sain | bp 1. tandatangan; ~ terbang tandatangan tiruan (palsu); 2. kontrak: abangnya ber-cakap tentang rancangannya selepas habis ~nya dgn tentera; menyain menurunkan tandatangan, menanda-tangani. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tandatangan balas | a) tandatangan yg diturunkan pd sesuatu dokumen, kontrak dsb yg sudah pun ditandatangani oleh orang lain; b) (Eko) tandatangan ejen berlesen atau wakilnya ke atas polisi insurans utk menjadikannya sebuah kontrak yg sah di sisi undang-undang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tandatangan ringkas | tandatangan dgn huruf pertama (awal) nama sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teken I | (téken) tandatangan; meneken membubuh tandatangan, menyain: kontraknya segera diteken; penekenan perihal meneken: pd hari ~ kontrak baru itu, wang permulaan diterima lebih banyak drpd biasa; ® tekan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tandatangan | nama (ringkasan nama) yg ditulis oleh orang itu sendiri: pengantin lelaki itu pun menurunkan ~nya ke dlm buku Daftar Perkahwinan; ~ balas a) tandatangan yg diturunkan pd sesuatu dokumen, kontrak dsb yg sudah pun ditandatangani oleh orang lain; b) (Eko) tandatangan ejen berlesen atau wakilnya ke atas polisi insurans utk menjadikannya sebuah kontrak yg sah di sisi undang-undang; ~ ringkas tandatangan dgn huruf pertama (awal) nama sendiri; bertandatangan ada tandatangannya, sudah dibubuh tandatangan; menandatangani menurunkan (membubuh) tandatangan pd: dlm bulan Mei 1606, orang Belanda ~ satu perjanjian dgn negeri Johor; penandatanganan perihal menandatangani (surat, perjanjian, dsb): ~ perjanjian persahabatan antara kedua-dua buah negara tersebut telah dilangsungkan di Kuala Lumpur; penandatangan orang yg menandatangani (surat, perjanjian, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tandatangan kerosakan(fault signature) | Output unik sambutan kepada pengujian yang dijalankan terhadap peranti yang rosak. Sambutan unik ini dapat ditafsirkan sebagai bersamaan dengan sejenis kerosakan yang telah disenaraikan oleh pereka bentuk asal atau pembuat sistem. | Kamus Komputer |
tandatangan | nama atau tanda (tulisan) yg menunjukkan nama seseorang yg ditulis oleh orang itu sendiri: Dia menurunkan ~nya ke dlm buku pelawat. | Kamus Pelajar |
tandatangan | bertandatangan sudah diberi tandatangan; ada tandatangannya. | Kamus Pelajar |
tandatangan | menandatangani menurunkan atau membubuh tandatangan pd sesuatu: Dia telah ~ surat perjanjian itu. | Kamus Pelajar |
autograf | 1. tandatangan seseorang, biasanya orang yg terkenal; 2. = buku ~ buku kecil utk menyimpan tandatangan orang yg terkenal atau kata-kata nasihat dsb oleh sahabat handai utk kenang-kenangan; 3. naskah (manuskrip) asal yg ditulis tangan oleh pengarangnya sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |