tawas | sj garam galian berwarna putih yg digunakan dlm perubatan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tawas | sj garam galian berwarna putih serta kelat rasanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tawas | sj garam galian berwarna putih yg digunakan dlm perubatan dll. | Kamus Pelajar |
sepuh | 1 campuran tawas, garam dll utk menuakan warna emas. 2 lapisan logam yg tipis pd logam lain; sadur. 3 cara mengeraskan besi (pisau, cangkul dll) dgn membakarnya dan mencelupkannya ke dlm air. bersepuh berlapis atau bersadur dgn sesuatu. menyepuh 1 menuakan warna emas dgn mencelupkannya ke dlm campuran tawas, garam dsb. 2 menyalut sesuatu logam dgn logam lain; menyadur. 3 mengeraskan besi dgn membakarnya dan mencelupkannya ke dlm air. ~ lindap memanaskan logam (kaca dll) dan menyejukkannya perlahan-lahan supaya bahan tsb menjadi keras dan tidak rapuh. sepuhan sesuatu yg disepuh; hasil drpd menyepuh; saduran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sepuh I | 1. campuran (drpd tawas, sendawa, garam, dll) utk menuakan warna emas; 2. lapisan logam (yg nipis) pd logam yg lain, sadur: ~ emas; 3. cara mengeraskan besi (pisau, cangkul, dll) dgn membakarnya dan kemudian mencelupkannya ke dlm air; 4. Jk pewarna (pencelup) kuih; hilang ~ tampak senam prb ketahuan kejahatannya (sesudah terbuka rahsianya); 5. bahan yg disapukan pd seramik dll utk menjadikannya licin dan berkilat; bersepuh berlapis atau bersadur dgn: di kepalanya ada bunga sanggul drpd perak ~ emas; menyepuh 1. menuakan warna emas dgn mencelupkannya ke dlm cairan tertentu (spt campuran sendawa, tawas, garam, dll); 2. melapiskan sesuatu logam dgn logam yg lain, menyadur; 3. mengeraskan besi dll dgn membakar dan kemudian mencelupkannya ke dlm air; 4. Jk mewarnai kuih (dgn pen-celup); spt emas baharu disepuh prb peri keelokan seseorang perempuan; tersepuh sudah disepuh atau disadur: maka turun dewa dr keinderaan merupakan dirinya seekor lembu putih spt perak yg sudah ~; spt emas yg sudah ~ prb paras yg elok; sepuhan sesuatu yg telah disepuh, saduran; penyepuh air dll utk mencelupkan barang yg hendak disepuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepuh | 1 campuran tawas, garam dll utk menuakan warna 2 lapisan logam yg tipis pd logam lain; sadur. | Kamus Pelajar |
menyepuh | 1 menuakan warna emas dgn mencelupkannya ke dlm campuran tawas, garam dsb. 2 menyalut sesuatu logam dgn logam lain; menyadur. 3 mengeraskan besi dgn membakarnya dan mencelupkannya ke dlm air. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sepuh | 1 menuakan warna emas dgn mencelupkannya ke dlm campuran tawas, garam dsb. | Kamus Pelajar |
menyepuh | 1 menuakan warna emas dgn mencelupkannya ke dlm campuran tawas, garam dsb. | Kamus Pelajar |
kekeruhan | keadaan atau sifat keruh: ~ air perigi itu dpt dijernihkan dgn mencampakkan beberapa ketul tawas ke dlmnya. ~ suasana; ~ air muka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |