-ambung ~ prb perihal seseorang yg senantiasa dlm kerunsingan; bertaji memakai taji (ayam sabungan); belum ~ hendak berkokok prb belum berilmu apa-apa sudah hendak mengagungkan diri; menaji menikam, mencucuk, menusuk dsb dgn taji atau dgn benda tajam: dia segera berpaling ke belakang utk ~ Sang Jebat tetapi ditahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulang I | 1. kain dll yg dililitkan pd kepala; ~ bidang sj tengkolok hitam; ~ hulu a) ikat kepala, tengkolok; b) sl kekasih; tali ~ tali yg dililitkan di kepala sbg ganti kain; 2. pengikat taji; ~ atas cara mengikat taji yg sama parasnya dgn susuh; ~ bugis cara mengikat taji pd jari belakang; ~ cipai cara mengikat taji pd jari yg tertegap; ~ dagang cara mengikat taji pd kaki kiri sepanjang susuh; ~ golok cara mengikat taji antara jari; ~ jangkil cara mengikat taji pd jari yg terkecil; ~ kanan cara mengikat taji pd kaki kanan sepanjang susuh; ~ lepas cara mengikat taji pd jari yg tertegap; ~ luar cara mengikat taji di atas jari kecil; ~ panggang cara mengikat taji di atas taji; ~ tiga jari cara mengikat taji pd ketiga-tiga jari muka; ~ tunjuk cara mengikat taji pd jari depan yg di luar; ~ sali, kacak sama, tinggal lagi mujur malangnya prb sama kuat (kalah menangnya bergantung pd nasib); bulang-bulang sesuatu yg dililitkan pd kepala;berbulang 1. berlilit pd kepala, bertengkolok: ia ~ kain sutera; 2. berikat taji: ayam yg ~; membulang 1. melilitkan pd kepala: ia ~ kain pd kepalanya; 2. mengikat taji pd kaki ayam dgn tali: ayam pun dibulang oranglah;terbulang terikat taji; ~ ayam betina prb orang yg dianggap berani dll, tetapi teryata sebaliknya;bulangan lilitan (ikatan); pembulang (orang dll) yg membulang; kerbau ~ tali prb orang yg berbalik-balik fikirannya (tiada tetap hati). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kiliran | 1. alat (spt batu dll) utk mengilir (pisau dll), pengasah; ~ budi alat utk mengasah (menajamkan) otak; ~ taji hujung taji yg ditajamkan; 2. hasil mengilir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulang | 1 kain dsb yg diikatkan pd kepala: Sapu tangannya dibuat ~. 2 tali utk mengikat taji; cara mengikat taji pd kaki ayam sabungan. bulang-bulang apa-apa saja yg diikatkan pd kepala. berbulang 1 berikat kepala; berdestar. 2 memakai taji (ttg ayam sabungan). membulang 1 mengikat sesuatu pd kepala; melilitkan sesuatu di kepala. 2 mengikatkan tali pd kaki ayam utk memasang taji. pembulang orang yg membulang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
taji | 1 susuh buatan drpd besi dll yg dipasang pd kaki ayam sabungan. 2 sesuatu (alat dsb) yg menyerupai taji 1. menaji menikam, mencucuk, menusuk dgn taji atau dgn benda tajam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
taji golok | taji yg dipasang pd kais ayam (bermacam-macam bentuknya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taji bentuk | taji yg melengkung bentuknya dipasang pd susuh ayam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuntung taji | hujung taji yg tajam | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berombong taji | memakai taji (ayam sabungan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kiliran taji | hujung taji yg ditajamkan; 2. hasil mengilir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |