tawajuh | Ar penumpuan diri (akal, fikiran, perasaan) pd Allah; hati ~ hati yg dihadapkan kpd Tuhan;bertawajuh memusatkan (menumpukan, mengarahkan) segenap fikiran dll pd Tuhan: aku pernah pula mengunci diriku dlm kamar dgn tidak makan, tidak tidur, melainkan banyak berzikir ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hati tawajuh | hati yg dihadapkan kpd Tuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hati tawajuh | hati yg dihadapkan semata-mata kpd Tuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hati I | 1. organ dlm badan yg berwarna perang kemerah-merahan terletak di dlm perut di bahagian sebelah kanan (tugasnya mengeluarkan hempedu, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea, menyimpan glikogen): jantung, ~, limpa, dll mengandungi zat galian dan vitamin; ~ kambing; ~ lembu; 2. = jantung ~ jantung: tidak ada yg menarik perhatiannya selain drpd berita yg mendebarkan ~nya; 3. batin (tempat perasaan, pengertian, dll): rupanya sahaja cantik tetapi ~nya buruk; susah ~nya melihat tingkah laku anaknya; terbit dr ~ yg ikhlas; ~ muda rasa muda dlm hati; bercakap (membaca) dlm ~ bercakap (membaca) dgn tidak mengeluarkan suara (dlm batin sahaja); dlm ~ dlm batin, dlm jiwa; dr ~ ke ~ secara ikhlas (jujur); ikut(kan) ~ mati turut(kan) nafsu (perasaan) membawa kebinasaan; jatuh ~ jatuh cinta, berkenan; jauh ~ = kecil ~ = merajuk ~ merasa tersinggung; kata ~ kata yg terbit dlm batin; kecut ~ merasa takut (bimbang dll); lubuk ~ a) perasaan hati yg dalam, b) bawah sedar; makan ~ (berulam jantung) menderita kerana perbuatan orang lain yg menyakitkan hati; maksud ~ tujuan; melepaskan ~ menurutkan hawa nafsu; rasa ~ perasaan batin; terang ~ mudah mengerti; 4. bahagian tengah buah-buahan (pokok dll): ~ nanas; ~ kayu; ~ berdetus Mn menaruh syak curiga; ~ budi peribadi seseorang yg tergambar pd tingkah laku, pekerti atau pertuturannya dsb: mereka sudah dapat menyelami ~ budi masing-masing; ~ jantung a) jantung; b) kesayangan (kekasih); ~ kaudu hati yg jahat dan busuk dlm diri seseorang: tetapi, yg kujumpai hanya hati buta, ~ kaudu, hati iri, hati tamak, hati dengki, hati busuk dan hati sakit; ~ kecil perasaan dlm batin (maksud yg sebenarnya); ~ nurani a) hati yg telah mendapat petunjuk Tuhan; b) perasaan hati yg murni dan yg sehalus-halusnya (sedalam-dalamnya); ~ pekat keras hati, tetap hati (fikiran dll); ~ sanubari perasaan batin; ~ tangan lekuk pd telapak tangan; ~ tawajuh hati yg dihadapkan semata-mata kpd Tuhan; ~ bagai baling-baling prb fikiran atau pendirian yg tidak tetap; ~ bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang, telinga bagai telinga rawah prb orang yg kurang perasaan malunya; ~ gajah sama dilapah, ~ kuman (tungau) sama dicecah prb beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-sama mendapat sedikit; ~ gatal mata digaruk prb perihal orang yg tidak dapat (berkuasa) melakukan sesuatu pekerjaan yg ia sangat-sangat berhajat hendak mengerjakannya; sehati seia sekata, sepakat: ia beroleh seorang isteri yg ~ dgn dia; berhati 1. mempunyai hati: beliau ~ keras dan berpendirian tegas; 2. = ~ berjantung = ~ kemanusiaan = ~ perut berperasaan yg halus, menaruh belas kasihan; ~ batu a) bersifat degil, mempunyai keazaman (cita-cita) yg kuat; b) tidak berperikemanusiaan; ~ berlian (emas) sangat baik hatinya; ~ bimbang berada dlm keadaan gelisah (resah dsb); ~ binatang bersifat bengis, tidak mempunyai pertimbangan, tidak berperikemanusiaan; ~ keras berpendirian teguh (mempunyai cita-cita yg kuat); ~ mutu putus asa (harap); ~ perut a) mempunyai perasaan (fikiran, kemahuan); b) bertimbang rasa; ~ pilu bersedih hati (hiba); ~ putih mempunyai niat yg tulus ikhlas (bersih dsb); ~ rendah mempunyai tabiat (budi pekerti) yg baik spt pemurah dll; ~ tungau penakut; ~ walang khuatir (walang hati); ~ waja keras hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |