tempaan | yg ditempa; buatan (ttg keris dll): keris ~ Melayu; emas ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tempaan | 1. yg ditempa, buatan (pisau, keris, dll): emas ~; keris ~ Melaka; 2. ki sifat asli (drpd sesuatu), bentuk, potongan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempaan | yg ditempa; buatan (ttg keris dll): keris ~ Melayu; emas ~. | Kamus Pelajar |
besi tempaan | besi yg ditempa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
emas kimpal | emas tempaan atau emas yg telah dibuat sesuatu (bukan emas urai); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempa; menempa | tempaan yg ditempa; buatan (ttg keris dll): keris ~ Melayu; emas ~. | Kamus Pelajar |
kimpal | padu (tidak kosong dalamnya), padat; emas ~ emas tempaan atau emas yg telah dibuat sesuatu (bukan emas urai); mengimpal 1. memukul atau menitik (emas dll) utk dibuat sesuatu, menempa (emas dll); 2. mencantumkan (menyambung) besi dll dgn jalan memanaskan dan memukulnya; kimpalan 1. cantuman (sambungan) antara dua bahagian logam spt besi dll yg terbentuk secara mengimpalkannya; 2. hasil perbuatan mengimpal; pengimpalan proses atau perbuatan mengimpal; pengimpal orang yg mengimpal, tukang kimpal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batu luru | alat tempa yg berupa batu sungai atau granit licin, digunakan utk melicinkan (menggilapkan) permukaan tempaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempa | ; menempa 1 memukul besi dll utk dibuat perkakas (pisau dll); menitik: ~ besi. 2 membuat sesuatu alat drpd logam: ~ parang; ~ keris. 3 mencetak atau membentuk (batu bata dll). 4 mencetak (wang): Kerajaan negeri tidak boleh ~ mata wangnya sendiri. tempaan yg ditempa; buatan (ttg keris dll): keris ~ Melayu; emas ~. penempa orang yg menempa; tukang yg membuat parang dll. tempawan; emas ~ a. emas yg ditempa (yg baik). b. puji-pujian kpd wanita yg cantik parasnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tempa | besi ~ besi yg dapat dibentuk (tidak berapa keras); keris ~ Melaka keris buatan Melaka; menempa 1. memukul besi dll utk dijadikan alat (pisau dll), menitik: ~ besi; 2. membuat (keris, parang, dll) drpd logam: bersusah payah ~ sebilah pisau; 3. membentuk (bata, wang, dll), mencetak: tidak boleh kerajaan negeri ~ mata wangnya sendiri; 4. ki mencipta, membuat; ~ sejarah membuat sesuatu yg baharu: Sir Samuel Greig ~ kejayaan ketika berkhidmat dgn pihak berkuasa Rusia; tempaan 1. yg ditempa, buatan (pisau, keris, dll): emas ~; keris ~ Melaka; 2. ki sifat asli (drpd sesuatu), bentuk, potongan; penempaan perbuatan (kerja dsb) menempa: pembentukan atau ~ tembikar dibuat dgn gaya bebas; penempa orang yg menempa, tukang besi, tukang membuat keris (parang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |