Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lambuk Igembur, hancur (tanah); melambuk 1. menghancurkan (tanah), meng­gemburkan; 2. membuang tanah ke luar dr tempat yg digali (spt perigi, parit, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
terajangtendangan (ke bawah atau ke depan) dgn tapak kaki: dgn sekali ~ sahaja orang itu pun jatuh tersungkur; ~ tumit meng­hentakkan tumit ke tanah; menerajang 1. menendang (ke bawah atau ke depan) dgn tapak kaki: kaki kanannya ~ lelaki itu; 2. ki mengetepikan, mengesam­pingkan: tetapi apabila datang seorang yg berdarjat, apabila datang orang yg lebih berharta aku diterajangnya; menerajangkan menendangkan, menye­pak­kan, mendepakkan: maka anjing per­buruan itu pun diterajangkan oleh pelanduk putih, jatuh ke air.Kamus Dewan Edisi Keempat
sengguk I; menyengguk 1. mengangguk, meng-angguk-angguk; 2. menghantukkan (kepala dll): dipegangnya kepala budak itu dan di-sengguk-sengguknya di tanah; tersengguk 1. terangguk: brek menjerit dan mereka agak ~ ke muka; 2. terhantuk (ke depan); tersengguk-sengguk terangguk-angguk (orang mengantuk dll): malam telah begitu tua dan ada antara kami yg sudah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanah1 lapisan bumi yg di atas sekali (tempat orang mendirikan rumah, bercucuk tanam dll): Beliau telah membeli sebidang ~ seluas lima ekar di Sabak Bernam. 2 kawasan bumi yg bersempadan, yg diperintah oleh sebuah kerajaan atau yg diduduki oleh sesuatu bangsa: ~ Melayu; ~ Jawa. 3 warna dasar pd kain dll. ~ datar (pamah) tanah yg rata. ~ gambut tanah lembut yg bercampur dgn tumbuh-tumbuhan yg reput. ~ gembur tanah yg subur yg terdiri drpd campuran pasir, tanah liat dan bahan organik yg reput. ~ jajahan negeri (negara) yg dijajah oleh negara asing. ~ liat tanah yg lekat apabila basah dan menjadi keras apabila dipanaskan (biasanya digunakan utk membuat bata dll). ~ merah tanah liat yg di dlmnya terdapat zat besi dan biasanya digunakan utk membuat jalan. ~ pusaka tanah yg diwarisi turun-temurun. ~ rizab tanah simpanan atau tanah yg dikhaskan utk sesuatu tujuan atau utk sesuatu golongan. ~-tanih segala macam tanah. ~ tumpah darah tempat seseorang dilahirkan. ~ usang tanah yg tidak subur lagi. ~ wakaf tanah yg didermakan utk kegunaan orang ramai. bertanah mempunyai tanah; memiliki tanah: Orang-orang yg tidak ~ hendaklah diberi tanah hutan yg baru dibuka supaya mereka dpt bercucuk tanam, berkebun dan berladang. pertanahan hal-hal mengenai tanah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hunjam; menghunjam 1 turun atau terjun ke bawah dgn kepala dahulu; menjunam (spt helang menyambar ayam); menukik: Ada yg ~, ada pula yg melayang. 2 menikam atau menusuk lurus-lurus dr atas ke bawah; masuk lurus ke bawah: Akarnya ~ ke dlm tanah. menghunjamkan 1 menjadikan atau menyebabkan menghunjam; menjunamkan; menukikkan: ~ layang-layang menuju ke tanah. 2 menikamkan atau menusukkan (lembing dll) lurus-lurus dr atas ke bawah: Dihunjamkan lembingnya pd binatang itu. terhunjam terlanggar pd tanah (bkn kepala dll); terpacak; terpancang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sungkur I; ~-sangkar tertiarap (dgn tangan dan kaki terdepang); ~ sembam tersembam (muka mencium tanah); sang ~ babi (yg merosakkan tanaman); bersungkuran tersembam (jatuh dsb) dgn kepala tertunduk rendah-rendah: sekalian rakyat tentera menghadap baginda sujud kepalanya masing-masing lalu ke tanah ~; menyungkur 1. menundukkan kepala ren­dah-rendah (spt kerbau hendak berlaga dll): budak itu ~ di hadapannya meminta ampun; 2. menggali-gali tanah dll dgn muncung (babi dll): mereka ~ tanah dgn hidungnya mencari akar utk dimakan; tersungkur jatuh dan mukanya terkena tanah, jatuh tersembam, jatuh tertiarap: dgn sekali panah, kijang itu pun ~lah lalu mati.Kamus Dewan Edisi Keempat
bumi1 dunia sbg imbangan langit; dunia yg bulat tempat kediaman kita: ~ bergerak mengelilingi matahari. 2 tanah tempat kita berpijak: Terlalu pantasnya Hang Tuah mengelakkan tikaman musuh itu seakan-akan tidak menjejak ~. ~ istana tanah tumpah darah. ~ rata penghancuran binaan, bangunan dsb dan kemudian meratakannya dgn tanah. membumi 1 menetap di sesuatu tempat. 2 menuju ke bumi. 3 masuk ke bumi (ttg dawai atau arus elektrik). membumikan memasukkan ke dlm bumi (ttg dawai atau arus elektrik). ke bumi; mengebumikan menanam mayat ke dlm kubur; menguburkan. pengebumian perbuatan atau hal mengebumikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jalar; berjalaran 1 merayap-rayap ke sana ke mari (bkn ular, lipan, cacing dll): Saya sangat takut melihat ular yg ~ di Zoo Negara itu. 2 memanjang di atas tanah (bkn tumbuh-tumbuhan spt keledek, kangkung); melata: Pokok keledek saya hidup ~ di atas tanah. menjalar 1 berjalan merayap-rayap: Ulat itu ~ di atas bajunya. 2 tumbuh melata: Ada tumbuh-tumbuhan yg ~. 3 merebak atau berjangkit (bkn api, penyakit, pengaruh dll); menular: Api telah ~ ke kedai sebelah. menjalari 1 menjalar pd (bkn binatang atau tumbuh-tumbuhan): Pokok kacang itu ~ pagar rumahnya. 2 menjalar di (serata tempat); merebak; menulari (bkn api, penyakit dsb): Api telah ~ rumah-rumah yg berdekatan. menjalarkan 1 membuat (membiarkan) supaya menjalar: Ali ~ ulat itu di atas sehelai daun. 2 merebakkan; meluaskan: Ada pihak yg mencuba ~ pengaruhnya di kampung-kampung. penjalaran perbuatan (hal dsb) menjalar atau menjalarkan (pengaruh, tumbuh-tumbuhan dsb): ~ kebudayaan asing dlm masyarakat kita mestilah dicegah. penjalar ist tumbuh-tumbuhan yg tumbuh secara menjalar di atas permukaan tanah atau memanjat benda yg tinggi dgn menggunakan akar udara, mis pokok labu dan tembikai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cermat1 dgn sepenuh minat; saksama; teliti: Kertas jawapan itu dikaji dgn ~. 2 tidak boros (dlm berbelanja); hati-hati; hemat: Ia anak yg ~. bercermat berlaku (dgn) cermat; berhati-hati: Masing- masing ~ menjaga adab dlm upacara itu. mencermatkan 1 melakukan dgn cermat. 2 menjimatkan (wang dll); menghematkan: Mereka terpaksa ~ wang utk membeli sebidang tanah. kecermatan 1 keadaan cermat dlm melakukan se­suatu; ketelitian: ~ mengambil bacaan pd skala itu adalah penting. 2 keadaan jimat dlm perbelanjaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tancaptancap; ~ gas Id, bp menekan pedal minyak kereta utk melajukan jalannya; menancap masuk terbenam atau tercucuk (pisau, anak panah, dll), menghunjam: pohon itu masih terikat oleh akar-akarnya yg ~ di tanah; menancapkan menusukkan hingga masuk (pisau dll), mencucukkan, menghunjamkan: kadang-kadang aku ~ tongkatku di sawah dan ikut serta pd pekerjaan memotong rum­put dan menggali tanah; tertancap 1. masuk terbenam, terpacak, ter­pancang: belati Pendekar Sutan telah lebih dahulu ~ di lambung kirinya, mengenai jantungnya; 2. ki tidak bergerak lagi (kuasa dll), terhenti, tersangkut; tancapan tikaman, tusukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas