tampil | = menampil ark 1. datang atau melangkah ke hadapan (ke muka), maju ke muka: sebelum berlaku pertempuran antara dua pihak itu, tiba-tiba ~ seorang panglima dr pihak orang Musyrikin; 2. mengambil peranan, mengambil daya usaha: kita harap banyak lagi wanita kita ~ ke depan utk memenuhi lapangan ini; menampilkan 1. membawa ke muka (ke depan), memajukan, mengemukakan: maka baginda pun terlalu marah, segera ~ gajahnya mengusir Seri Nara Diraja; penulis ~ karya yg memberatkan tema-tema persoalan; 2. memperlihatkan, menampakkan, menunjukkan: orang yg berwajah murung itu kini ~ senyuman; penampilan perihal (tindakan, usaha) menampilkan (mengemukakan) seseorang atau sesuatu: kesan seninya akan mengatasi kesan ~ pengarang sbg dalang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampil | menampilkan membawa ke hadapan; mengemukakan; memajukan. | Kamus Pelajar |
tampil | datang atau maju ke hadapan: Beliau pun ~ utk memberikan syarahan kpd pelajar-pelajar itu. | Kamus Pelajar |
tampil | datang atau maju ke hadapan: Beliau pun ~ utk memberikan syarahan kpd pelajar-pelajar itu. menampilkan membawa ke hadapan; mengemukakan; memajukan. penampilan perbuatan, perihal dsb tampil atau menampilkan: ~ beliau di khalayak ramai mengejutkan banyak pihak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penampilan | perbuatan, perihal dsb tampil atau menampilkan: ~ beliau di khalayak ramai mengejutkan banyak pihak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mara II | bergerak ke hadapan; tampil ke muka; maju: Mereka ~ lebih kurang 10 kilometer sehari. memarakan menggerakkan ke hadapan; memajukan. kemaraan perbuatan atau hal mara: ~ tentera musuh telah dpt dipatahkan oleh tentera kita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mara II | bergerak ke muka, tampil ke hadapan, maju: barisan tentera itu ~ dgn pantasnya sungguhpun mereka menemui tentangan; memarakan menggerakkan ke hadapan, memajukan; kemaraan perihal bergerak (melangkah dll) maju, kemajuan: hulubalang telah berhim-pun di Pedas utk menyekat ~ Raja Melewar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penangan | pukulan dgn tangan: sekarang suruh dia tampil ke muka, dan biar dia merasa ~ dr tanganku sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkebolehan | mempunyai kelayakan (kecekapan): lebih ramai lagi wanita yg ~ tampil ke muka utk memasuki barisan menjaga keselamatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dorong | ; mendorong 1. menyorong (ke depan), menolak (dr belakang ke depan), tampil (ke depan): kereta yg kehabisan minyak itu telah didorong ke tepi jalan; 2. ki memberangsangkan, mempengaruhi, menyebabkan (jadi sesuatu): tidak pernah saya ketemui orang yg sanggup menolong dan ~ saya melanjutkan pelajaran saya spt Pak Man itu; keinginan hendak mengembara ke negeri orang telah ~ saya utk bekerja di kapal; apa yg diutarakan mereka dlm mesyuarat itu adalah didorong oleh sentimen yg meruap-ruap di dada mereka; keengganan King Philip membenarkan mereka berniaga telah ~ orang-orang Belanda mencari jalan ke tempat-tempat yg banyak mengeluarkan rempah di Timur Jauh; dorong-mendorong bertolak-tolakan; mendorongkan menyorongkan (ke depan), menolakkan, menampilkan (ke muka): dia ~ lagi badannya di celah-celah orang ramai itu ke pintu stadium; terdorong 1. terlangsung (ke depan), tersorong (tertolak) ke depan: Panglima Hitam telah ~ lalu jatuh; 2. ki terlanjur (melakukan sesuatu yg tidak baik), terlajak: sesudah ~, baru timbul rasa sesal pd dirinya; ~ lidah (mulut, kata) ki terlepas (terlajak) cakap; 3. terpaksa (terpengaruh, tertarik) utk melakukan sesuatu, diberangsangkan, dipengaruhi, didorong: tiba-tiba sahaja perasaannya begitu ~ utk mencurahkan segala isi hatinya; ~ kaki badan merasa, ~ lidah emas padahannya prb kata mesti dikotakan, janji mesti ditepati, berbuat sesuatu mesti berani menanggungnya; dorongan 1. sorongan, tolakan, asakan; 2. ki galakan, anjuran, desakan, perangsang: masyarakat kita sekarang telah berpecah-belah kerana mengikut pendapat dan ~ penganjur-penganjur yg bertentangan faham; dia berjaya kerana ~ yg kuat drpd ayahnya sendiri; keterdorongan keadaan (perihal) terdorong: ~ orang utk berkelakuan berlebih-lebihan apabila menghadapi provokasi; pendorongan perihal atau perbuatan mendorong; pendorong 1. (benda) yg mendorong (menyorong, menganjur, dll), penyorong, penolak; 2. ki sesuatu atau orang yg mendorong, penggalak, pemberangsang: tidak ada ~ yg kuat utk orang bukan Melayu supaya bersungguh-sungguh mempelajari Bahasa Kebangsaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |