tebaran | hasil drpd menebarkan sesuatu; sebaran; taburan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tebaran | sebaran, siaran, taburan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebaran | hasil drpd menebarkan sesuatu; sebaran; taburan. | Kamus Pelajar |
sebaran | (sesuatu) yg disebarkan, tebaran (cahaya dll); surat ~ surat yg dibahagi-bahagi-kan kpd orang ramai; ~ am media massa (spt surat khabar, radio, televisyen, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebar /tébar/; bertebar bertabur; berserak. | tebaran hasil drpd menebarkan sesuatu; sebaran; taburan. | Kamus Pelajar |
tebar | /tébar/; bertebar bertabur; berserak. bertebaran bertaburan di sana sini; berhamburan; berserak-serak: Batang-batang mancis ~ di atas lantai. menebar membuang supaya bertebar atau supaya kembang: Bagaimana hendak pergi menjala sedangkan ~ jala pun tidak tahu. menebari menaburkan sesuatu pd; menghamburi. menebarkan 1 menaburkan sesuatu supaya berselerak: Ada yg ~ benih padi dan ada pula yg mencangkul. 2 melemparkan sesuatu supaya kembang: Jala yg ditebarkannya itu tersangkut pd kayu. tebaran hasil drpd menebarkan sesuatu; sebaran; taburan. penebaran perihal (perbuatan dsb) menebar atau menebarkan sesuatu. penebar orang yg menebar atau menebarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sebar | (sébar); bersebar 1. bertabur (benih dll), berserak: tetamu ~ dlm kelompok tunggal atau berdua, bertiga, pd satu meja; 2. ber-kembang (ajaran, agama, dll), meluas: agama Islam ~ di negeri itu; bersebaran bertaburan (di merata tempat), berserakan; menyebarkan menabur (benih dll), meng-hamburkan, menyerakkan: cara pokok ~ buah berserta bijinya berlain-lain; mereka berani mengorbankan apa saja utk ~ agama Islam; tersebar terdapat di mana-mana, terserak, tersiar (ajaran, pendapat, dll): berita angin mulai ~ mengenai kekalahan Jepun; ketersebaran keadaan tersebar: ~ komoditi sejajar dgn ~ budaya; sebaran (sesuatu) yg disebarkan, tebaran (cahaya dll); surat ~ surat yg dibahagi-bahagi-kan kpd orang ramai; ~ am media massa (spt surat khabar, radio, televisyen, dsb); persebaran perihal bersebaran: ~ geografi dialek-dialek Melayu; penyebaran perihal (kegiatan, usaha, dsb) menyebarkan, penaburan, pengembangan: perubahan besar telah berlaku dlm cara ~ agama Islam; penyebar 1. orang yg menyebarkan (mena-burkan, mengembangkan, dll), penabur, pengembang (agama dll): para ~ agama; 2. alat utk menyebarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebar I | (tébar); bertebar, bertebaran bertabur(an) ke sana ke mari, berhamburan, berserak-serak, terserak-serak: pengikut Wan Derus ~ di merata-rata pulau yg berhampiran; lari bertebaran lari lintang-pukang (tidak tentu arah, tidak keruan); menebari menaburkan sesuatu pd, menghamburi; menebar, menebarkan 1. mencampakkan (jala dll) supaya kembang atau terbentang: maka bentara pun lalulah ~ jala di olak putera bersiram itu; 2. menaburkan (benih dll), menghamburkan: orang sudah ramai membuat kerja, ada yg ~ padi dan ada yg mencangkul; 3. menjadikan berserak-serak, menyerak-nyerakkan; 4. ki menjadikan me-luas (merebak), memperluas: apabila terjadi perselisihan antara dua golongan umat, sengaja ditebarkannya perselisihan itu; 5. = mempertebarkan menyiarkan (agama dll) supaya berkembang; mempertebarkan kecek Id menyiarkan khabar palsu; tertebar telah ditebarkan, terhambur, ter-sebar, terserak, tersiar, tertabur;tebaran sebaran, siaran, taburan; pertebaran perihal bertebar: pd masa itu ~ penduduk begitu jarang; penebaran perbuatan menebar: corak ekonomi dan ~ sumber-sumber asli; penebar orang yg menebarkan, pengembang, penyiar: Demang Lebar Daun adalah seorang ~ asas demokrasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |