tanding | , = tandingan 1 sesuatu yg sebanding dgn yg lain; imbang: Keberaniannya dlm peperangan tidak ada ~nya. 2 sesuatu yg sepadan; jodoh; pasangan: Gadis yg cantik itu memang tepat sbg ~ pemuda yg tampan. bertanding 1 beradu atau berlawan utk menguji kekuatan dll: Minggu hadapan, pasukan bola sepak Johor akan ~ dgn pasukan bola sepak Pulau Pinang. 2 berlumba utk mencapai sesuatu; bersaing: Kaum wanita ~ dgn kaum lelaki utk mencapai kemajuan. menandingi menjadi tandingan kpd; menyaingi; melawan: Tiada sesiapa yg dpt ~ kepandaiannya dlm bermain pedang. menandingkan 1 menjadikan sbg tandingan. 2 membandingkan utk mencari persamaan atau perbezaannya. mempertandingkan membuat supaya bertanding; menjadikan berlawan. pertandingan 1 perlawanan atau peraduan (dlm permainan dll): ~ menembak akan diadakan di Jalan Padang Tembak. 2 perlumbaan atau persaingan utk mencapai kejayaan dlm perdagangan dll. setanding sama tanding; sebanding; setara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampan I | 1. elok (rupa, sikap, dll), cantik, kacak, segak: dlm pakaian hitam sepasang itu dia sungguh-sungguh kelihatan ~; potongan badannya cukup ~; 2. cakap, cocok, layak, pantas, patut: beliau ~ menjadi tentera; 3. = ~ rupa sikap badan, tokoh (perawakan): pegawai tentera itu tidak mempunyai ~ seorang perwira; 4. = ~ muka air muka, roman muka, rupa: bagaimanakah rupanya dan ~nya dan tinggi besarnya dan pakaiannya? 5. sesuai benar, kena benar, padan: tiada ~ ia berlakon sbg ibu; 6. corak, jenis, tokoh (utk menghina): bukan ~ dia yg berhak mengaku ibu dr seorang peguam; 7. = tampannya, tampan-tampannya rupanya, gayanya, gelagatnya, nampaknya: ~ akan binasa; ~ sudah, langgam terbawa prb tiada bercela sedikit pun (orang, binatang, barang); tampan-tampan; ~ orang a) rupa-rupanya spt orang; b) ki orang yg tidak boleh dipercayai; menampan 1. mengambil sikap yg dibuat-buat, bersikap yg dibuat-buat; 2. mencuba-cuba (pakaian dll); 3. mengelokkan diri (rumah dll), mengatur diri; ketampanan perihal tampan, kecantikan, keelokan, kegagahan: ~nya menarik hati gadis itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segak | (ségak) 1. bergaya, gagah, kacak, tampan: Latif yg ~ tampan sedang menukar bajunya; 2. sembuh drpd sakit, segar, sihat; menyegakkan menyihatkan (menyegar-kan) badan; ~ diri menggayakan (menggagahkan) diri; kesegakan perihal (sifat, keadaan) segak, kekacakan, ketampanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertokoh | 1 bergaya; tampan: Dia itu ~ juga orangnya. 2 berupa; berbentuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampan I | 1 mencuba-cuba pakaian dll. | Kamus Pelajar |
tampan I | 1 elok rupanya atau elok sikapnya; kacak; segak: <i> Potongan badannya cukup ~i>. | Kamus Pelajar |
tokoh | 1 bergaya; tampan: <i>Dia itu ~ juga orangnyai>. | Kamus Pelajar |
kacak | 1 kelihatan gagah; segak; tampan: Seorang pemuda yg ~ telah menemaninya pulang. 2 sombong; megah; bongkak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ranggi I | 1. elok, gagah, tampan (sikap dll): pemuda itu ~ dan lawa; tahun 1985, muda-mudi lebih senang dgn gaya ~; pakaian yg santun dan ~ ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. bp angkuh, lagak, sombong: anak kurang ajar, nak tunjuk ~; sengaja ia hendak tunjukkan ~nya saja, boleh meminang anak orang dgn ringgitnya; meranggikan menunjukkan angkuh (sombong, lagak, dll) dgn, melagakkan, menyombongkan: ia hendak ~ wang ringgit orang tuanya; keranggian sikap angkuh (sombong, bermegah), kesombongan, kemegahan: berpindah drpd ~ dan rasa tinggi diri para akademik kpd sesuatu pengiktirafan berbagai-bagai jenis pencapaian cemerlang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertokoh | 1 bergaya; tampan: <i> Dia itu ~ juga orangnyai>. | Kamus Pelajar |