Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanggung-menanggung 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tanggung I1. = ditanggung dijamin (kebaik­annya dll), sudah tentu: pekerjaannya ~ baik; 2. bp = menanggung; ~ badan Sr mas kahwin yg belum dijelaskan ketika akad nikah (tetapi mesti diselesaikan ketika bercerai); menanggung 1. membawa di atas bahu (ba­rang yg berat-berat), memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. meng­alami (kesusahan dll), menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki membawa, memegang, mena­ruh, menyimpan: dapatkah manda ~ rah­sia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg tertentu), mengurus, mem­­biayai, menyelenggarakan: mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi, mem­punyai: kita ~ hutang sampai anak dah ber­anak enam pun hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, men­jamin: kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg ~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung dia akan menang; 9. memberi perakuan akan meme­nuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani tanggung; ~ budi menaruh budi; ~ dendam menyimpan dendam; ~ kasih berasa wajib membalas kasih (orang); ~ malu merasai malu; ~ ragam Mn mengalami bermacam-macam percubaan; ~ rahsia menyimpan rahsia; ~ rindu menaruh rindu; tanggung-menanggung 1. saling menang­gung (menjamin dll); 2. semua urusan me­nang­gung; menanggungkan, mempertanggungkan 1. memikulkan sesuatu beban (tanggungjawab dll) kpd, membebankan kpd: kerja-kerja yg ditanggungkan kpd baginda itu tersangat berat; 2. menyerahkan barang dll sbg cagaran (jaminan), mencagarkan, menggadaikan: dia terpaksa ~ hartanya utk membayar hutang; tertanggung dapat ditanggung, terderita, terjamin, terpikul; tidak ~ a) tidak terderita; b) tidak dijamin dll; tanggungan 1. sesuatu yg mesti ditanggung, kewajiban, tanggungjawab: hak dan ~ ahli-ahli pertubuhan; 2. jaminan: dgn ~ siapakah engkau mendapat pinjaman itu? 3. barang dll yg digunakan sbg jaminan hutang dll, cagar­an: apa ~mu utk berhutang itu? 4. pen­deritaan, beban: segala-galanya itu akan menambahkan lagi ~ rakyat; 5. orang yg mesti ditanggung (keselamatannya, nafkah­nya, dll): cukai ini berbeza dr seorang kese­orang mengikut banyak pendapatan orang itu dan ramai orang yg mesti menjadi ~nya; 6. akibat perbuatan yg mesti diper­tang­gungkan, risiko: kalau engkau kalah nanti, itu ~mu sendiri; ~ jiwa (kebakaran) Id insu­rans; 7. (Udg) kewajiban yg dikenakan terhadap seseorang di bawah undang-undang; ketanggungan sl apa yg ditanggung, tang­gungjawab, tanggungan: jikalau kita kalah, bukanlah jadi ~ kpd kita semuanya;berketanggungan bertanggungjawab, ber­kewajiban: marilah kita menuntut kpd pihak-pihak yg ~ dlm agama Islam;pertanggungan 1. tanggungan, tang­gung­jawab; 2. jaminan; 3. insurans; penanggungan 1. apa yg ditanggung, pen­deritaan, kesengsaraan: dia sangat mengam­bil berat terhadap kehidupan rakyat jelata dan ~ mereka; 2. perihal menanggung: ba­gai­manakah ~ hati seorang perempuan yg hidup sebatang kara; penanggung 1. orang yg menanggung (men­jamin), penjamin; 2. orang yg meme­gang polisi insurans; 3. orang yg menderita, penderita; 4. (Eko) organisasi atau orang yg dilantik utk menguruskan pembubaran sesebuah sya­rikat.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanggung-menanggung1. saling menang­gung (menjamin dll); 2. semua urusan me­nang­gung;Kamus Dewan Edisi Keempat
tanggung; menanggung1 orang yg menderita sesuatu; penderita.Kamus Pelajar
tanggung; menanggung1 orang yg mesti ditanggung nafkahnya dll.Kamus Pelajar
tanggung; menanggung1 menyerahkan segala tanggungjawab kpd; membebankan sesuatu kpd: Perbelanjaan utk membina jambatan itu akan ditanggungkan kpd penduduk kampung itu sendiri.Kamus Pelajar
tanggung; menanggung 1 membawa barang yg berat-berat di atas bahu; memikul: Aku tidak sanggup ~ beban seberat ini. Kamus Pelajar
tanggung; menanggung 1 membawa barang yg berat-berat di atas bahu; memikul: Aku tidak sanggup ~ beban seberat ini. 2 menderita kesusahan, ke­rugian dll; mengalami: Setelah permai­surinya mangkat, tinggallah Sultan Mahmud keseorangan ~ dukacita. Mereka telah ~ kerugian besar kerana harga getah jatuh. 3 memberikan belanja atau nafkah; menyara: Di samping ~ isteri dan empat orang anak, beliau terpaksa juga ~ dua orang adik. 4 memberi akuan atau jaminan ttg sesuatu: Saya berani ~ kebaikan radio jenis ini. 5 memikul segala tanggungjawab dll. menanggungkan 1 menyerahkan segala tanggungjawab kpd; membebankan sesuatu kpd: Per­­­belanjaan utk membina jambatan itu akan ditanggungkan kpd penduduk kam­pung itu sendiri. 2 meletakkan ke­salahan dsb kpd: Kerugian yg dialami oleh perusahaan itu ditanggungkan kpd pengurusnya. 3 menyerahkan harta milik sbg sandaran hutang; menggadaikan: Dia terpaksa ~ tanah dan rumahnya kpd bank utk mendapatkan hutang. mempertanggungkan menjadikan sesuatu ditanggung oleh: Pengguna jalan raya dipertanggungkan atas kemalangan yg berlaku. tertanggung dpt di­tanggung; terpikul. tanggungan 1 orang yg mesti ditanggung nafkahnya dll. 2 sesuatu yg (mesti) ditanggung; kewajipan; tugas. 3 sesuatu yg diderita; penderitaan. penanggungan 1 peri­hal (perbuatan dsb) menanggung. 2 yg ditanggung. sepenanggungan mem­punyai penanggungan yg sama; senasib. penanggung 1 orang yg men­derita sesuatu; penderita. 2 orang yg menjamin; penjamin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
derita Ikesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb) yg dialami: sejak dia ditahan, keluarganya menanggung ~ kesengsaraan; menderita 1. menanggung kesusahan (ke­sakitan, keseksaan, dsb): dia hidup ~ sejak ditinggalkan kekasih; 2. = menderitai menanggung, mengalami: orang pelarian Kampuchea ~ kemiskinan yg teruk; kerugian yg mereka deritai amatlah banyak; menderitakan membuat seseorang meng­alami derita; terderita, terderitakan dapat dideritai (di­tanggung), tertanggung, tertahan: bukan main sedihnya, tidak ~ sesalnya; deritaan perkara yg diderita (spt kesakitan, kesusahan, dll): ~nya kali ini lebih berat drpd yg sudah-sudah; penderitaan 1. perihal menderita, pe­nang­gungan: ingin dia mengadukan ~ batinnya itu kpd kawannya; 2. deritaan; penderita 1. orang yg menderita; ~ cacat orang yg cacat; ~ sakit paru-paru orang yg menghidap sakit paru-paru; 2. Id pelengkap (benda) yg menjadi tujuan kata kerja (per­buatan) dlm ayat: dlm ayat ‘dia menyepak bola’, ‘bola’ ialah ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
menanggung1. membawa di atas bahu (ba­rang yg berat-berat), memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. meng­alami (kesusahan dll), menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki membawa, memegang, mena­ruh, menyimpan: dapatkah manda ~ rah­sia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg tertentu), mengurus, mem­­biayai, menyelenggarakan: mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi, mem­punyai: kita ~ hutang sampai anak dah ber­anak enam pun hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, men­jamin: kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg ~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung dia akan menang; 9. memberi perakuan akan meme­nuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani tanggung;Kamus Dewan Edisi Keempat
tanggung II1. lebih drpd sedang tetapi belum cukup besarnya (tingginya dll); anak ~ anak yg hampir dewasa; ~ bulan sesudah per­tengah­an bulan (utk menyatakan ketiadaan wang); 2. = kepalang ~ = tangung-tanggung tidak men­cukupi keperluan, kurang sempurna, setengah-setengah: bekerja jangan ~. tanggungjawab kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung: oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat ~nya; bertanggungjawab 1. = ~ atas (terhadap, tentang, dlm) mempunyai tanggungjawab terhadap, memikul tanggungjawab, ber­ke­wajiban: siapakah yg ~ atas kekalahan kita? 2. = ~ kpd menanggung segala-galanya, me­nang­gung sesuatu kpd: kakitangan ~ kpd majikan mereka; kedua-dua pihak sama ~; mempertanggungjawabkan 1. memberi­kan jawaban dan menanggung segala akibat­nya (sekiranya tidak beralasan, tidak munasa­bah, dsb): ia mengeluarkan kata-kata yg tidak dapat dipertanggungjawabkan; 2. = ~ kpd me­­mikulkan tanggungjawab (kpd), membe­ban­kan tanggungjawab kpd: pendidikan kanak-kanak dipertanggungjawabkan kpd guru; 3. menjadikan bertanggungjawab (atas, terhadap, dll): mereka sama-sama diper­tang­gungjawabkan oleh agama utk melaksana­kan segala perintah Tuhan; kebertanggungjawaban perihal (sifat) ber­­­tanggungjawab: ~ setiap individu dlm mem-buat kebajikan; pertanggungjawaban 1. perihal bertang­gungjawab; 2. sesuatu yg dipertanggung­jawabkan: kita telah sampai kpd ~ tentang pendapat kita; penanggungjawab orang yg bertanggung­jawab.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas