kata tugas | (Lin) kata yg tidak mempunyai makna leksikal, tetapi mempunyai makna tatabahasa dan menunjukkan hubungan tatabahasa, mis dan, kepada dan ialah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tatabahasa | pengetahuan atau pelajaran ttg pembentukan kata dan ttg penyusunannya dlm ayat; nahu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tatabahasa | pengetahuan atau pelajaran ten-tang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dlm ayat) dll, nahu; ketatabahasaan (hal) yg berkaitan dgn tata-bahasa: kertas bahasa Malaysia hendaklah menekankan aspek ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tatabahasa(grammar) | 1. Hukum yang menyatakan bagaimana unsur dalam bahasa rekaan atau bahasa tabii perlu digabungkan untuk menjadi ayat yang bermakna. 2. Aturan yang menerangkan bagaimana pelbagai unsur dalam bahasa pengaturcaraan harus digunakan untuk membuat atur cara. | Kamus Komputer |
tatabahasa | pengetahuan atau pelajaran ttg pembentukan kata(-kata) dan ttg penyusunannya dlm ayat; nahu. | Kamus Pelajar |
tatabahasa LL(k)(LL(k) grammar) | Tatabahasa bagi suatu bahasa tertentu yang digunakan dalam penghuraian LL. Huruf `k` melambangkan integer yang digunakan sebagai simbol pandang ke hadapan bagi membantu pemilihan dalam penghuraian. Lihat juga penghuraian LL. | Kamus Komputer |
pengkompil-pengkompil(compiler-compiler) | Atur cara komputer yang dapat menterjemahkan keterangan tatabahasa suatu pengkompil kepada atur cara pengkompil yang dapat mengenali tatabahasa tersebut. | Kamus Komputer |
gramatis | (Lin) berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa: mereka harus dilatih berbicara dgn terang, jelas, lancar, ~, tidak tersendat-sendat, dan tidak berbelit-belit; ayat-ayat di bawah ini sebaliknya tidak ~; kegramatisan perihal gramatis, sifat grama-tis, kepatuhan kpd atau ketepatan dgn tatabahasa: asas bahasa Melayu tinggi ditentukan oleh ~ ayat-ayat yg dihasilkan oleh pengguna bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paramasastera | tatabahasa: ~ memuat ajaran tentang struktur bahasa yg timbul akibat sistem bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
isomorfisme | (Lin) kesamaan struktur tatabahasa, fonologi, semantik dsb antara dua bahasa atau lebih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |