harakat | Ar 1. panjang pendek suara sewaktu membunyikan sesuatu huruf Arab dlm bacaan Quran (yg biasanya ditandai dgn tanda-tanda tertentu bagi menentukan hukum-hukum tajwidnya); 2. baris atau tanda bunyi (fathah, kasrah, dammah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
not | tanda bunyi dlm muzik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
maddah | tanda bunyi panjang dlm tulisan Arab. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
not | tanda bunyi dlm muzik. | Kamus Pelajar |
maddah | Ar tanda bunyi panjang pd tulisan Arab; mad. hukum ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baris mati | tanda bunyi mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
titi nada | Id tanda bunyi pd baluk, not; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pegon | (pégon) Jw bahasa Jawa yg ditulis dgn huruf Arab (memakai tanda bunyi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baris | 1 deret yg merupakan susunan memanjang: Jarak di antara satu ~ dgn ~ lain ialah lima meter. 2 kumpulan huruf atau perkataan yg berderet dlm tulisan atau cetakan: Kamu baca muka surat 15, ~ yg ketujuh dr atas. 2 tanda bunyi dlm tulisan bahasa Arab. berbaris 1 terletak dlm baris-baris tertentu; berderet; berbanjar: Anak padi yg dicabut dr tapak semaian itu ditanam ~ di sawah. 2 berjalan atau bersenam beramai-ramai dlm baris-baris tertentu; berkawad: Selama dlm latihan, mereka diajar ~, menggunakan senjata dan juga berperang. membarisi berbaris di; mendereti. membariskan meletakkan atau mengatur berbaris; menderetkan; menjajarkan. barisan 1 apa-apa yg berbaris letaknya; susunan yg berbaris: Jangan lupa menulis tarikh di ~ bawah alamat tadi. 2 sekumpulan orang utk berperang; pasukan tentera: Maharaja Parsi telah menyusun ~ yg amat kuat utk menentang serangan dr luar. perbarisan perbuatan berbaris atau berkawad oleh pasukan tentera dsb: Utk menyambut ketibaan Presiden Giri dr India, satu ~ pasukan tentera, pasukan polis dan juga murid-murid sekolah telah diadakan. pembarisan perbuatan, hal dsb membarisi atau membariskan. pembaris alat yg digunakan utk membuat baris. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diakritik | (Lin); tanda ~ tanda yg dipakai utk memperbezakan bunyi-bunyi yg berlainan bagi sesuatu huruf: dlm ejaan baru, tanda ~ di atas e bagi melambangkan e pepet ditiadakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |