perisian lambak(off-the-shelf software) | Perisian yang dikeluarkan dengan banyak dan mudah didapati dalam stok pembekal atau pengedar perisian tanpa ditempah khas. | Kamus Komputer |
luar talian(off-line) | Keadaan peranti sokongan atau sistem yang tidak lagi tersambung atau dikawal terus oleh sistem utama. | Kamus Komputer |
unit luar-talian(off-line unit) | Unit atau peralatan sokongan yang tidak berada dalam kawalan langsung pemproses utama. | Kamus Komputer |
storan luar talian(off-line storage) | Ingatan simpanan komputer yang tidak lagi berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama. | Kamus Komputer |
sistem luar talian(off-line system) | 1. Sistem yang dikelolakan secara tempatan dan tidak tersambung pada sistem lain. 2. Sistem yang menggunakan peranti penderiaan jauh yang tidak tersambung pada sebarang komputer. Oleh itu, bantuan manusia diperlukan untuk memasukkan data ke dalam komputer | Kamus Komputer |
ralat pembundaran(round-off error) | Ralat yang berpunca daripada tindakan membulatkan suatu nilai kepada nilai terdekat yang diperlukan. | Kamus Komputer |
rakam keluar(sign off) | Tindakan memberitahu sistem hajat pengguna untuk meninggalkan sistem komputer dengan memberi kod kawalan keluar sistem. | Kamus Komputer |
perkakasan atas para(off-the-shelf hardware) | Perkakasan yang dikeluarkan dengan banyak, dan mudah didapati dalam stok pembekal atau pengedar perkakasan tanpa perlu tempahan khas. | Kamus Komputer |
pengendalian luar talian(off-line operation) | Lihat pemprosesan luar talian. | Kamus Komputer |
pemprosesan luar talian(off-line processing) | Pemprosesan yang dilakukan tanpa sambungan terus pada komputer utama. Campur tangan manusia diperlukan untuk membantu pemprosesan. Bandingkan pemprosesan dalam talian. | Kamus Komputer |