kemuruk | busuk, tembelang (bkn telur); telur ~ telur tembelang, telur kemungkus: gas ini busuk baunya spt bau telur ayam ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembelang | 1. = telur ~ telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk, telur bungkus, telur kemungkus; 2. ki keburukan (yg disembunyikan), kejahatan: mereka berjaya mendedahkan ~ pihak musuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telur kemuruk | telur tembelang, telur kemungkus: gas ini busuk baunya spt bau telur ayam ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telur tembelang | telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk, telur bungkus, telur kemungkus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alin | ; tepung (telur) ~, = pengalin tepung yg diadun sebesar telur atau telur yg digunakan utk mengeluarkan penyakit dgn cara menggolekkannya pd bahagian badan yg sakit. beralin berubat dgn menggunakan tepung (telur) alin. mengalin mengeluarkan penyakit dgn menggolekkan tepung (telur) alin pd bahagian badan yg sakit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alin; | tepung (telur) ~, = pengalin tepung yg diadun sebesar telur atau telur yg digunakan utk mengeluarkan penyakit dgn cara menggolekkannya pd bahagian badan yg sakit. beralin berubat dgn menggunakan tepung (telur) alin. mengalin mengeluarkan penyakit dgn menggolekkan tepung (telur) alin pd bahagian badan yg sakit. | Kamus Pelajar |
genjak | Kl; ~ telur pemukul telur (utk membuat kuih); menggenjak memukul adunan (tepung, telur, gula, dll) supaya naik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tepung (telur) alin | , = pengalin tepung yg diadun sebesar telur atau telur yg digunakan utk mengeluarkan penyakit dgn cara menggolekkannya pd bahagian badan yg sakit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
telur I | benda yg mengandungi lembaga anak (bkn beberapa jenis binatang spt unggas, serangga, ikan, reptilia, dll) yg umumnya bersalutkan kulit yg keras: ~ ayam; ~ ikan; ~ katak;~ asin = ~ masin telur ayam (itik) yg diasin-kan; ~ belangkas sj kuih; ~ bungkus = ~ kemungkus = ~ tembelang telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk; ~ busuk = ~ selasih sebarang telur yg busuk; ~ cacak = ~ joran = ~ merah bunga telur (dlm majlis perkahwinan); ~ dadar telur (ayam dll) yg diaduk lalu digoreng; ~ gabus a) telur ikan gabus; b) sj penganan yg dibuat drpd tepung beras (terigu) dan rupanya spt telur ikan gabus; ~ kubis (kol) bakal bunga yg ada dlm kubis; ~ kemeruk = ~ kemuruk = ~ sembohok telur yg menjadi busuk setelah lembaganya terjadi; ~ mata sapi = ~ mata lembu telur ayam yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan merahnya); ~ rebus telur yg direbus sehingga keras isinya; ~ separuh masak telur yg dimasak dgn cara merendamnya dlm air mendidih selama lebih kurang 7 minit (supaya tidak masak keras spt telur rebus); ~ terubuk telur ikan terubuk; masih dlm ~ a) masih dlm kandungan ibu; b) belum wujud lagi (masih dlm rancangan dll);ibarat ~ sesangkak, pecah satu pecah semuanya = spt ~ dua sebandung, pecah satu pecah keduanya prb orang yg semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya; spt ~ di hujung tanduk prb orang yg dlm keadaan yg amat sulit (salah sedikit dapat bahaya); bertelur, menelur ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk mengawan dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki menggugurkan bom (dr kapal terbang), mengebom; 4. ki mendatangkan hasil (keuntungan); menelurkan 1. mengeluarkan telur, bertelur; 2. ki bp menerbitkan, menciptakan, meng-hasilkan, mewujudkan: percubaannya itu tidak ~ hasil; perbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak; 3. menggugurkan (menjatuhkan) bom, mengebom. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunga telur | telur yg diwarnai atau tidak serta diberi bertangkai atau berbekas dan dihadiahkan kpd tetamu yg hadir dlm majlis perkahwinan dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |