Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) telapak tangan; b) Id tandatangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,

Puisi
 

Anak Cina berjual terung,
     Hilang sebiji di tapak tangan;
Sudah lama ayam kukurung,
     Cuba-cuba lepas di laman.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Kurang luas tapak tangan,
     nyiru saya tampungkan.

Bermaksud :

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tempap; menempap 1 menaruh tapak tangan pd. 2 mengukur dgn tapak tangan. setempap selebar atau seluas tapak tangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tepuk1 perbuatan menamparkan ke­­dua-dua tapak tangan supaya ber­bunyi. 2 bunyi yg kedengaran apabila menamparkan kedua-dua tapak ta­ngan. 3 pukulan yg tidak kuat dgn tapak tangan. ~ sorak (-sorai) tepuk tangan yg diiringi sorak. ~ tangan tamparan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi. bertepuk, = ~ tangan menamparkan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi (sbg tanda gembira dll): Para penonton ~ tangan apabila pemain pasukan Malaysia menjaringkan bola ke dlm gol pasukan lawannya. menepuk memukul (agak perlahan) dgn tapak tangan: Dia terkejut ketika abangnya ~ bahunya. ~ dada a. menampar dada dgn tapak tangan. b. ki membanggakan diri; menunjukkan keberanian. tepukan 1 pukulan utk menepuk; hasil menepuk. 2 hasil bertepuk (tangan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
raup; meraup 1 merapatkan kedua-dua belah tapak tangan sehingga merupakan pencedok. 2 mengaut atau mencedok dgn kedua-dua belah tapak tangan yg dikembarkan. seraup sebanyak yg dpt ditampung oleh kedua-dua belah tapak tangan yg dikembarkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
raup; meraup1 merapatkan kedua-dua belah tapak tangan sehingga merupakan pencedok. 2 mengaut atau mencedok dgn kedua-dua belah tapak tangan yg dikembarkan. seraup sebanyak yg dpt ditampung oleh kedua-dua belah tapak tangan yg dikembarkan.Kamus Pelajar
pelempaplebar tapak tangan ketika dibuka. sepelempap selebar tapak tangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menempap1 menaruh tapak tangan pd. 2 mengukur dgn tapak tangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pelempaplebar tapak tangan ketika dibuka. sepelempap selebar tapak tangan.Kamus Pelajar
tempapsetempap selebar atau seluas tapak tangan, setelempap;menempap 1. meletakkan tapak tangan pd; 2. = bertempap mengukur dgn telempap.Kamus Dewan Edisi Keempat
mencekup1. menutupkan tapak tangan atas sesuatu, menangkap (lalat, bela­lang, dll) dgn tapak tangan; 2. ki menawan atau menangkap (orang dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
merangkap1. menelungkup dgn tapak tangan yg dilengkungkan; 2. menang­kap dgn kedua-dua belah tapak tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas