taklimat | taklimat penerangan ringkas tentang sesuatu perkara; mentaklimatkan memberikan penerangan atau arahan yg perlu secara ringkas tentang sesuatu perkara: pengarah akan ~ arahan yg terbaru itu kpd semua staf yg terlibat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taklimat | penerangan ringkas ttg sesuatu: ~ itu akan disampaikan oleh Ketua Pengarah. memberi ~ memberi penerangan ringkas. mentaklimatkan memberikan penerangan ringkas (ttg sesuatu): Beliau akan ~ arahan itu kpd semua staf yg terlibat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
taklimat | penerangan ringkas ttg sesuatu: memberi ~ memberi penerangan ringkas. | Kamus Pelajar |
memberikan | 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beri | ; memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita; 2. bp tidak menghalang seseorang melakukan sesuatu, membenarkan, mengizinkan, merelakan: saya tidak diberinya masuk; 3. mengakibatkan, menyebabkan, menjadikan: ~ malu; ~ bercat; 4. menunjukkan, membuka: ~ jalan; 5. = ~ bahagian bp memukul: awas kau, nanti aku beri; 6. kenyal, menganjal: tanah liat yg lembut, ~ dan menganjal; ~ bertenggang memberi kelonggaran (kesempatan) utk berikhtiar; ~ hati a) memanjakan; b) memberanikan hati; ~ hormat (salam, selamat) mengucapkan hormat (salam, selamat); ~ izin mengizinkan; ~ muka memanjakan; ~ telinga sudi mendengar(kan); ~ barang kpd tangan kera prb menyerahkan sesuatu kpd orang yg akan merosakkannya; memberikan 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan; pemberian 1. = berian sesuatu (benda dll) yg diberikan: ia menolak ~ majikannya; 2. perihal memberikan: ~ hadiah; ~ ampun; ~ bantuan sumbangan kerajaan utk menutup (mencukupi) sebahagian drpd perbelanjaan (jabatan, perbadanan, dll); ~ percuma pemberian dgn tidak meminta bayaran; pemberi 1. orang yg memberi; ~ sewa orang yg pendapatannya terdiri drpd hasil sewa tanah (rumah dll); 2. suka memberi, murah hati; 3. sl pemberian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |