tarikh | 1 hari bulan dan tahun: Tiap-tiap surat hendaklah dibubuhi ~. 2 cara menghitung tahun: ~ Hijrah; ~ Masihi. 3 kitab sejarah; tawarikh: kitab ~ Johor. bertarikh ada tarikh; tercatat tarikh pdnya: Surat tuan yg ~ 20 Mei 1985 telah diterima. mentarikhkan membubuh atau menulis tarikh pd. pentarikhan perihal atau perbuatan mencatat tarikh bagi sesuatu peristiwa: ~ adalah penting kerana kita boleh menjadikannya sumber sejarah. ~ karbon kaedah menentukan usia objek organik, mis tulang, kayu melalui pengiraan jumlah isotop karbon tertentu di dlmnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tarikh | 1. perhitungan tahun: ~ Hijrah; ~ Masihi; 2. bilangan (angka) utk menyatakan tahun: ~ 1350 Hijrah; 3. hari bulan dan tahun, tanggal: tiap-tiap surat mesti dibubuh ~; ~ bagi perundangan selanjutnya akan ditetap-kan; 4. kitab sejarah, riwayat, tambo, tawarikh: kitab ~ kerajaan Johor; ahli ~ ahli sejarah;bertarikh bertanggal, ada tarikhnya: surat itu ~ 20 Mei 1960;mentarikhkan 1. membubuh (menuliskan) tarikh; 2. mencatat tarikhnya; 3. menuliskan dlm buku peringatan (riwayat);pentarikhan perihal mencatatkan tarikh bagi sesuatu peristiwa: ciri penulisannya me-mentingkan ~ sehinggakan karya-karya dapat dijadikan sumber sejarah yg dinilai; ~ karbon (Kim) kaedah menentukan usia objek organik yg sangat tua, mis tulang, kayu dsb melalui pengiraan jumlah isotop karbon tertentu di dalamnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalendar | (kaléndar) 1. jadual atau susunan tarikh bagi sesuatu tahun yg diatur mengikut hari (dlm minggu) dan bulan (dlm tahun), takwim, almanak, penanggalan; ~ dinding kalendar yg digantungkan di dinding; 2. senarai atau jadual (tarikh) peristiwa sesebuah organisasi dlm tahun berkenaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tarikh | 1 hari bulan dan tahun: Tiap-tiap surat hendaklah dibubuhi ~. | Kamus Pelajar |
mentarikhkan | 1. membubuh (menuliskan) tarikh; 2. mencatat tarikhnya; 3. menuliskan dlm buku peringatan (riwayat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahun I | 1. jangka waktu (masa) yg lamanya dua belas bulan: umurnya enam belas ~; berapa ~ kamu tinggal di kampung itu? 2. angka yg menyatakan tarikh: beliau dilahirkan pd ~ 1945; 3. masa dua belas bulan yg ke... (spt majalah, surat khabar, dll): Majalah Bahasa ~ yg kedua bilangan satu; 4. masa dua belas bulan utk ...; ~ buku Id masa utk perhitungan kewangan dlm perniagaan (biasanya dr 1 Januari hingga 31 Disember); 5. masa selama tumbuh-tumbuhan hidup, musim; ~ jagung masa selama tiga atau empat bulan; ~ akademik seluruh tempoh masa dlm satu tahun yg digunakan utk pengajian atau kuliah di kolej, universiti, akademi dsb: Program Sarjana Perubatan adalah satu program lepasan ijazah yg mengambil masa empat ~ akademik; ~ akademik 1997/98; ~ asas (Eko) tahun yg dipilih sbg permulaan bagi pengiraan satu siri nombor indeks, biasanya tahun yg mempunyai ciri normal spt ketiadaan kemelesetan dan inflasi yg tinggi; ~ baru hari yg pertama dlm satu-satu tahun; ~ belakang Id = ~ depan = ~ hadap(an) tahun yg akan datang; ~ cahaya (Fiz) unit jarak yg bersamaan dgn jarak yg dilalui cahaya dlm satu tahun; ~ Dal tahun yg kelima dlm daur kecil (windu); ~ fiskal jangka masa dua belas bulan yg diliputi oleh belanjawan sesebuah negara; ~ Gajah tahun berlakunya peristiwa serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah (dr Yaman) ke atas Kaabah, yg bersamaan dgn tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW; ~ Hijrah tarikh yg dikira mulai tarikh hijrah Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah; ~ kabisat = ~ lompat = ~ panjang Id tahun yg sehari lebih panjang drpd tahun yg biasa; ~ kalendar tempoh masa satu tahun dr 1 Januari hingga 31 Disember pd tahun yg sama; ~ kamariah = ~ qamari tahun yg dikira mengikut perjalanan bulan; ~ kewangan a) jangka masa dua belas bulan yg pd akhirnya sesebuah syarikat dll menutup akaunnya; b) tahun fiskal; ~ lalu tahun yg lepas; ~ Masihi tarikh yg dikira mulai dr tarikh lahirnya Nabi Isa a.s.; ~ syamsiah tahun yg dikira mengikut perjalanan matahari; setahun satu tahun; ~ padi tempoh lima atau enam bulan; berumur ~ jagung a) muda sekali; b) ki belum matang (pemikiran dll); setahun-tahunan sepanjang tahun; bertahun; sudah ~ sudah beberapa tahun yg lalu: sudah lama Leman merantau, sudah ~ hari yg habis; bertahun-tahun beberapa tahun lamanya: sudah ~ lamanya Nasir bergaul dgn gadis itu; menahun 1. tinggal hingga genap setahun atau beberapa tahun lamanya: beliau telah menjauhkan diri naik ke Makkatul-musyar-rafah lalu duduk ~ di sana; 2. lama benar: dia sudah ~ di sini; 3. lama merana (meng-hidap penyakit): dia menjadi korban drpd fungsinya juga dan akibatnya timbul infeksi yg ~; tahunan 1. (berlaku atau diadakan) setiap tahun: salah satu drpd tujuan ibadat haji ialah utk menyatukan umat Islam melalui satu muktamar Islam ~ yg berlangsung di tanah suci; mesyuarat agung ~; penyata ~; 2. bp sudah bertahun-tahun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahun | 1 masa yg lamanya dua belas bulan: Umurnya belum dua belas ~. 2 angka yg menyatakan tarikh: Saya dilahirkan dlm ~ 1970. ~ akademik seluruh tempoh masa dlm satu tahun yg digunakan utk pengajian atau kuliah di kolej, universiti dsb: Program lepasan ijazah itu mengambil masa dua ~ akademik. ~ baru a. tahun yg baru. b. hari pertama dlm satu-satu tahun. ~ cahaya jarak atau jauh yg dijalani (dilalui) oleh cahaya dlm satu tahun. ~ depan tahun yg akan datang. ~ fiskal jangka masa 12 bulan yg digunakan oleh dunia perniagaan atau pemerintah utk tujuan belanjawan (pengiraan cukai, urusan pembayaran dsb). ~ Gajah tahun berlakunya peristiwa serangan tentera bergajah terhadap Kaabah, yg bersamaan dgn tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. ~ Hijrah tahun yg dikira dr tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah. ~ kalendar tempoh masa satu tahun, dr 1 Januari hingga 31 Disember pd tahun yg sama. ~ lompat tahun yg terdiri drpd 366 hari (terdapat sekali pd tiap-tiap 4 tahun). ~ Masihi tahun yg dikira dr tarikh lahir Nabi Isa a.s.. bertahun-tahun beberapa tahun lamanya: Sudah ~ dia pergi merantau di negeri orang. menahun 1 tinggal atau menetap hingga setahun atau beberapa tahun. 2 lama menderita (penyakit). 3 lama benar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanggal III | Id bilangan yg menyatakan hari keberapa dlm bulan tertentu, tarikh, hari bulan: mereka gajian sbg kuli pengangkat sampah dua kali sebulan, tiap-tiap ~ tiga dan delapan belas; di bawah tandatangan itu dicatat namanya dgn terang, dan ~ hari itu; ~ muda awal bulan; ~ tua akhir bulan; bertanggal ada tanggalnya, bertarikh, berhari bulan: berita itu ~ 21 Julai;menanggalkan, menanggali ark membubuh tanggal (tarikh), memberi bertanggal, mentarikhkan; tertanggal bertanggal, bertarikh, diberi tanggal, dibubuh tanggal; penanggalan 1. daftar hari bulan, almanak, kalender, takwim; 2. perihal membubuh tanggal; 3. tarikh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barisan | 1 apa-apa yg berbaris letaknya; susunan yg berbaris: Jangan lupa menulis tarikh di ~ bawah alamat tadi. 2 sekumpulan orang utk berperang; pasukan tentera: Maharaja Parsi telah menyusun ~ yg amat kuat utk menentang serangan dr luar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jumpaan | 1. perihal menjumpai, penemuan; 2. benda yg dijumpai: suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba lain;perjumpaan perihal berkumpul atau berhimpun (dlm mesyuarat, majlis keramaian, dsb), pertemuan: ~ itu diadakan dlm suasana ramah-tamah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |