Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bi.lang] | تمبيلڠ

Definisi : sj alat menggali lubang yg ber­tangkai panjang, penggali;bagai ~ bagai penggali, begitu yg hilang begitu pengganti prb yg hilang sama dgn gantinya; di mana ~ terhentak, di situ cen­dawan tumbuh prb di mana perselisihan berlaku di situlah diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bi.lang] | تمبيلڠ

Definisi : alat bertangkai panjang yg digunakan utk menggali lubang; penggali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tembilang

Juga ditemukan dalam:

Peribahasa

Utang (hutang) tembilang belum langsai,
     utang (hutang) tajak bila pula.

Bermaksud :

Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] biduk belum langsai, utang [hutang] pengayuh datang pula, c. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tembilangalat bertangkai panjang yg digunakan utk menggali lubang; penggali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tembilangsj alat menggali lubang yg ber­tangkai panjang, penggali;bagai ~ bagai penggali, begitu yg hilang begitu pengganti prb yg hilang sama dgn gantinya; di mana ~ terhentak, di situ cen­dawan tumbuh prb di mana perselisihan berlaku di situlah diselesaikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tembilangalat bertangkai panjang yg digunakan utk menggali lubang; penggali.Kamus Pelajar
cerai tembilangcerai kerana salah seorang pasangan suami isteri itu meninggal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cerai tembilangcerai antara suami isteri kerana salah seorang meninggal;Kamus Dewan Edisi Keempat
penggali1. orang yg menggali (membuat) lubang; 2. alat utk menggali (spt tembilang dll); diam ~ berkarat prb pengetahuan yg tidak dipakai akan hilang.Kamus Dewan Edisi Keempat
penggali1 orang yg kerjanya menggali. 2 alat yg digunakan utk menggali lubang; tembilang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penggali1. orang yg kerjanya menggali. 2. alat yg digunakan utk menggali lubang; tembilang.Kamus Pelajar
cerai1 tidak bersatu; tidak melekat. 2 sudah putus hubungan sbg suami isteri; tidak sbg suami isteri lagi; talak: minta ~ minta supaya suami menjatuhkan talak kpdnya (ttg isteri). ~ taklik cerai yg berlaku antara suami dgn isteri kerana janji atau syarat. ~ tembilang cerai kerana salah seorang pasangan suami isteri itu meninggal. bercerai tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2 putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. ~ susu berhenti menyusu; tidak lagi menyusu (ttg anak yg menyusu pd ibu). menceraikan 1 membuat supaya tidak berhubungan (bercampur, bersatu) lagi; memisahkan: Dia telah ~ lampiran A drpd karangan itu. 2 meleraikan orang berkelahi dsb. 3 memutuskan hubung­an sbg suami isteri; menjatuhkan talak: Oleh sebab perkara yg kecil saja, ia telah ~ isterinya. ceraian bahagian atau fasal kecil dlm undang-undang (surat perjanjian dll). perceraian 1 hal tidak berhubungan lagi; perpisahan; perpecahan. 2 hal bercerai (antara suami isteri). penceraian perbuatan atau hal menceraikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cendawansj kulat yg pendek batangnya dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping (sesetengahnya boleh dimakan, sesetengahnya beracun), jamur; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ bola, ~ busut, ~ racun; bagai ~ kememeh prb mudah sahaja menangis; bagai ~ disesah (dibasuh) prb pucat lesi rupanya; bagai ~ tumbuh prb terlalu banyak pd sesuatu masa; di mana ~ tumbuh, di situ tembilang terentak prb di mana perkara itu timbul, di situlah harus diselesaikan; bercendawan ditumbuhi cendawan, berkulat, berlapuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas