mawar II | ; tawar-~ sangat tawar, tawar hambar (tidak bergaram). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tawar-tawar | setawar, sitawar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campah cahang | terlalu tawar, tawar hambar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tawar- mawar | sangat tawar, tawar hambar (tidak bergaram). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setawar | 1. sj tumbuhan (pokok), tawar-tawar, Costus speciosus; 2. sj tumbuhan (pokok renek), bayam beralih, Cyrtandromoea grandis; 3. sj tumbuhan (pokok renek), bayam beralah, Cyrtandromoea grandis; ~ betina = ~ gajah = ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (herba), Forrestia spp.; ~ bukit = ~ gunung sj tumbuhan (pokok kecil), Pseuderanthemum crenulatum; ~ kampung sj tumbuhan (herba), cakar bebek (itik), tapak itik, Kalanchoe laciniata; ~ padang sj tumbuhan (herba), ganti batang, kerencung, raja bangun, sedingin, seringin, tumbuh daun, Bryophyllum pinnatum; ~ ular sj tumbuhan (herba), bunga kuau cermin, paha ayam, pokok tangkai jerami, rumput lidah jin, Peristrophe acuminata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campah | tawar, hambar; ~ cahang terlalu tawar, tawar hambar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabar-tabar | Jw sj tumbuhan (pokok), setawar, tawar-tawar, Costus speciosus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tawar-mawar (hambar) | tawar sekali; sangat tawar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tawar I | 1. tidak berasa apa-apa (makanan, minuman, dll), hambar, campah, tidak cukup rasa masinnya atau rasa manisnya: beliau menuang air teh ~ dr teko; 2. tidak masin (bkn air di tasik dll): air sungainya itu ~ sampai ke laut; air ~ a) air yg tidak masin; b) air biasa yg tidak dimasak; 3. tidak manjur (ubat, guna-guna, mantera, dll), tidak mujarab, tidak mustajab, hilang kekuatannya (tentang bisa, racun, dll): semua mantera dan jampi-nya ~ belaka; 4. ki hilang minat, tidak girang (gembira), tidak berkemahuan, tidak bernafsu, dingin, hilang keberanian: hatiku ~ benar utk berbual-bual lagi; 5. hilang kemarahan, tidak marah lagi, sudah sejuk hati; 6. tidak sedap (pd pendengaran dll), tidak bersemangat (cerita, pidato, dll): pidatonya ~ dan tidak bersemangat; ~-hambar (-mawar) tawar sekali; ~ hati tidak bersemangat (berkemahuan) lagi; ~ hebiak Kd terlalu tawar (makanan) sehingga tidak terasa masin atau manisnya; ~ ipuh jampi utk menghilangkan bisa ipuh; jika secawan air ~ dibuangkan ke laut, bolehkah air laut itu menjadi ~? prb bolehkah nasihat atau pertolongan yg sedikit itu menghilangkan kejahatan yg banyak (mengayakan orang miskin); tawar-tawar setawar, sitawar; menawar menghilangkan bisa racun dll (dgn jampi dll): digunakan segala jampi mantera dan ilmu hikmat yg dipelajari dahulu itu bagi ~ bisa racun itu; menawari 1. mengubat (dgn jampi, mantera, guna-guna, tepung tawar, dll), menjampi, memanterai, menambari: ditawarilah oleh Shahar Pahlawan akan bisa itu, barulah Nahar kembali sembuh; 2. memujuk, memikat, menambat (hati perempuan): dia ~ janda kaya itu supaya berkahwin dengannya; 3. meng-hilangkan (menyejukkan) kemarahan dll, meredakan (kemarahan dll): ibunya tahu hati Nibong hati batu, tidak boleh ditawari lagi; menawarkan 1. menyebabkan (menjadikan) tawar; 2. memanterai supaya hilang bisa (penyakit dll), menjampi supaya hilang kekuatan: dihembuskan tangkal hantu pari, tangkal hantu air pun ditawarkan; 3. = ~ hati menjadikan tawar hati; ketawaran perihal tawar; penawaran perbuatan menawar (menawari, menawarkan); penawar 1. ubat dll utk menghilangkan bisa (racun, penyakit, dll): carikan ~ utk mengubati penyakitnya itu; 2. mantera, jampi utk menawarkan (penyakit dll); 3. (sesuatu) yg menyenangkan hati (yg duka), (sesuatu) yg menghilangkan atau mengurangkan perasaan sedih (dukacita dll): ~ rindu; ~ hati ki orang (suami, isteri, anak, dsb) yg menyenangkan hati; ~ jampi ubat serabut drpd tumbuh-tumbuhan (paku pakis) utk menahan darah keluar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tepung tawar | tepung beras yg bercampur dgn air dan daun setawar (utk menjampi dll); menepung tawar membaca jampi utk meng-ubati penyakit dll dgn tepung tawar, menaburkan atau merenjis dgn tepung tawar: istiadat ~; menepungtawari menjampi (penyakit dll) dgn tepung tawar, menaburkan atau merenjis tepung tawar pd seseorang atau sesuatu: mudin pun segeralah meramas limau ditepungtawarilah, dibedak, dilimau dan dimandikan akan Awang Sulung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |