tanggapan | sesuatu yg ditanggap oleh pancaindera; gambaran yg diterima dlm hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanggapan | 1. apa yg diterima oleh pancaindera, gambaran (bayangan) dlm hati, cerapan: sifat pedas adalah ~ indera perasa, dipertunjukkan juga pd suara atau kata; suka saya bincangkan satu persoalan yg menunjukkan satu kekeliruan terhadap ~ isi kebudayaan ini; 2. = tetanggapan pertunjukan (wayang golek dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanggapan | sesuatu yg ditanggap oleh pancaindera; gambaran yg diterima dlm hati. | Kamus Pelajar |
berisi | 1. mempunyai isi, tidak kosong: bintit-bintit itu ~ nanah; padi tidak ~; 2. tidak kurus, gemuk: pemuda yg berbadan gempal ~; 3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; 4. mempunyai: aku hanya ~ dgn ilmu tanggapan pancaindera dan tanggapan akal; tidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja prb perihal orang yg dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keliru | 1. salah (menganggap atau membuat kesimpulan), khilaf, sesat (tanggapan): sikap masyarakat yg ~ mengenai pergaulan pemuda-pemudi adalah dikesalkan; ~ tangkap salah tangkap; 2. tertukar (kerana menyangkakan yg lain itu miliknya): ~ dgn barang orang lain; mengelirukan 1. menyebabkan keliru, mengacaukan, menyesatkan (tanggapan): penggunaan istilah ini selalu ~ kerana ertinya luas; ucapannya itu boleh ~ orang-orang kampung di situ; 2. mengatakan keliru (khilaf dll), menyalahkan: orang itu ~ ucapannya; terkeliru tersalah (pd membuat anggapan atau kesimpulan), terkhilaf, tersesat: sangkaannya itu ~ semata-mata; beliau menuduh komunis menggunakan pelajar-pelajar yg ~ utk menyebarkan faham komunis; kekeliruan kesalahan (pd membuat anggapan atau kesimpulan), kekhilafan, kekusutan: penjelasannya telah menghilangkan ~ mengenai rancangan itu; pengeliruan perbuatan mengelirukan: penyelewengan, pendustaan, dan ~ oleh musuh-musuh Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
visi | tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, wawasan: pemimpin yg mempunyai keperibadian yg utuh serta ~ dlm kepimpinan; Pak Arena menganggap ~ itu penting dlm penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman; bervisi mempunyai visi: pemimpin negara yg ~ tinggi dan jauh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ilusi | tanggapan yg tidak benar atau mengelirukan: segala apa yg saya sangka dapat memberikan kebahagian dahulu sebenarnya suatu ~ sahaja; darinya ~ dan realiti dapat dikenal pasti, dinilai, dan dimanfaatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertanggapan | mempunyai tanggapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menstereotaipkan | membuat tanggapan stereotaip tentang seseorang atau sesuatu: bahasa yg ~ golongan wanita sbg golongan lemah, sbg suri rumah dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sugestif | (sugéstif) menyarankan tanggapan, idea, fikiran, dsb tentang sesuatu: caranya mengarang ~, dipaksanya pembaca berfikir sendiri; mungkin juga dgn kedudukan set yg tidak ~, beberapa simbol menjadi keliru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |