Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
janji temujanji utk bertemu dgn seseorang pd masa dan di tempat yg telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb;Kamus Dewan Edisi Keempat
janji1. pernyataan kesediaan utk berbuat atau memberi sesuatu: engkau mesti menepati ~ yg kau buat dahulu; dlm ~ bertunangan; me­nepati ~ membuat (menunaikan) apa yg telah dijanjikan; mengikat ~ membuat janji; pecah ~ tidak dapat menepati janji, me­mung­kiri janji; sampai ~ dapat menepati (me­nunaikan) janji; 2. syarat, ketentuan, tun­tutan; dgn ~ dgn syarat; 3. pengunduran waktu, tangguh, penundaan: kalau awak tidak berkeberatan, saya meminta ~ empat bulan utk membayar hutang awak itu; 4. ajal, had, waktu; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya, mati; ~ kosong janji yg dibuat tetapi tidak pernah ditunaikan; ~ manis janji yg mengandungi harapan yg indah-indah; ~ palsu janji yg hanya bertujuan utk memperdayakan, menge­lirukan atau menipu orang; ~ temu janji utk bertemu dgn seseorang pd masa dan di tempat yg telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb; ~ sampai bilangan genap = ~ sampai sukatan penuh prb sudah sampai ajal; adat diisi, ~ dilabuh prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yg telah dibiasakan (diadatkan); berjanji membuat (mengikat) janji: dia ~ akan datang ke rumah saya; menjanjikan 1. berjanji utk memberi (mem­­­­­buat dsb) sesuatu: bapanya ~ satu hadiah istimewa jika dia lulus dlm pe­periksaan itu; 2. memberikan jangkaan atau harapan akan berlakunya (terdapatnya dsb) sesuatu, membuka kemungkinan kpd: jam­batan yg merentangi Sungai Sarawak ~ pembangunan yg lebih pesat; Revolusi Hijau ~ harapan kpd petani; memperjanjikan ark menjanjikan; perjanjian 1. persetujuan yg dibuat antara dua pihak atau lebih, permuafakatan: Malaysia telah menandatangani satu ~ per­da­gangan dgn Korea Selatan; ~ jual beli; ~ program persetujuan bertulis antara dua pihak (biasanya pihak pelaksana aktiviti dsb dgn pihak yg mempunyai kuasa utk meluluskan kewangan) bagi melaksanakan sesuatu aktiviti (program dsb) mengikut jumlah peruntukan yg diluluskan; 2. Id wasiat (kitab suci); Kitab P~ Lama Kitab Taurat; Kitab P~ Baru Kitab Injil.Kamus Dewan Edisi Keempat
datingbp janji temu dgn seseorang yg berlainan jantina (mis antara seorang pemuda dgn teman wanitanya utk keluar makan, me­nonton wayang gambar dsb): selepas hanya dua kali ~, dia muncul di depan pintu rumah, tanpa diundang; berdating bertemu atau keluar dgn seseorang yg berlainan jantina (mis teman lelaki atau wanita) utk keluar makan, menonton wayang gambar dsb: mereka terus bernikah tanpa perlu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas