Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nah] | تانه

Definisi : a) kawasan suci (Mekah, Madinah); b) tanah yg didiami tanpa kebenaran kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nah] | تانه

Definisi : ark ukuran panjang yg bersamaan dgn enam kaki atau 1.8 meter, depa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nah] | تانه

Definisi : 1 lapisan bumi yg di atas sekali (tempat orang mendirikan rumah, bercucuk tanam dll): Beliau telah membeli sebidang ~ seluas lima ekar di Sabak Bernam. 2 kawasan bumi yg bersempadan, yg diperintah oleh sebuah kerajaan atau yg diduduki oleh sesuatu bangsa: ~ Melayu; ~ Jawa. 3 warna dasar pd kain dll. ~ datar (pamah) tanah yg rata. ~ gambut tanah lembut yg bercampur dgn tumbuh-tumbuhan yg reput. ~ gembur tanah yg subur yg terdiri drpd campuran pasir, tanah liat dan bahan organik yg reput. ~ jajahan negeri (negara) yg dijajah oleh negara asing. ~ liat tanah yg lekat apabila basah dan menjadi keras apabila dipanaskan (biasanya digunakan utk membuat bata dll). ~ merah tanah liat yg di dlmnya terdapat zat besi dan biasanya digunakan utk membuat jalan. ~ pusaka tanah yg diwarisi turun-temurun. ~ rizab tanah simpanan atau tanah yg dikhaskan utk sesuatu tujuan atau utk sesuatu golongan. ~-tanih segala macam tanah. ~ tumpah darah tempat seseorang dilahirkan. ~ usang tanah yg tidak subur lagi. ~ wakaf tanah yg didermakan utk kegunaan orang ramai. bertanah mempunyai tanah; memiliki tanah: Orang-orang yg tidak ~ hendaklah diberi tanah hutan yg baru dibuka supaya mereka dpt bercucuk tanam, berkebun dan berladang. pertanahan hal-hal mengenai tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,

Puisi
 

Orang musafir datang memanah,
     Memanah ia di Sengam Padang;
Datang Jibrail mengambil tanah,
     Diambil ia tanah segenggam.


Lihat selanjutnya...(117)
Peribahasa

Kalau digali tanah berbingkah,
     tanah berderai yang akan bertemu.

Bermaksud :

Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
datarrata (bkn tanah, nada, sesuatu permukaan dll); tidak turun naik; tidak tinggi rendah: tanah ~ tanah yg rata (tidak berbukit-bukit). mendatar 1 bersifat datar (tidak turun naik); dlm keadaan datar; merata: Lebih mudah membajak di kawasan yg ~ drpd di kawasan yg berbukit-bukit. 2 selari dgn permukaan bumi; lw tegak: Lukis dua garisan ~ sepanjang 12 cm. mendatarkan menjadikan datar; meratakan: Ia ~ tapak rumahnya. dataran kawasan atau tanah yg datar: ~ tinggi Tibet. ~ hakis ist kawasan yg telah dihakis sehingga hampir-hampir menjadi dataran (dgn bukit-bukit rendah menandakan tapak bekas gunung). pendataran perihal atau perbuatan mendatarkan: ~ padang itu dibuat dgn traktor. sedatar sama rata: Kebanyakan sawah padi di kampung ini ~ saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkapurada kapur di dlmnya: tanah ~ tanah yg ada kapur di dlmnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rebakruntuh (bkn tebing sungai dll): tanah ~ tanah runtuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ulayatark daerah, kawasan (yg sudah dimiliki); tanah ~ tanah yg sudah tentu pe-miliknya tetapi belum dikerjakan; ® wilayah.Kamus Dewan Edisi Keempat
ulayah, ulayat ark daerah, kawasan (yg sudah dimiliki); tanah ~ tanah yg sudah tentu pe-miliknya tetapi belum dikerjakan; ® wilayah.Kamus Dewan Edisi Keempat
wakafdiuntukkan bagi kegunaan umum (sbg derma atau sedekah): telaga ~ telaga yg dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi keperluan agama (spt utk perkuburan, utk mendirikan masjid). mewakafkan memberikan harta benda atau tanah utk kegunaan orang ramai; memberikan sesuatu utk hal-hal yg berkaitan dgn agama: Raja Mokhtar telah ~ anjung rumahnya utk dijadikan surau.Kamus Pelajar Edisi Kedua
empang1 = empangan, pengempang tambak utk menahan air (supaya air dpt dialirkan ke tanah-tanah pertanian, dpt disimpan utk minuman atau utk mencegah banjir); bendung. 2 kolam tempat memelihara ikan; tebat. 3 ki penghalang sesuatu tujuan; perintang. mengempang 1 mendirikan (membuat) empang; membendung; menahan: ~ sungai. 2 terletak melintang sehingga mengganggu lalu lintas dll; menghalang: Pokok yg tumbang itu hampir-hampir ~ jalan. 3 ki menghalang sesuatu kemajuan; menghambat; merintang. terempang dpt diempang, sudah diempang; terbendung; tertahan: Tiada ~ peluru oleh lalang. pengempangan perbuatan mengempang; pembendungan; penahanan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sungkur IIalat utk menyodok atau utk menggali tanah; penyodok tanah dsb: kereta ~ jentera yg digunakan utk menyodok tanah (menumbangkan pohon dsb): sang ~ babi. menyungkur 1 menyodok atau menggali tanah dsb dgn sungkur atau dgn kereta sungkur. 2 menggali-gali tanah dgn muncung (bkn babi). sungkuran; nyiur ~ nyiur yg masih muda (isinya dpt disodok dgn sudu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
persada1 pancapersada. 2 taman tempat bersuka-suka atau berehat-rehat. 3 = ~ tanah air tanah tempat tumpah darah; tanah air sendiri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tanah rizabtanah simpanan atau tanah yg dikhaskan utk sesuatu tujuan atau utk sesuatu golongan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas