tegak | 1. berdiri: lambat amat ibu ~; 2. lurus ke atas (garisan, tiang, sikap badan, dll): dia berdiri ~; 3. tidak berbengkang-bengkok, lurus, tepat (pandangan): gunakan benang halus dan jarum halus supaya ~ jahitannya; 4. ki tetap tidak berubah, tetap teguh (pen-dirian dll): mereka tetap ~ dgn pendirian mereka; 5. = setinggi ~ sama tinggi dgn orang berdiri, sependiri; 6. wujud dan berkembang (sesuatu yg abstrak): mereka menganggap bahawa agama itu ~ di atas sangkalan ter-sebut; ~ cancang tegak lurus (letak telinga binatang dll); ~ damar tempat memasang damar; ~ duduk sekejap berdiri sekejap duduk (gelisah); ~ ekor menunjukkan keberanian dan ke-garangan masing-masing; ~ tegun tegak dan tidak bergerak-gerak; ~ pd yg datar prb tetap berpegang pd kebenaran; ~ sama tinggi, duduk sama rendah prb dua orang yg sama darjatnya; ~ seroman-roman, duduk serupa-rupa prb dipandang rupa sbg orang kaya (orang pandai) tetapi sebenarnya tiada harganya dlm masyarakat; yg ~ disokong, yg lemah ditopang prb orang yg kaya itu biarlah bertambah kaya tetapi yg miskin patut dibantu pula; setegak setinggi orang berdiri, sependiri (tingginya); tegak-tegak 1. sentiasa tegak (berdiri), berdiri tidak dgn sungguh-sungguh; 2. berdiri (duduk dll) lurus-lurus: mereka itu disuruhnya berdiri ~ spt askar; 3. ki dgn terang-terang, dgn begitu sahaja, mentah-mentah: dihalaunya ~ sahaja agaknya; kapal musuh yg lengkap dgn senjata itu ditentangnya ~; bertegak; ~ lutut duduk dgn lutut ditegakkan; ~ nama Mn berkenduri utk memberi nama; ~ penghulu Mn merasmikan perlantikan penghulu;menegak 1. lurus ke atas, tidak condong atau miring: sesuatu garisan itu ~ jika ia menghala ke pusat bumi ini; 2. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke peringkat yg lebih tinggi dlm tangga yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); menegakkan 1. meletakkan berdiri tegak (tiang dll), mendirikan: ~ tiang; 2. ki mem-bina, membangunkan (rumah dll), menubuh-kan (persatuan dll): ~ rumah; ~ perkum-pulan; 3. menjadikan (menyebabkan) tegak: ~ bulu roma; 4. mengusahakan supaya berdiri tegak, mengusahakan supaya menjadi teguh dan kuat, mempertahankan (negara, keadilan, keyakinan, dll), memelihara atau memper-tahankan (kemerdekaan, kedaulatan, dll): perjuangan utk ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; berusaha utk ~ keamanan dlm kawasan ini; 5. memegang teguh (pd pen-dapat, pendirian, kebenaran, dll), mempertahankan (pendapat dll): Tuhan sentiasa berada dgn kita dlm ~ kebenarannya; 6. memperkukuh (hati, semangat, keberanian, dll), memperteguh; tertegak tiba-tiba berdiri tegak, terdiri: bebe-rapa minit kemudian kereta itu pun ~ di depan pejabat besar; dgn ~nya keadilan, seseorang hakim akan bebas bertindak mendaulatkan undang-undang; ketegakan perihal tegak, kedudukan; penegakan perihal menegakkan; penegak 1. sesuatu yg menegakkan (mendirikan), pendiri; 2. orang (pihak) yg memperjuangkan sesuatu: ~ kebenaran; sepertegak Mn sepersalinan pakaian: sekarang dia hendak pulang, spt sediakala juga, dgn nasi sebungkus dan kain ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegak-tegak | 1. sentiasa tegak (berdiri), berdiri tidak dgn sungguh-sungguh; 2. berdiri (duduk dll) lurus-lurus: mereka itu disuruhnya berdiri ~ spt askar; 3. ki dgn terang-terang, dgn begitu sahaja, mentah-mentah: dihalaunya ~ sahaja agaknya; kapal musuh yg lengkap dgn senjata itu ditentangnya ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegak | 1 bangkit atau bangun dr tempat duduk dsb; berdiri: Dia pun ~ dr kerusinya. 2 lurus ke atas (bkn sikap badan, tiang dll): Dia berdiri ~. tegak-tegak (berdiri dll) lurus-lurus: Mereka disuruh berdiri ~. menegak menjadi tegak (lurus ke atas): Anak pokok yg baru akan tumbuh ~ dr mata tunas. menegakkan 1 meletakkan supaya berdiri tegak (bkn tiang dsb); mendirikan: ~ tiang. 2 mendirikan (rumah, persatuan dsb); membangunkan; menubuhkan. 3 menyebabkan atau menjadikan tegak: Cerita yg seram itu ~ bulu roma. 4 mengusahakan supaya menjadi kuat atau teguh: Mereka berjuang utk ~ keadilan. ketegakan keadaan tegak. penegakan perbuatan, hal dsb menegak atau menegakkan. penegak sesuatu yg menegakkan atau yg mendirikan; sokong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cacak | tegak lurus: tiang ~ tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus: ~ tonggak berdiri lurus spt tonggak; ~ lari lari cepat-cepat. mencacakkan menanam sesuatu tegak lurus (di tanah): ~ tiang bendera. tercacak 1 terdiri atau berdiri tegak lurus: Entah bila datangnya, tiba-tiba ia ~ di muka pintu. 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berdiri | 1. tegak di atas kaki, tidak berbaring (duduk, mencangkung, dsb), bangkit dan tegas: setelah khutbah selesai dibaca, maka masing-masing pun ~ utk bersembahyang; kami terpaksa ~ sahaja dlm dewan itu kerana kerusi yg disediakan tidak mencukupi; 2. (telah) diadakan atau ditubuhkan (bkn negara, pertubuhan, dll), telah ada: DBP sudah ~ sejak tahun 1956 lagi; 3. = ~ atas berdasarkan, berasaskan, (bergantung, bersandar) pd: berjaya tidaknya rancangan yg baru itu ~ atas sokongan yg diterima drpd orang ramai; ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd orang lain; 4. = ~ atas = ~ drpd berasal (bermula, terbitnya, terjadi) drpd; ~ di belakang (pemerintah) menyokong atau berpihak (kpd pemerintah); ~ (bertegak) lutut duduk dgn lutut didirikan (ditegakkan); ~ sendiri tidak bergantung pd orang lain; ~ sama tegak, duduk sama rendah prb sama setaraf, sejajar dgn; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cegak | 1. tegak; 2. ark (bkn badan) gagah, kuat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
songgeng II | (songgéng) 1. tegak dada, terkedik, melentok sedikit ke belakang (dada); 2. punggung ternaik sedikit ke atas, tonggek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacak I | tegak (galah, tiang, dll); ~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat; mencacak berdiri tegak lurus; ~ tonggak berdiri dan terdiam sebentar; mencacakkan 1. menanam sesuatu tegak (di tanah dll): ~ tiang bendera; ~ belat menahan belat; 2. mendirikan, menegakkan: pelita minyak yg dicacakkan di tepi jalan itu menerangi kegelapan; tercacak 1. terdiri (berdiri) tegak: jambul ~ di atas kepala; 2. tertanam, terpancang tegak: tali itu tergantung pd galah yg ~ di tanah; 3. terbenam (tertanam) ke dlm sesuatu (tanah, badan, dll); ~ spt lembing tergadai prb terdiri tegak dan tercengang-cengang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacak | tegak lurus: tiang ~ tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus: ~ tonggak berdiri lurus spt tonggak; ~ lari lari cepat-cepat. mencacakkan menanam sesuatu tegak lurus (di tanah): ~ tiang bendera. tercacak 1. terdiri atau berdiri tegak lurus: Entah bila datangnya, tiba-tiba ia ~ di muka pintu. 2. tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3. terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. | Kamus Pelajar |
tegak | 1 meletakkan supaya berdiri tegak (bkn tiang dsb); mendirikan: ~ tiang. | Kamus Pelajar |