Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tampar
Kata Terbitan : menampar, tamparan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tampar Ipukulan dgn tapak tangan, tepuk (dgn kuat): kena ~ dan nista;biar kena ~ dgn jari yg bercincin drpd kena jentik dgn tangan yg berkudis = kalau kena ~, biarlah dgn tangan yg pakai cincin, kalau kena tendang, biarlah dgn kaki yg pakai kasut prb kalau tersalah dlm sesuatu perkara biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa atau ditegur oleh orang yg berilmu drpd dianiaya oleh orang yg bodoh; se~ seemas, dua ~ seemas baik ditampar benar-benar prb sepala-pala nama jahat jangan kepalang;bertampar bertepuk; ~ dada bertepuk dada; ~ tangan bertepuk tangan; bertampar-tampar saling menampar antara satu sama lain; bertampar-tamparan saling menampar antara satu sama lain; menampar 1. memukul dgn tapak tangan, menepuk: dua tiga kali sudah Tun Biajid diikat oleh ayahnya, sekali kerana ~ hamba raja; 2. ki memukul perlahan (angin), memu­put, menempuh (ombak dll): angin malam yg dingin ~ tubuhnya; kedengaran bunyi ombak perlahan-lahan ~ pantai;menampar-nampar, menampari menam­par berulang-ulang (berkali-kali): permaisuri pun meratap juga serta menumbuk-numbuk dan ~ dada; menamparkan menggunakan sesuatu utk menampar, menampar dgn; tamparan 1. pukulan dgn tapak tangan, tepukan: dia terkenang pd ~ suaminya; 2. ki pukulan (ombak dll), tempuhan (angin): ~ ombak yg tidak berhenti itu memecahkan timbunan batu-batan; 3. peristiwa, kritikan, dsb yg tidak menyenangkan hati: isu bahasa itu memberikan ~ yg hebat kepadanya; ~ nyamuk tulang belikat;penampar pukulan dgn tapak tangan, tam­paran: sebuah ~ dr tangan kiri hinggap ke pipinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tamparan1. pukulan dgn tapak tangan, tepukan: dia terkenang pd ~ suaminya; 2. ki pukulan (ombak dll), tempuhan (angin): ~ ombak yg tidak berhenti itu memecahkan timbunan batu-batan; 3. peristiwa, kritikan, dsb yg tidak menyenangkan hati: isu bahasa itu memberikan ~ yg hebat kepadanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
servis1. hantaran (pukulan atau tamparan) pertama bola dlm permainan badminton, tenis, skuasy, dsb; 2. bp khidmat, perkhid­matan: ~ mereka akan ditamatkan tidak berapa lama lagi; 3. tindakan memeriksa, mencuci, memperbaiki, menyenggara dsb sesebuah jentera, kereta, dsb supaya dapat beroperasi dgn baik dan selamat: pusat ~ kereta; syarikat itu akan memberikan ~ percuma utk ~ pertama bagi kereta-kereta yang dibeli drpd syarikatnya; ~ kilas servis yang dilakukan dlm permainan badminton, pingpong dsb dgn bahagian bela­kang tangan yang memegang raket atau pemukul menghala ke pemain lawan; ~ kuda teknik hantaran (sepakan) pertama bola dlm permainan sepak takraw dgn menggunakan bahagian atas kaki; menservis membaiki keadaan sesuatu (spt perkakas elektrik, jentera, kenderaan, dsb) dgn mencuci bahagian-bahagiannya (menukar bahagian yg perlu, mengganti minyak, dsb): keretanya sudah perlu diservis.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelepak1. bunyi spt bunyi sayap dikibas­kibaskan; 2. bunyi spt bunyi tamparan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tepuk I1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan (supaya berbunyi); 2. bunyi yg terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan: suara itu diiringi pula oleh ketawa dan ~ budak-budak yg ramai di situ; 3. pukulan yg tidak kuat dgn tapak tangan, tepak; ~ dada tamparan di dada; ~ kuduk sanjungan, puji-pujian; ~ sorak (sorai) tepuk tangan yg disertai dgn sorak; ~ tari tepuk tangan sambil menari; ~ berbalas, alang berjawat = alang berjawat, ~ berbalas prb baik dibalas dgn baik, jahat dibalas dgn jahat; ~ dada tanya selera prb sesuatu pekerjaan yg akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis; ~ nyamuk menjadi daki prb melawan orang yg lemah itu akan memburukkan nama sahaja; bertepuk a) ~ tampar bergurau, bersenda: tidak spt selalu mereka ~ tampar dan ketawa berdekah-dekah; b) bertepuk tangan; ~ sebelah tangan tiada akan berbunyi prb tidak mungkin percintaan atau perselisihan terjadi drpd satu pihak sahaja; menepuk memukul dgn telapak tangan (tidak berapa kuat): dia terkejut ketika isteri­nya ~ bahunya; ~ dada a) menampar dada dgn tapak tangan; b) ki marah, memperlihatkan keberanian (kemegahan); menepuk-nepuk menepuk beberapa kali atau berulang kali: aku tersedar apabila dia ~ bahuku dr belakang; tepukan perbuatan bertepuk (menepuk).Kamus Dewan Edisi Keempat
tepuk1 perbuatan menamparkan ke­­dua-dua tapak tangan supaya ber­bunyi. 2 bunyi yg kedengaran apabila menamparkan kedua-dua tapak ta­ngan. 3 pukulan yg tidak kuat dgn tapak tangan. ~ sorak (-sorai) tepuk tangan yg diiringi sorak. ~ tangan tamparan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi. bertepuk, = ~ tangan menamparkan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi (sbg tanda gembira dll): Para penonton ~ tangan apabila pemain pasukan Malaysia menjaringkan bola ke dlm gol pasukan lawannya. menepuk memukul (agak perlahan) dgn tapak tangan: Dia terkejut ketika abangnya ~ bahunya. ~ dada a. menampar dada dgn tapak tangan. b. ki membanggakan diri; menunjukkan keberanian. tepukan 1 pukulan utk menepuk; hasil menepuk. 2 hasil bertepuk (tangan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
hinggap1. berhenti terbang lalu bertenggek di atas sesuatu (bkn burung, lalat, dll): kupu-kupu ~ di atas bunga mawar; terbang-terbang ~ tidak tentu tempat tinggalnya; 2. ki singgah, jatuh dan mengenai sesuatu: kayu itu ~ betul-betul di atas kepalanya; tamparan yg kuat ~ di muka adiknya; 3. ki menimpa (bkn penyakit dll), berjangkit pd yg lain (bkn api dll): penyakit itu telah ~ padanya; ~ mencengkam terbang menumpu prb kalau merantau ke negeri lain hendaklah mencari orang yg sesuku dan apabila hendak pulang dr sana mestilah memberitahu orang itu juga; ~ saja bagai langau, titik saja bagai hujan prb sesuatu (kemalangan dll) yg terjadi dgn tiba-tiba saja; hendak ~ tiada berkaki prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya; menghinggapi 1. hinggap pd, duduk (berdiri, melekat) pd: bubur yg dihinggapi lalat itu patut dibuang; 2. menimpa (penyakit dll), menjangkiti (api dll): penyakit pelagra biasanya ~ orang yg menjadikan jagung sbg makanan utama.Kamus Dewan Edisi Keempat
tulang I1. rangka tubuh manusia (binatang) atau bahagian-bahagiannya: ~ ayam; ~ ikan; ~ dadanya retak akibat kemalangan itu; 2. ki sesuatu yg menyerupai tulang atau rangka; ~ daun urat pd daun; ~ andas salah satu tulang kecil dlm telinga tengah mamalia, yg terletak di antara tulang rakap dgn tulang tukul; ~ ari-ari = ~ som tulang pd bahagian ari-ari; ~ air mata tulang yg nipis spt sisik terdapat pd sebelah atas rongga mata; ~ belakang a) = ~ punggung Id = ~ ula-ula tulang yg beruas-ruas dr tengkuk hingga ke punggung; b) ki orang atau sesuatu yg menjadi sumber atau pusat kekuatan atau tenaga (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll); c) bahagian jilidan buku yg kelihatan apabila buku disusun di rak; ~ belikat = ~ daun = ~ dayung = ~ kipas = ~ tamparan nyamuk tulang yg berbentuk spt kipas pd belikat; ~ belulang tulang dan kulit sahaja; ~ belut sj jahitan yg umumnya terdapat pd baju teluk belanga; ~ benih Kl senjata utk membunuh; ~ bercagak = ~ pengancing tulang rahang atas dan rahang bawah; ~ bercerai = ~ berselisih = ~ tercabut = ~ tergeliat = ~ terkehel tulang yg tersalah letak (kerana terseliuh, tergeliat, dll); ~ betis a) = ~ kering tulang dr lutut hingga ke pergelangan kaki; b) tulang dr lutut hingga ke pergelangan kaki pd sebelah belakang, fibula; ~ buku bahagian belakang buku; ~ buku lali tulang yg berbonggol hampir dgn pergelangan kaki; ~ bumbung kayu yg membujur pd bum­bung rumah (utk menyangga kasau); ~ cagak = ~ pipi tulang di antara rongga mata dgn telinga; ~ caping = ~ hulu hati = ~ sudu hati tulang yg lembut pd hujung tulang dada; ~ cenak tulang yg melintang dr pangkal leher hingga ke pangkal bahu; ~ cenonot = ~ kongkeng = ~ tongkeng = ~ sulbi tulang di bawah sekali pd bahagian tulang belakang, yg terletak di punggung; ~ dada = ~ papan = ~ rimau menangis tulang yg pipih di tengah-tengah dada (tempat tulang rusuk bertemu), sternum; ~ dahi tulang pd bahagian dahi; ~ daun a) tulang belikat; b) urat pd daun; (dgn) ~ delapan kerat ki hanya tubuh sahaja; ~ empat kerat anggota badan (kaki dan tangan); ~ gigi = ~ rahang bawah tulang yg memben­tuk dagu (tempat gigi bawah melekat); ~ godok kepala tulang pd bahagian belakang tengkorak; ~ halus = ~ ketul = ~ muda = ~ rawan tulang yg lunak atau lembut; ~ hasta tulang tangan yg di sebelah dalam; ~ hitam bp sumsum; ~ kamkam tulang cagak; ~ karang tulang yg rupanya spt karang; ~ kelek buyung bahagian atas tulang pungkur; ~ kemburan tulang pd tapak tangan; ~ keng bahagian hujung tulang rahang; ~ kering tulang pd bahagian kaki di sebelah hadapan betis, tulang pd bahagian kaki dr lutut ke buku lali; ~ ketuk jari buku jari (utk meluku); ~ kucing = ~ lengan atas = ~ pangkal lengan tulang dr bahu hingga ke siku; ~ langit-langit tulang yg di sebelah atas mulut (pd langit-langit); ~ lebar = ~ ruas tengkuk tulang yg beruas-ruas pd leher; ~ lembusir = ~ papan bahu tulang belikat dan tulang selangka; ~ mata duli = ~ mata kaki = ~ alah mak bonggol tulang betis hampir dgn pergelangan kaki (tulang buku lali); ~ mereh tulang spt tapak kuda yg hampir dgn pangkal lidah; ~ paha = ~ selangka katak tulang dr lutut hingga ke pangkal paha; ~ pangkal paha = ~ pungkur = ~ punggung tulang yg lebar pd bahagian pinggang hingga ke punggung; ~ pantat = ~ punggung = ~ pelana bahagian tulang pungkur yg di bawah sekali; ~ papan pungkur = ~ ruas pinggang = ~ ruas punggung bahagian tulang belakang dr pinggang ke punggung, sulbi; ~ pelipis = ~ pelipisan = ~ tudung bahagian tulang teng­korak di antara dahi dgn telinga; ~ pemulas = ~ pengumpil tulang di antara siku dgn perge­langan tangan yg di sebelah luar; ~ perabung kayu palang yg dipasang pd persilangan kasau jantan (utk menyangga perabung); ~ pergelangan kaki tulang di antara tulang tumit dgn buku lali; ~ pergelangan tangan tulang yg menghubungkan jari dgn lengan, buku tangan, sendi tangan; ~ pukang a) tulang pangkal paha; b) tulang paha lembu bahagian atas kaki belakangnya; ~ rahang tulang tempat gigi melekat; ~ rakap salah satu tulang kecil dlm telinga tengah mamalia, yg terletak di bahagian paling dalam dibandingkan dgn dua tulang kecil yg lain (andas dan tukul); ~ rangka segala tulang yg menjadi rangka tubuh badan, kerangka; ~ rawan a) tulang muda; b) tulang dada (binatang); ~ ruas tulang yg beruas-ruas (tulang belakang dll); ~ ruas jari tulang yg merupakan bahagian drpd jari; ~ rusuk tulang yg melingkungi rongga dada; ~ selangka tulang cenak; ~ sudu hati = ~ sedu hati tulang caping; ~ sumsum tulang yg berisi sumsum, mis tulang belakang; ~ tangan tulang dr siku hingga ke pergelangan tangan; ~ tengkorak dua tulang pd sebelah kiri dan kanan kepala; ~-temulang seluruh tulang dlm tubuh; ~ tukul salah satu tulang kecil dlm telinga tengah mamalia, yg bersentuhan dgn gegen­dang telinga dan bersendi dgn tulang andas; ~ teras tentera Id ark induk tentera; ~ tudung tulang di antara tulang tengkorak dgn tulang pelipis; ~ tumit tulang pd bahagian tumit; ~ tongkeng tulang cenonot; ~ tunjang a) tulang di antara jari kaki dgn tumit; b) kaki ayam (burung dll); ~ tutup dahi tulang dahi yg benar-benar di atas mata; minta ~ ke lidah = minta ~ ke lintah prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; putih ~ dikandung tanah, budi baik dikenang juga prb budi bahasa yg baik itu tidak akan dilupakan orang; ringan ~ berat perut prb orang yg mahu bekerja berat serta dgn rajinnya tentu akan mendapat rezeki; tinggal ~ dgn kulit = tinggal kulit pembalut ~ prb perihal orang yg sangat kurus; bertulang 1. mempunyai tulang; ikan ~ ikan yg mempunyai tulang; 2. mempunyai rangka atau tulang (drpd besi, kayu, dll); beton ~ Id simen yg dikuatkan dgn besi di dalamnya; lidah tiada ~ prb orang yg mudah membuat janji dan mudah pula mengubah janjinya; menulangi membuang tulang (ikan dll); tulang-tulangan 1. segala macam tulang (dlm tubuh), rangka tubuh; 2. rangka rumah (drpd kayu dll); ketulangan terlekat atau tersangkut tulang ikan dll di kerongkong; pertulangan ark (Bali) tempat mayat dibakar; penulangan pembentukan tulang atau bahan bertulang.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas