Definisi : 1. = wang ~ = harga ~ bayaran utk membawa barang-barang dll dgn kenderaan, sewa kerana menaiki kenderaan, sewaan: kepulangannya itu adalah utk menerima wang drpd datuknya utk dibuat ~ belayar ke Mekah; 2. yg disewakan (kereta dll), yg membawa penumpang (mengangkut barang-barang), sewaan: kereta ~; perahu ~; sampan ~; 3. penumpang atau muatan kenderaan dgn membayar sewa; ~ malam Pl tidak bertangguh (berlengah-lengah) lagi; menambang 1. menaiki kereta (sampan dll) tambang: maka ~lah saya bersama-sama Grandpre pergi ke Kampung Laut; 2. mengangkut penumpang(muatan) dgn kereta (sampan dll) tambang; 3. bekerja sbg pembawa kereta (sampan dll) tambang; menambangkan menyewakan kereta dll; tambangan 1. perahu (sampan) tambang; 2. pangkalan tempat penumpang menyeberang dgn perahu (sampan) tambang; 3. wang tambang; penambangan perihal menambang (menambangkan); penambang orang yg mengangkut penumpang dgn perahu tambang; perahu ~ perahu tambang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1 = wang ~ wang yg dibayarkan utk membawa barang, penumpang dll dgn kenderaan; sewa yg dibayar kerana menaiki kereta dll: ~ bas lebih murah drpd ~ teksi. 2 sesuatu yg digunakan utk membawa penumpang (mengangkut barang dll): kereta ~; sampan ~. menambang 1 menaiki kenderaan dgn membayar tambang; menyewa kenderaan: Maka ~lah kami pergi ke seberang. 2 membawa barang atau penumpang dgn kereta atau dgn perahu tambang. 3 bekerja sbg pembawa kereta tambang dsb. menambangkan 1 menyewakan kenderaan tambang kpd orang lain. 2 membayarkan wang tambang utk orang, barang dll yg dibawa oleh kenderaan tambang. penambangan perbuatan, hal dsb menambang atau menambangkan. penambang orang yg kerjanya mengangkut penumpang dgn perahu tambang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)