peracit | sj tumbuhan (pokok renek) tanduk-tanduk, puding hutan, Ervatamia malaccensis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangkut | tidak menjadi besar, kerdil (orang, pokok, dll); tanduk ~ tanduk yg tidak menjadi besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanduk-tanduk | 1. sj tumbuhan (pokok renek), lelada, Ervatamia cylindrocarpa; 2. sj tumbuhan (pokok renek), jantung badak, jelutung badak, merabung paya, restung badak, sembur badak, Evartamia hirta; 3. sj tumbuhan (pokok memanjat), akar bulu nenek kebayan, akar tanduk hitam, akar sewai, duduk kijang, Strophanthus dichotomus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangkang II | jarak antara dua tanduk, cakah, cakang; kala ~ sj kala yg letak sepitnya berjauhan; ketam ~ sj ketam yg letak kedua-dua sepitnya berjauhan; tanduk ~ tanduk yg tumbuhnya lurus ke kiri dan ke kanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanduk I | 1. dua benda keras yg tumbuh di kepala binatang (spt kerbau, lembu, dll), sj cula: ~ lembu; ~ rusa; 2. drpd bahan tanduk (alat perkakas dll): sikat ~; 3. sesuatu yg berbentuk (berupa) tanduk: pisang ~; ~ badur = ~ koyok tanduk yg melengkung ke bawah; ~ cakah = ~ empang tanduk yg lurus mendatar; ~ capah tanduk lurus yg tumbuh mengangkang; ~ julang = ~ tegak tanduk yg lurus tegak tumbuhnya; ~ kangkum tanduk yg melengkung; ~ ragum tanduk yg pendek dan hujungnya hampir bertemu; ~ tendang tanduk yg satu tumbuh ke atas dan satu lagi melengkung ke bawah; ~ di kepala tak dapat digelengkan prb seseorang itu tidak dapat melepaskan diri drpd kewajiban sendiri; bagai ~ bersendi gading prb jodoh yg tidak sepadan; bagai ~ diberkas prb amat sukar menyatukan (orang yg berlainan fikiran dll); bagai kerbau runcing ~ = runcing ~ prb orang yg terkenal jahatnya sehingga jikalau orang lain yg membuat kejahatan orang menyangka dia juga; menghendaki (menghendakkan) ~ kuda = minta ~ kpd kuda prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; sedepa ~ yg datang, sejengkal ~ yg menanti, payah juga yg datang prb Mn perihal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri); tak (dapat) ~ telinga dipulas prb sanggup melakukan apa sahaja asal dapat membalas dendam; bertanduk mempunyai tanduk, ada tanduknya; (menantikan) kucing ~ prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin;menanduk 1. menyondol dgn tanduk (kerbau, lembu, dll); 2. menyondol sesuatu dgn kepalanya, memukul dgn kepala: pemain itu sedang ~ bola. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
medang tanduk | = ~ tanduk sj tumbuhan (pokok), Alseodaphne insigna; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanduk ragum | tanduk yg pendek dan hujungnya hampir bertemu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanduk kangkum | tanduk yg melengkung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanduk tegak | tanduk yg lurus tegak tumbuhnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanduk julang | tanduk yg lurus tegak tumbuhnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |