berpelin | 1. berbelit, bersimpul (tali, dawai, dll); 2. ki tiada teratur (percakapan dll), kelam-kabut, tak keruan; ®pilin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelin | Kl; berpelin 1. berbelit, bersimpul (tali, dawai, dll); 2. ki tiada teratur (percakapan dll), kelam-kabut, tak keruan; ®pilin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tidak (tak) keruan | a) tidak berketentuan (beraturan), tidak tentu hujung pangkalnya, kacau, tidak tenteram atau tidak tenang (bkn fikiran, perasaan), tidak jelas (bkn percakapan dll): hati kakang tidak lagi ~ bagai orang mabuk cendawan; b) amat sangat, bukan kepalang, tidak dapat dikawal: panas hatinya di dlm membakar tidak ~; hatinya cemburu, cemburu tak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keruan | ketahuan, tentu; ~ sahaja bp tentu sahaja; belum ~ belum dapat ditentukan (dipastikan), belum ketahuan (diketahui); sudah ~ tempatnya sudah ketahuan (diketahui) tempatnya; tidak (tak) ~ a) tidak berketentuan (beraturan), tidak tentu hujung pangkalnya, kacau, tidak tenteram atau tidak tenang (bkn fikiran, perasaan), tidak jelas (bkn percakapan dll): hati kakang tidak lagi ~ bagai orang mabuk cendawan; b) amat sangat, bukan kepalang, tidak dapat dikawal: panas hatinya di dlm membakar tidak ~; hatinya cemburu, cemburu tak ~; ketidakkeruanan keadaan tidak keruan; keadaan tidak tentu arah: ~ hidup manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
raban | ; bahasa ~ ark bahasa (cakap) yg tidak tentu (tidak keruan), bahasa yg bercampur aduk; meraban 1. mengigau, merepek; 2. berkelakuan (berperangai) tak tentu arah: ia pun berjalanlah ~ dgn tiada tentu arah tujuannya; jangan engkau ~ dlm kampung ini, nanti kepala engkau diketuk orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bakar | ; bahan ~ barang-barang yg akan dinyalakan (spt minyak tanah dsb); ikan ~ ikan panggang; kayu ~ kayu api; ~ tak berapi prb menaruh cinta tidak dgn sebenarnya; ~ tak berbau prb maksud jahat yg tersembunyi;membakar 1. menyalakan (memasang, menghanguskan) sesuatu dgn api: ~ kayu; ~ sampah; 2. memanaskan sesuatu (spt ikan, daging, pisang, dsb) di atas api supaya masak, memanggang: ~ pisang; 3. memasak sesuatu (spt kuih, ikan, daging, dll) dgn jalan memanaskannya dlm ketuhar: ~ kuih; ~ kapur; 4. ki membuatkan seseorang marah atau meradang: “Kalau engkau menjadi pemimpin, aku mesti kebuluran,” ia ~ hati isterinya; 5. ki menyemarakkan sesuatu perasaan (spt semangat, cinta, dsb): gadis itu menjeling dan melemparkan senyuman yg ~ jiwa orang muda itu; ~ semangat; 6. menyebabkan terasa sangat panas seolah-olah terbakar: panas yg kian terik dan ~ kulit kepala; dibakar tiada hangus prb tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa, dll);membakarkan membakar sesuatu utk: ia ~ anaknya ikan asin;terbakar 1. sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dll), habis dibakar; 2. ki menghangat, marah: emak ~, lalu dilemparkannya kayu kpd saya; ~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu prb kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya;kebakaran 1. kejadian sesuatu (rumah dll) yg sedang terbakar: ~ besar yg dahsyat telah berlaku pagi ini; 2. terbakar; ~ janggut Id bp bingung tidak keruan;pembakaran 1. perihal (perbuatan dsb) membakar: ~ mayat; 2. ark tempat membakar: ~ kapur;pembakar 1. orang yg kerjanya membakar sesuatu: ~ meriam; 2. yg membakar; bom ~ Id bom yg membakar; zat ~ Id oksigen; 3. (alat) yg digunakan utk membakar sesuatu: acuan ~ kuih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapar I | kayu atau sampah sarap yg hanyut di air: setelah perahu itu pecah, mereka bergantung pd ~-~nya; salangkan bah ~ tak hanyut, inikan pula kemarau panjang prb sedangkan sewaktu ada pencarian tidak sampai sesuatu maksud (yg dihajati), apalagi sewaktu tidak berpencarian; berkaparan terletak (terbaring) di sana sini (tidak tentu arah dll), berserakan: rakyat banyak mati ~; mengaparkan menyerak-nyerakkan, menaburnaburkan (dgn tidak keruan): bantal, tilam, dulang, talam sekalian dikaparkannya di lantai; terkapar terbaring (tidak berketentuan), terlantar: ia ~ di atas rumput; kaparan barang-barang (sampah dll) yg berkaparan di air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbawa | 1. (tidak sengaja) membawa atau dibawa: fail lain pula yg ~ ke bilik mesyuarat;2. = ~ masuk = terbawa-bawa terlibat, tersangkut: jangan-jangan saya pun ~ dlm perkara ini; 3. sanggup dibawa: saya tak ~ bungkusan seberat ini; 4. = terbawa-bawa terpengaruh, kena pengaruh: mereka khuatir kalau-kalau anak gadis mereka yg hampir baligh ~ oleh suasana yg tidak keruan; penterjemah harus berhati-hati supaya ia tidak terpengaruh dan ~ oleh cara-cara penyusunan kalimat bahasa asing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
katak I | sj binatang yg melompat, berkaki renang, berkulit licin, dan tidak berekor; jenisjenisnya: ~ air, ~ betung, ~ hijau, ~ kuak, Kaloula pulchra; ~ lembu (bertanduk) sj katak, Megalophrys nasata; ~ pisang sj katak, Rana erythraea; ~ puru sj katak, kodok, Bufo bufo; ~ di bawah tempurung prb orang yg teramat picik pengetahuannya; ~ ditimpa kemarau prb berkeluh-kesah dgn tidak keruan; ~ hendak jadi lembu prb ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan sendiri, hendak menyamai orang besar (orang kaya dsb); alim bagai ~ tepi air prb orang yg kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah drpd ilmunya; bagaimana hari tak hujan, ~ betung dlm telaga berteriak selalu prb orang yg selalu pergi ke rumah seseorang dgn tidak berketika dan dgn maksud yg tersembunyi; laksana ~, sedikit hujan banyak bermain prb orang yg suka membesar-besarkan perkara yg kecil; tak akan ada ~ beranak ular prb a) dikatakan mengenai yg mustahil terjadi kpd seseorang; b) orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi orang berani (pandai); terkilap-kilap bagai ~ disemburi prb tentang orang yg diam sahaja dlm suatu perbincangan; tiada akan licin ~ puru, jika sentiasa berhujan sekalipun prb orang yg hodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bawa | ; berbawaan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), sesuai dgn: warna kain samping ~ dgn warna bajunya;membawa 1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan; 2. memimpin (mengiringi dsb) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat: ~ anak ke sekolah; 3. mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu; buangkanlah apa yg ada pd kita yg ~ kpd rosaknya agama Islam; kereta api yg ~ maut; 4. melibatkan, memasukkan (dlm sesuatu perkara): janganlah dibawa-bawa orang tua saya dlm perkara ini; 5. hingga, sampai: pakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit;dr petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat; 6. bp memandu kenderaan; ~ adat = ~ bulan haid, datang bulan; ~ alamat memberi alamat, menandakan; ~ aturan sendiri bp menurut kesukaan sendiri; ~ berat mengandung, hamil; ~ diri a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; ~ duduk menjemput duduk; ~ gelak mengakibatkan orang tertawa; ~ halnya mengembara mencari penghidupan; ~ hati a) mencurahkan isi hati; b) = ~ masuk hati menjadikan kecil hati; c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dll), merajuk; ~ hidup merantau mencari penghidupan; ~ iman beriman kpd Allah dgn memeluk agama Islam; ~ kacau mengakibatkan kacau; ~ kakinya pergi tidak tentu hala; ~ ke air membawa anak mandi; ~ lari melarikan; ~ makna mengandungi sesuatu maksud; ~ malu memalukan; ~ mati a) menyebabkan mati; b) membawa sampai ke kubur; ~ mulut a) datang hanya utk bercakap-cakap dan makan-makan; b) menceritakan hal seseorang kpd orang lain; ~ nasib pergi mencari penghidupan; ~ nyawa menyelamatkan diri; ~ perut datang utk makan sahaja; ~ salah salah faham (mengerti); ~ singgah menyilakan singgah; ~ soal mengemukakan soal; ~ tempurung meminta sedekah; ~ untung a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; dibawa arus hanyut; dibawa ke muka pengadilan dihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan; dibawa ke tengah dikemukakan kpd pihak-pihak tertentu yg boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yg dikemukakan itu;membawakan 1. membawa utk seseorang: Salina ~ anaknya kopi dan roti; 2. menyampaikan, membaca, menyanyikan: dua tiga orang drpd mereka ~ lagu “Arya Mala”;terbawa 1. (tidak sengaja) membawa atau dibawa: fail lain pula yg ~ ke bilik mesyuarat;2. = ~ masuk = terbawa-bawa terlibat, tersangkut: jangan-jangan saya pun ~ dlm perkara ini; 3. sanggup dibawa: saya tak ~ bungkusan seberat ini; 4. = terbawa-bawa terpengaruh, kena pengaruh: mereka khuatir kalau-kalau anak gadis mereka yg hampir baligh ~ oleh suasana yg tidak keruan; penterjemah harus berhati-hati supaya ia tidak terpengaruh dan ~ oleh cara-cara penyusunan kalimat bahasa asing; bawaan 1. benda yg dibawa: sekali ia masuk, kira-kira ~ dua tiga orang diangkutnya keluar; masing-masing meletakkan ~nya; 2. harta benda yg dibawa pd masa kahwin: ~ isteri tetap tinggal hak milik isteri; 3. buah tangan: setiap kali dia datang ada saja ~nya; 4. pengaruh, akibat: mudahnya hancur perkahwinan ialah kerana ~ masa; 5. = pembawaan; 6. yg dibawa oleh: beberapa jenis penyakit ~ air dan udara; kulat patogen ~ tanah;pembawaan 1. = bawaan sifat semula jadi: susah hendak mengubah ~ semula jadi; 2. perihal membawa: ~ barang-barang itu dilakukan pd malam hari;berpembawaan mempunyai sesuatu sifat semula jadi;pembawa 1. orang yg membawa (mengangkat dsb) sesuatu; ~ berita = ~ khabar orang yg membawa khabar; ~ suara juruacara, jurubicara; se~ kakinya ke mana dibawa kakinya, ke mana sahaja; 2. orang yg mendatangkan sesuatu atau yg menyebabkan berlakunya (timbulnya dsb) sesuatu: ia menganggap Hamzah Fansuri sbg ~ kemodenan kerana ia membawa pemikiran yg rasional; ~-~ peradaban India; 3. NS barang yg dibawa oleh suami semasa kahwin dan berhak diambil kembali apabila bercerai: cari bagi, dapatan tinggal, ~ kembali; 4. orang dll yg menyebarkan sesuatu (spt penyakit, kuman, dsb): ~ kuman taun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |