cetak rompak | perbuatan menerbitkan hasil ciptaan atau karya penulis, pemuzik, penyanyi dsb, tanpa kebenaran, tanpa membayar royaliti kpd mereka dsb: masalah ~ bukan sahaja menjadi masalah penyanyi malah masalah para pengeluar kaset; mencetak rompak menghasilkan semula, menerbitkan atau menggunakan bahan bercetak atau bahan rakaman (spt pita video, perisian komputer, kaset dsb) karya orang lain tanpa kebenaran atau secara haram, terutamanya utk tujuan memperoleh keuntungan: polis berjaya menumpaskan sindiket ~ VCD; beberapa kegiatan ~ perisian komputer telah dapat dikesan oleh pihak berkuasa; pencetak rompak orang atau sindiket yg menjalankan kegiatan cetak rompak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuang II | bp tidak datang ke sekolah, ke pejabat dsb tanpa izin, tanpa alasan yg munasabah dll; ponteng. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendatang | 1. orang mendatang, orang asing yg datang ke, atau memasuki sesebuah negeri lain; ~ haram bk pendatang tanpa izin; ~ tanpa izin orang asing yg memasuki sesebuah negara lain dgn tidak mendapat kebenaran drpd kerajaan negara tersebut; 2. tiang atau penyokong utk menguatkan (meneguhkan); 3. perasaan yg timbul dlm hati (terlebih dahulu), gerak, firasat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
plumbum | (Kim) unsur logam berwarna putih kebiru-biruan, mulur, lembut, dan digunakan sbg bahan utk membuat paip air, bateri, pateri, dll; minyak tanpa ~ = petrol tanpa ~ petrol yg kandungan plumbumnya dikurangkan utk mengurangkan pencemaran alam sekitar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cetak rompak | perbuatan menerbitkan hasil ciptaan spt filem, karya penulisan dll tanpa kebenaran (dan tanpa membayar royalti kpd pencipta atau penulis berkenaan): Masalah ~ bukan sahaja menjadi masalah penyanyi malah masalah para pengeluar album. mencetak rompak menghasilkan semula atau menerbitkan bahan rakaman atau bahan bercetak (spt pita video, perisian komputer dan buku) karya orang lain tanpa kebenaran atau secara haram, terutamanya utk tujuan memperoleh keuntungan: Beberapa kegiatan ~ telah dpt dikesan dan dibanteras oleh pihak berkuasa. pencetak rompak orang atau sindiket yg menjalankan kegiatan cetak rompak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
intuisi | daya utk memahami atau utk mengetahui sesuatu tanpa berfikir atau tanpa belajar; gerak hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
intuisi | daya utk memahami atau utk mengetahui sesuatu tanpa berfikir atau tanpa belajar; gerak hati. | Kamus Pelajar |
lahu | ; melahu 1 berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. 2 (bkn seseorang pekerja) duduk tanpa membuat kerja yg sepatutnya dilakukan. pelahu 1 orang yg berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. 2 pekerja yg tidak membuat kerja yg sepatutnya dilakukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lahu | melahu 1. berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. 2. (bkn seseorang pekerja) duduk tanpa membuat kerja yg sepatutnya dilakukan. pelahu 1. orang yg berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. 2. pekerja yg tidak membuat kerja yg sepatutnya dilakukan. | Kamus Pelajar |
tanpa | dgn tiada; tidak dgn: ~ haba dan cahaya matahari, tidak ada tumbuh-tumbuhan yg dpt hidup di bumi ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |