Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.man] | تمن

Definisi : 1. kawan, handai, sahabat, taulan: mengapa sendirian pula, tiada ~, tiada rakan; 2. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu, lawan bercakap-cakap (bermain dsb): ~ bercakap; 3. sesuatu sbg pelengkap, jodoh, kawan: buah pinang dimakan orang jadi ~ sirih; 4. Pr ganti diri yg pertama, saya, aku;~ hidup orang yg dijadikan pasangan hidup (isteri atau suami); ~ lelaki lelaki yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang wanita; ~ sejawat kawan sekerja; ~ tetangga jiran; ~ tidur orang yg dijadikan kawan tidur; ~ wanita wanita yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang lelaki; usahlah ~ dimandikan pagi prb janganlah terlalu memuji-muji; berteman 1. berkawan, bersahabat: sebenar­nya kedua-dua orang itu ~ baik; 2. tidak se-orang diri, ada kawannya: ke mana pun pergi jarang-jarang aku ~; bertemankan mempunyai (seseorang, se­suatu) sbg teman; menemani 1. turut serta, mengawani, meng­iringi, menyertai: dia senang melihat kawan­nya ~nya duduk di situ; malam itu Ramlan ~ Swee Meng pergi memanggil bidan; 2. ki menjadikan sbg pemakan (nasi dll), melawan­kan: sayur pucuk ubi ditemani oleh sambal belacan dan ikan goreng; peneman seseorang (sesuatu) yg menjadi teman kpd: hanya linangan air mata ~ duka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.man] | تمن

Definisi : 1 kawan; sahabat; rakan: Dia bermalam di rumah ~nya. 2 orang yg bersama-sama melakukan sesuatu (bekerja dll): ~ berbual-bual. 3 sesuatu yg dimakan, dipakai dll bersama dgn benda lain; jodoh; kawan: Buah pinang dimakan orang sbg ~ sirih. ~ hidup orang yg dijadikan pasangan hidup (suami atau isteri). ~ sejawat orang yg menyandang jawatan yg sama tarafnya. ~ tetangga jiran. berteman 1 berkawan; bersahabat. 2 tidak seorang diri; ada temannya. menemani men­jadi teman kpd; mengiringi: Dia ~ saya pergi ke pasar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teman (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, rakan, taulan, handai, konco, kenalan, sekutu, komrad, bandu, saki, kanti, nyapang, ratik, sobat, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan jodoh: kawan, judu, pelengkap, pasangan, regu, sandingan, setelan,

Kata Terbitan : berteman, bertemankan, menemani, peneman,

Puisi
 

Aduilah adui meniti batang,
     Si teman bujang dicari juga;
Berapa jauh dia datang? Kalau jadi dari semula.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Jika cerdik teman berunding,
     jika bodoh disuruh diarah.

Bermaksud :

Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
handaikawan, rakan, sahabat, teman: ~ taulan = sahabat ~ teman-teman, kawan-kawan, rakan-rakan; berhandai-handai berkawan-kawan, ber­gaul: Ali dan adiknya yg perempuan sudah dibiarkannya ~, bersenda-senda, dan ber­cengkerama; kalau sudah penat, barulah mereka duduk di pelantar sambil ~ dgn riang.Kamus Dewan Edisi Keempat
sahabat handaiteman-teman, kawan-kawan, rakan-rakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
memelikkanmenganehkan, menghairankan: itulah yg ~ teman-teman sepejabat;Kamus Dewan Edisi Keempat
terlekatmelekat atau lekat pd, telah dilekat­kan: terkejutlah orang melihat gambar teman­-teman lelakinya yg ~ dlm album itu; ~ kersik buluh prb melakukan sesuatu yg sia-sia;Kamus Dewan Edisi Keempat
kebudimananketinggian tingkat bijaksana (murah hati): A. Samad Said terkenal dgn ~ hatinya kpd teman-teman penulis.Kamus Dewan Edisi Keempat
bercekcoksaling menyatakan perbezaan pendapat antara satu dgn yg lain; berbantah; bertengkar: Jangan suka ~ dgn teman-teman.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cekcok/cékcok/; bercekcok saling menyatakan perbezaan pendapat antara satu dgn yg lain; berbantah; bertengkar: Jangan suka ~ dgn teman-teman. mempercekcokkan menjadikan sesuatu sbg bahan pertengkaran; memperbantahkan: Ia sering ~ soal-soal kecil yg tidak penting. percekcokan pernyataan pendapat yg berbeza; perbuatan ber­cekcok; perbantahan; pertengkaran: Antara kedua-dua orang itu, berlaku ~ yg tidak pernah selesai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cekcok/cékok/; bercekcok saling menyatakan perbezaan pendapat antara satu dgn yg lain; berbantah; bertengkar:Jangan suka ~ dgn teman-teman. mempercekcokkan menjadikan sesuatu sbg bahan pertengkaran; memperbantahkan:Ia sering ~ soal-soal kecil yg tidak penting. percekcokan pernyataan pendapat yg berbeza; perbuatan bercekcok; perbantahan; pertengkaran: Antara kedua-dua orang itu berlaku ~ yg tidak pernah selesai.Kamus Pelajar
budimanberbudi, berakal, bijaksana: keempat-empat hulubalang itu terlalu perkasa lagi ~;kebudimanan ketinggian tingkat bijaksana (murah hati): A. Samad Said terkenal dgn ~ hatinya kpd teman-teman penulis.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelik I1. aneh, ganjil, tidak biasa (lazim): barang-barang yg dibawanya ~-~; cerita itu penuh dgn hal yg ~-~; 2. sukar, sulit: perkataan yg ~-~; pertanyaan yg ~; 3. penting: perkara yg ~; memelikkan menganehkan, menghairankan: itulah yg ~ teman-teman sepejabat; kepelikan 1. perihal pelik, keanehan, ke­ganjilan; 2. kesukaran, kesulitan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas