tembok IV | (témbok) Kl, Tr jalan besar, jalan raya, jalan bertar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengempang | 1. menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat: lembah-lembah sungai yg kecil telah diempang di kawasan bukit ini utk dijadikan kolam air; 2. berada atau terletak dlm keadaan melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dll), melintangi: jalan raya itu penuh sesak dgn kereta kerana ada sebuah motokar rosak ~ jalan; 3. ki menahan, menghalang, menghambat: lajunya tidak dapat diempang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
empang I | 1. = empangan, pengempang tambak dll utk menahan arus atau aliran air (utk sesuatu keperluan supaya tidak terjadi banjir dll), bendung, tebat: empangan moden telah dibina utk menahan air bagi mengeluarkan kuasa elektrik; 2. kolam tempat memelihara ikan, tambak, tebat; 3. ki penghalang, perintang: malangnya, kesatuan kita itu saja ~ jalannya; ~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit prb a) perselisihan yg tidak dapat dibaiki atau didamaikan lagi; b) aturan (perintah) yg tidak boleh diubah (dilalui);berempangan mempunyai empangan: sungai yg ~;mengempang 1. menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat: lembah-lembah sungai yg kecil telah diempang di kawasan bukit ini utk dijadikan kolam air; 2. berada atau terletak dlm keadaan melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dll), melintangi: jalan raya itu penuh sesak dgn kereta kerana ada sebuah motokar rosak ~ jalan;3. ki menahan, menghalang, menghambat: lajunya tidak dapat diempang; terempang terbendung, tertebat, tertahan; tiada ~ peluru oleh lalang prb kemahuan orang yg berkuasa tidak dapat ditahan oleh orang yg lemah; pengempangan perihal atau perbuatan mengempang, pembinaan empangan, pembendungan, penebatan: teknologi ~ yg cuba diutarakan oleh Ibu al-Haitham tersebut tidak jauh bezanya drpd teknologi yg dihasilkan di Barat sekarang ini;pengempang empang(an). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panjang I | 1. lwn pendek: tali itu ~; penselnya masih ~ lagi; 2. lwn lebar, bujur: mukanya ~; 3. tinggi: badannya ~ lampai; 4. berlarut-larut, luas: cerita yg ~; berfikir ~; 5. lama: ~ umurnya; 6. jarak dr hujung ke hujung (di antara dua tempat), lwn lebar: ~ sebuah bilik tiga meter lebih drpd lebarnya; 7. jarak masa, lama: ~ waktu siang di khatulistiwa sentiasa selama 12 jam; ~ akal (ingatan, kira-kira) tidak sempit (pendek) akal, boleh berfikir baik-baik; ~ bulat panjang dan bulat (spt buluh), bulat torak; ~ ekor berani berbuat jahat (melanggar peraturan); ~ gelombang (Fiz) jarak di antara dua puncak gelombang yg bersebelahan; ~ ikatan (Kim) jarak di antara dua nukleus atom yg terikat bersama dlm satu sebatian; ~ lampai kecil tinggi (badan); ~ lanjut (lebar) dgn butir dan keterangan yg banyak; ~ lidah (mulut, muncung) suka mengadu atau menyampai-nyampaikan cakap orang, suka menceritakan hal orang; ~ nafas tidak pendek nafas, boleh berlari jauh; ~ pendek panjang atau pendek; ~ tangan suka mencuri; ~ tangkai Mn hujan; ~ umur (usia) lama hidup; ~ langkah singkat pinta (permintaan) prb sudah sampai ajal, meninggal dunia; ditindih yg berat dililit yg ~ prb kemalangan yg tidak dapat dielakkan; hendak ~ terlalu parah prb hendak meninggikan diri sangat, akhirnya jatuh; kalau ~ beri beruas, kalau pendek beri berbuku prb sebelum berbuat sesuatu tentukan aturan-aturannya supaya tidak kacau; mendapat ~ hidung prb mendapat malu; sama ~ dgn urat perut (belikat) prb terlalu bohong; sudah ~ langkahnya prb sudah meninggal; sepanjang 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg ketahui oleh mereka; berpanjang; ~ kalam menceritakan dgn lanjut (panjang lebar); ~ madah bercakap banyak-banyak; berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: janganlah saudara ~ kerana kita sudah tidak ada masa lagi; berpanjangan, berpanjang-panjangan berlanjut-lanjut, berlanjutan, tidak berkeputusan, berterus-terusan: inginkah saudara soal ini diusut berpanjang-panjangan; kemesraan yg ~; memanjang 1. menjadi panjang (lanjut): spring itu ~; tepuk tangan yg ~; 2. mengikut panjang, membujur: potong sekeping kain ikut tepi atau ~; 3. terletak dll mengikut panjang, tidak melintang: di ampaian di tepi beranda yg ~ bangunan itu bergantungan pakaian kerja; memanjangkan 1. menjadikan panjang, melanjutkan, meneruskan: dan Tuk Hassan Temenggung yg pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal lengan, dan ~ tangan baju; aku bersyukur kpd Tuhan yg telah ~ umurku; keadaan ini akan menyebabkan pemulihan ekonomi tidak dapat dikekalkan serta ~ kemelesetan yg sedang berlaku; 2. menyampaikan: segala keputusan yg dibuat akan dipanjangkan kpd kerajaan; memperpanjang menjadikan lebih panjang: jalan-jalan raya akan dibina, diperpanjang, dan diperlebar dlm kawasan-kawasan yg berpenduduk padat; panjangan lanjutan; kepanjangan 1. perihal panjang (lama dll), kelanjutan: kata pengantar yg ditulisnya itu memang panjang, satu ~ yg disengajakan; 2. terlalu panjang: nampak seolah-olah kaki dan lengannya ~; berkepanjangan berpanjang-panjangan, berpanjangan: abang memohon doa yg ~ drpd engkau; zaman yg ~; pemanjangan perihal atau perbuatan memanjang(kan): Hukum Hooke menyatakan bahawa ~ dawai atau spring itu adalah berkadar dgn beban pd dawai-dawai atau spring itu; pemanjang sesuatu yg memanjangkan: huruf ~ bunyi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belah | 1 celah yg besar dan panjang (spt pd sesuatu benda yg akan pecah). 2 pecah menjadi dua bahagian: Biar retak asalkan jangan ~. 3 bahagian drpd sesuatu yg berpasangan spt kaki, mata dsb: Dia memejamkan kedua-dua ~ matanya. 4 satu drpd golongan yg berlawanan atau bertentangan: Perkara itu telah disetujui oleh kedua-dua ~ pihak. berbelah 1 ada belahnya; mempunyai belah: Bajunya ~ di belakang. 2 terbagi menjadi dua: Cintanya ~. ~ bagi tidak tetap (perasaan pendirian dsb). membelah 1 memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. terbelah terbahagi dua atau terpecah: Bahtera itu ~ akibat terlanggar batu karang. belahan 1 retak yg panjang: ~ pd tembok itu masih belum bertampal lagi. 2 bahagian sesuatu yg sudah dibelah: ~ betik itu disimpan dlm peti ais. ~ diri (jiwa) a. orang yg dikasihi; kekasih. b. isteri. pembelahan perbuatan atau hal membelah. pembelah 1 alat utk membelah. 2 orang yg membelah: ~ kayu. sebelah 1 sebahagian atau salah satu benda yg berpasangan; setengah; separuh: Beri aku buah limau itu ~. 2 arah yg menunjukkan tempat; jurusan; bahagian: Taman Negara terletak di ~ utara negeri Pahang. 3 tempat yg hampir dgn; dekat; samping: Dia duduk di ~ saya. sebelah-menyebelah pd kedua-dua bahagian atau pd arah yg bertentangan; seberang-menyeberang letaknya: Kedai besar berbanjar di ~ jalan raya itu. bersebelahan berada di sebelah; di samping atau di sebelah sesuatu yg lain letaknya. menyebelahi menyokong atau membantu sesuatu pihak; berpihak kpd: Ketua badan itu sentiasa ~ orang-orang yg sealiran dgnnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
belah | 1. celah yg besar dan panjang (spt pd sesuatu benda yg akan pecah). 2. pecah menjadi dua bahagian: Biar retak asalkan jangan ~. 3. bahagian drpd sesuatu yg berpasangan spt kaki, mata dsb: Dia memejamkan kedua-dua ~ matanya. 4. satu drpd golongan yg berlawanan atau bertentangan: Perkara itu telah disetujui oleh kedua-dua ~ pihak. berbelah 1. ada belahnya; mempunyai belah: Bajunya ~ di belakang. 2. terbahagi menjadi dua: Cintanya ~. ~ bagi tidak tetap (perasaan pendirian dsb). membelah 1. memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2. mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3. memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. terbelah terbahagi dua atau terpecah: Bahtera itu ~ akibat terlanggar batu karang. belahan 1. retak yg panjang: ~ pd tembok itu masih belum bertampal lagi. 2. bahagian sesuatu yg sudah dibelah:~ betik itu disimpan dlm peti ais. ~ diri (jiwa) a. orang yg dikasihi; kekasih. b. isteri. pembelahan perbuatan atau hal membelah:Bahagian yg paling bersih di rumah sakit ialah bilik tempat melakukan ~. pembelah 1. alat utk membelah. 2. orang yg membelah: ~ kayu. sebelah 1. sebahagian atau salah satu benda yg berpasangan;setengah; separuh: Beri aku buah limau itu ~. 2. arah yg menunjukkan tempat; jurusan; bahagian: Taman Negara terletak di ~ utara negeri Pahang. 3. tempat yg hampir dgn; dekat; samping: Dia duduk di ~ saya. sebelah-menyebelah pd kedua-dua bahagian atau pd arah yg bertentangan; seberang-menyeberang letaknya: Kedai-kedai besar berbanjar di ~ jalan raya itu. bersebelahan berada di sebelah; di samping atau di sebelah sesuatu yg lain letaknya. menyebelahi menyokong atau membantu sesuatu pihak; berpihak kpd:Ketua badan itu sentiasa ~ orang-orang yg sealiran dgnnya. | Kamus Pelajar |