[ta.kai] | تاکاي
Definisi : menakai mengenal pasti dan memilih binatang dlm sesuatu kawanan yg berpenyakit, lemah dsb utk dibunuh, disingkirkan dsb sbg langkah mencegah pemerebakan penyakit dsb: beritahu rakan-rakan lain supaya ~ ayam yg didapati lemah dan berpenyakit; tindakan ~ kambing yg kurang baik seharusnya dijalankan dr semasa ke semasa; penakaian proses (tindakan, perbuatan, usaha dsb) menakai: maklumat ini diperlukan utk memudahkan kerja ~ ternakan yg berpenyakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.kai] | تاکاي
Definisi : ; menakai mengenal pasti dan memilih binatang dlm sesuatu kumpulan yg berpenyakit, lemah dsb utk dibunuh, diasingkan dsb sbg langkah mencegah merebaknya penyakit dsb: Tindakan ~ kambing yg kurang baik seharusnya dijalankan dr masa ke masa. penakaian perihal atau perbuatan menakai: ~ dijalankan berdasarkan maklumat atau hasil pemerhatian yg dilakukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)