[ta.kar] | تاکر
Definisi : 1. sj bekas drpd tembikar (utk menyimpan cuka, halia, dll), buyung, guri; 2. ukuran banyak (gelen, liter, dll); gelas ~ Id tabung kaca yg bersenggat-senggat utk menyukat benda-benda cair (dlm ujian kimia); setakar ki sama ukuran, seimbang, sekadar; menakar 1. menyukat (ubat dll) dgn takar, mengukur dgn takar; 2. ki mengambil semuanya, membolot: segala belanja yg dikeluarkan oleh isterinya hendak ditakarnya; takaran 1. alat utk menakar sesuatu; 2. ki sesuatu yg menjadi ukuran, kadar;~ kehidupan perbelanjaan hidup yg mencukupi; ~ sudah hampir penuh sudah tua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.kar] | تاکر
Definisi : bekas drpd tembikar tempat menyimpan sesuatu; buyung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[ta.kar] | تاکر
Definisi : ; takaran banyaknya sesuatu bahan dlm sukatan; kadar: Baja yg ditabur itu mestilah tidak melebihi ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)