talas | nama sj herba yg berumbi; keladi, Colocasia esculentum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
talas | sj tumbuhan (herba yg berubi), (birah) keladi, Colocasia esculentum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
talas | nama sj herba yg berumbi; keladi, Colocasia esculentum. | Kamus Pelajar |
tales | Jw talas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keladi | 1. sj tumbuhan (herba yg ubinya boleh digoreng atau digulai), talas; ~ babi = ~ cina = ~ telur = ~ udang = birah ~ sj keladi, Colocasia antiquorum; ~ cali = ~ cantik = ~ hitam = ~ rimau = ~ ular sj keladi, birah hitam, birah kijang, Alocasia denudata; ~ sebaring sj keladi birah, Alocasia indica; 2. sj tumbuhan (herba yg banyak macamnya); ~ air sj tumbuhan (herba), kelipuk padang, Sagittaria guayanensis; ~ bukit sj tumbuhan (herba), mata bisul, mata udang, selimpat air, senjuang hutan, Aglaonema pictum; ~ bunting sj tumbuhan dlm air, bunga jamban, kemeling telur, Eichhornia crassipes; ~ moyang sj tumbuhan (herba), kelemoyang, Homalomena spp.; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), birah kecil, Typhonium spp.; akar ~ tanah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iang-iang rimba, Vitis gracilis; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput bukit, rumput kurau, rumput tahi kerbau, Fimbristylis miliacea; air di daun ~ = daun ~ dimandikan prb sukar ditunjuk ajar atau dinasihati; spt birah dgn ~ prb hampir sama sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umbi I | 1. sj akar yg menjadi gemuk dan berisi (keledek, kemili, dll); 2. perdu batang yg menjadi gemuk dan berisi (keladi, talas); 3. pangkal pokok yg berdaun tunggal (spt pokok kelapa, pisang, dll); 4. = akar ~ akar drpd batang yg terus masuk lurus ke dlm tanah, akar tunjang; 5. bahagian yg tertanam (tiang, pancang, dll); 6. ki punca atau asal drpd sesuatu, asal, mula, pokok, pusat: semua ini, jika kita berbalik kpd ~ dan niat, adalah bertolak drpd kekosongan iman dlm diri; umbi-umbian segala jenis umbi (keladi dll); berumbi ada umbinya, berisi; berurat ~ sudah terlalu mendalam dlm hati (perasaan dll), sudah kukuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membungkus | 1. membalut: permata itu dibungkus dgn kain baldu; 2. menyembunyikan, merahsiakan: mereka pandai benar ~ rahsia hati masing-masing; 3. menangkap, memberkas (pencuri dll); ~ tulang dgn daun talas prb menyembunyikan rahsia dgn tidak hati-hati (mudah saja diketahui orang); sepandai-pandai ~, yg busuk berbau juga prb perbuatan yg salah itu lambat-laun akan ketahuan juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bungkus | 1. = pembungkus bahan (kertas, kain, daun) utk membalut sesuatu: daun ~ nasi; 2. = bungkusan benda yg dibalut (dgn kertas, kain, daun, dll): se~ kain; ~-bingkis berbagai-bagai jenis benda yg dibalut; besar ~ tak berisi prb orang yg besar cakap dan tidak berisi;berbungkus berbalut: di tangannya ada benda-benda ~;membungkus 1. membalut: permata itu dibungkus dgn kain baldu; 2. menyembunyikan, merahsiakan: mereka pandai benar ~ rahsia hati masing-masing; 3. menangkap, memberkas (pencuri dll); ~ tulang dgn daun talas prb menyembunyikan rahsia dgn tidak hati-hati (mudah saja diketahui orang); sepandai-pandai ~, yg busuk berbau juga prb perbuatan yg salah itu lambat-laun akan ketahuan juga;membungkusi menyelubungi: keheningan malam itu terasa ~ diri kami;pembungkusan perbuatan (proses) membungkus;pembungkus 1. bahan (kertas, kain, daun, dsb) utk membungkus sesuatu; 2. orang (syarikat dsb) yg membungkus; 3. sesuatu yg digunakan utk atau dlm kerja membungkus: mesin ~ gula-gula. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ubi I | 1. umbi atau akar (pd tumbuh-tumbuhan tertentu) yg biasanya boleh dimakan; 2. sj tumbuhan yg menghasilkan umbi; ~ akas = ~ arak = ~ gadung sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea hispida; ~ beng-gala ubi kentang; ~ ciabet = ~ pasir = ~ sabut sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea pentaphylla; ~ cina = ~ kastela = ~ kemili hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea bulbifera; ~ garut = ~ karut sj tumbuhan (herba), Maranta arundinacea; ~ jawa = ~ kelapa = ~ keledang = ~ kenduduk = ~ kipas = ~ manis = ~ menjangan = ~ merah = ~ nasi = ~ teropong = ~ tiang = ~ ular sj tum--buhan (pokok memanjat), Dioscorea alata; ~ kayu = ~ jenderal = ~ perancis sj tumbuhan (pokok kecil), Manihot utilissima; ~ keladi ubi drpd beberapa jenis keladi; ~ keledek = ~ jalar = ~ jawa = ~ ketela = ~ rambat sj tumbuhan (pokok menjalar), Impomoea batatas; ~ kelonak sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea prainiana; ~ kentang = ~ benggala = ~ gendang = ~ wolanda sj tumbuhan (pokok menjalar), Solanum tube-rosum; ~ kembili = ~ kemili sj tumbuhan (herba), Coleus tuberosus; ~ sengkuang sj tumbuhan (pokok memanjat), Pachyrrhizus erosus; ~ torak sj tumbuhan (pokok me-manjat), Dioscorea esculenta; ada ~ ada talas, ada budi ada balas prb barang siapa berbuat sesuatu tentu akan mendapat balasannya; lamun ada ~, tiada ~, gadung jadilah prb jika tiada yg baik, yg kurang baik pun bergunalah; ubi-ubian pelbagai jenis ubi spt keledek, keladi, kentang dsb: makanan drpd kumpul-an nasi, mi, bijirin, roti, pasta dan ~ sebenar-nya berkalori rendah dan mengandungi sedikit lemak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |