tani II | ark tali-temali pd perahu utk meneguhkan tiang, temberang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rukun II | 1. tenang dan tenteram, aman (perhubungan, persahabatan, dll), tidak bertengkar dll: ia ingin kembali hidup ~ dgn isterinya; hidup ~ damai dlm masyarakat berbilang bangsa di Malaysia; 2. bersatu hati, bersepakat, berseia dan bersekata: ingin memberikan sumbangan kita supaya semua bangsa di dunia ini hidup ~; 3. persatuan yg bertujuan utk bantu-membantu; ~ kampung Id persatuan penduduk kampung; ~ tani Id persatuan kaum tani; ~ tetangga Id persatuan antara orang-orang yg berjiran (bahagian drpd rukun kampung); merukunkan 1. menyebabkan damai (aman dll), mendamaikan: siapa yg dapat ~ dua beradik yg berselisih itu? 2. menjadikan bersatu hati (bersepakat dll), menjadikan bersepakat: penduduk tempat itu tidak dapat dirukunkan dgn cakap-cakap biasa sahaja tetapi harus dgn usaha-usaha yg positif drpd kerajaan; kerukunan 1. perihal hidup rukun, kesepakatan: ~ hidup dlm masyarakat; 2. perasaan rukun (bersatu hati). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hati II | ; hati-hati berhati-hati; berhati-hati memberi perhatian (pertimbangan dsb) yg teliti (sewaktu melakukan sesuatu), berawas-awas, beringat-ingat, hemat, waspada: haruslah ~ memilih suami; dia sentiasa cermat dan ~; memperhatikan memerhatikan; perhatian perihal menumpukan pandangan (fikiran dsb) pd sesuatu, minat (dan reaksi atau layanan): mereka memberikan sepenuh ~ pd pelajaran; semenjak diterbitkan, buku ini mendapat ~ ahli-ahli bahasa; menarik ~ menimbulkan minat (dan reaksi); mengambil ~ mempedulikan; ~! ~! (seruan) minta supaya diberi perhatian pd apa yg akan dicakapkan (diumumkan dsb); pemerhatian perihal memerhatikan, usaha, dsb memerhatikan atau mengamati sesuatu: setelah diperbuat ~ dan percubaan diketahuilah asal usul penyakit itu; ~ jenis (Tani) pengamatan, dll yg dilakukan utk menentukan hasil baja (yg terbaik dll); pd ~ saya berdasarkan apa yg sudah saya perhatikan atau amati;pemerhati 1. orang yg mengikuti perkembangan sesuatu: ~ politik yg objektif akan menyetujui Perdana Menteri; 2. orang yg menghadiri persidangan dsb tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |