Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.kut.ta.kut] | تاکوت ٢

Definisi : sentiasa berasa takut, sangat takut, agak takut: dlm lakonan itu, kanak-kanak bercakap dgn tidak malu-malu dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kut.ta.kut] | تاکوت ٢

Definisi : agak takut; sentiasa takut: ~ berani agak takut dan agak berani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan gentar: gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat,
Berantonim dengan berani

2. Bersinonim dengan bimbang: risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati,
Berantonim dengan senang hati

3. Bersinonim dengan tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia, keder,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : takut-takut, menakuti, menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti, menakutkan, ketakutan, penakut,

Puisi
 

Saya takut kerbau di ladang,
     Yang muda garang sekali;
Saya takut jalan seorang,
     Badan muda langsung sekali.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Takut titik lalu tumpah.

Bermaksud :

Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai).

 

Lihat selanjutnya...(53)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
takut-takutsentiasa berasa takut, sangat takut, agak takut: dlm lakonan itu, kanak-kanak bercakap dgn tidak malu-malu dan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
takut-takutagak takut; sentiasa takut: ~ berani agak takut dan agak berani.Kamus Pelajar Edisi Kedua
takut-takutagak takut; sentiasa takut: ~ berani agak takut dan agak berani.Kamus Pelajar
takut takut-takut agak takut; sentiasa takut: ~ berani agak takut dan agak berani.Kamus Pelajar
takut-takut seganberasa segan-segan (malu-malu);Kamus Dewan Edisi Keempat
takut-takut beraniagak takut dan agak berani.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ketakut-takutanagak takut-takut: ia me­nuju ke situ dgn ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
silu1. berasa segan, malu, takut-takut: dgn tidak ~-~ lagi, dia mendapatkan orang itu dan memeluknya; 2. berasa sedih (pilu, rawan, dll) hati; 3. tidak senang mendengar (bunyi benda bergeser dll), ngilu; menyilukan 1. = ~ diri berlaku sopan sekali (gadis); 2. memilukan (menyedihkan, merawankan) hati; 3. menimbulkan ngilu.Kamus Dewan Edisi Keempat
sentuhansenggolan, singgungan: ~ tangan yg takut-takut;Kamus Dewan Edisi Keempat
kalau-kalaubarangkali, jangan-jangan, takut-takut, adakah (apakah)...: ia bimbang ~ ada orang yg melihatnya; segala menteri dan penggawa pergi mencari paduka anak-anda baginda pd segenap rimba dan padang ~ ada jatuh diterbangkan Dewa Sukma Belantara;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas