tang II | ark kep dr tentang (yg dimaksudkan tempat); ~ mana di (dekat) mana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kertang II | ark bunyi spt tin kosong dipukul, bunyi tang; mengertang memukul tin kosong dll (hingga berbunyi tang); mengertangkan; ~ perisai menangkiskan perisai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akrab II | Ar bintang kala (rasi, gugusan bintang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mai II | Kd, Pn mari; pi ~ pergi dan datang, lalu-lalang; pi ~, pi ~ duk tang tu ki tidak berubah keadaannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
topang II | Mn; bertopang 1. dibantahi, disangkal, ditegah: segala perintahnya tidak ~; 2. berbantah, bertengkar: suka ~ dgn sesiapa juga; menopang membantahi, menegah, menentang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tantang II | Mn tentang; menantang 1. menghadapi, menentang: beliau berdiri ~ ketuanya; 2. melawan, membantah, membangkang: dia tetap ~ saran itu dgn tegas; tantangan 1. bandingan, imbangan, lawan; 2. perbuatan menantang, bantahan, perlawanan; 3. darihal, perihal, tentang; ® tentang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanggung II | 1. lebih drpd sedang tetapi belum cukup besarnya (tingginya dll); anak ~ anak yg hampir dewasa; ~ bulan sesudah pertengahan bulan (utk menyatakan ketiadaan wang); 2. = kepalang ~ = tangung-tanggung tidak mencukupi keperluan, kurang sempurna, setengah-setengah: bekerja jangan ~. tanggungjawab kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung: oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat ~nya; bertanggungjawab 1. = ~ atas (terhadap, tentang, dlm) mempunyai tanggungjawab terhadap, memikul tanggungjawab, berkewajiban: siapakah yg ~ atas kekalahan kita? 2. = ~ kpd menanggung segala-galanya, menanggung sesuatu kpd: kakitangan ~ kpd majikan mereka; kedua-dua pihak sama ~; mempertanggungjawabkan 1. memberikan jawaban dan menanggung segala akibatnya (sekiranya tidak beralasan, tidak munasabah, dsb): ia mengeluarkan kata-kata yg tidak dapat dipertanggungjawabkan; 2. = ~ kpd memikulkan tanggungjawab (kpd), membebankan tanggungjawab kpd: pendidikan kanak-kanak dipertanggungjawabkan kpd guru; 3. menjadikan bertanggungjawab (atas, terhadap, dll): mereka sama-sama dipertanggungjawabkan oleh agama utk melaksanakan segala perintah Tuhan; kebertanggungjawaban perihal (sifat) bertanggungjawab: ~ setiap individu dlm mem-buat kebajikan; pertanggungjawaban 1. perihal bertanggungjawab; 2. sesuatu yg dipertanggungjawabkan: kita telah sampai kpd ~ tentang pendapat kita; penanggungjawab orang yg bertanggungjawab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |