Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.na.ga] | تناݢ

Definisi : 1. kekuatan yg membolehkan sese­orang membuat sesuatu (pergerakan dll), daya: selesai makan, dia kini berenang, seolah-olah dia dapat ~ drpd nasi dan lauk ayam yg telah dijampi oleh neneknya; 2. kegiatan utk melakukan sesuatu: seluruh ~ rakyat disalur­kan utk meninggikan ekonomi negara; 3. = ~ pekerja orang yg bekerja, orang yg mengerja­kan sesuatu, kakitangan: wanita ialah ~ manusia yg merupakan harta terpendam yg belum dihargai sepenuh-penuhnya;~ atom = ~ nuklear (Fiz) tenaga yg terhasil drpd tindak balas atom atau nukleusnya; ~ baru orang-orang (yg akan mem­beri tenaga mereka) baru; ~ batin a) keupayaan melaku-kan hubungan seks; b) kekuatan yg timbul drpd wujudnya daya jiwa atau semangat juang dlm diri seseorang, kekuatan batin: dgn ~ batin yg baru, mereka sanggup melepaskan diri dr tradisi yg nam­pak­nya semakin kuat mengikat kaum penulis kita; ~ buruh seluruh pekerja; ~ elektrik tenaga yg dihasilkan oleh kuasa elektrik; ~ gerak tenaga yg terdapat pd sesuatu yg bergerak (air yg mengalir dll); ~ ikatan (Kim) tenaga yg diperlukan utk memutuskan ikatan dlm molekul; ~ kimia (Kim) tenaga yg dimiliki oleh sesuatu bahan kimia, yg akan dibebaskan semasa tindak balas kimia; ~ kinetik (Fiz) tenaga yg ada pd sesuatu jasad akibat per­ge­rakannya; ~ kuda bp kuasa kuda; ~ nuklear tenaga atom; ~ pengajar orang yg ahli atau berkelayakan utk mengajarkan sesuatu mata pelajaran, bidang ilmu, ke-mahiran dsb; ~ pengaktifan (Kim) tenaga yg perlu diatasi oleh bahan tindak balas sebelum tindak balas berlaku; ~ pengionan (Kim) tenaga minimum yg diperlukan utk menying-kirkan satu elektron dr satu atom atau ion gas; ~ sawat tenaga pd sesuatu mesin; ~ sinaran (Fiz) tenaga yg dipancarkan dlm bentuk sinaran (terutama sinaran elektromagnet); ~ suria tenaga yg diperoleh drpd matahari, iaitu tenaga cahaya, tenaga ultraungu dan tenaga haba; ~ wap tenaga drpd wap; bertenaga 1. mempunyai (memperlihatkan) tenaga, ada tenaganya, berkekuatan, berdaya: dia tidak ~ utk membuat kerja itu; penulis yg dikira kurang ~ dlm penghasilan kreatif; memperkemas gaya pengucapan agar lebih ~; 2. rajin, giat (bekerja dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.na.ga] | تناݢ

Definisi : 1 kekuatan utk me­mungkinkan seseorang melakukan sesuatu; daya: Dia tidak mempunyai ~ hendak membuat kerja itu. 2 = ~ kerja orang yg mengerjakan sesuatu; pekerja; kakitangan: Wanita ialah ~ manusia yg belum dihargai sepenuh­nya. 3 kuasa yg dikeluarkan atau yg terdapat drpd sesuatu. ~ atom tenaga yg dikeluarkan oleh atom. ~ elektrik tenaga yg diperoleh drpd geseran atau drpd tindakan kimia. ~ gerak (kinetik) tenaga yg terdapat pd sesuatu yg bergerak (spt pd air yg mengalir). ~ haba tenaga dlm bentuk haba (utk memanaskan sesuatu). ~ ikatan ist tenaga yg diperlukan utk memutuskan ikatan dlm molekul. ~ kimia tenaga yg dimiliki oleh sesuatu bahan kimia, yg akan dibebaskan semasa tindak balas kimia. ~ kuda ukuran utk menyukat kekuatan enjin dll. ~ nuklear tenaga yg terhasil drpd tidak balas nukleus; tenaga atom. ~ pengajar orang yg ahli atau yg berkelayakan utk mengajarkan sesuatu mata pelajaran, bidang ilmu, kemahiran dsb. ~ pengionan ist tenaga minimum yg diperlukan utk menyingkirkan satu elektron drpd satu atom atau ion gas. ~ sawat (mekanik) tenaga yg terdapat pd mesin. ~ suria tenaga yg diperoleh drpd cahaya matahari. ~ wap (stim) tenaga yg diperoleh drpd wap. bertenaga mempunyai tenaga; berdaya: Dia tidak ~ lagi utk meneruskan perlawanan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenaga (kata nama)
Bersinonim dengan kekuatan, daya, reng, keupayaan, kemampuan, kebolehan, kekuasaan, kesanggupan, kesediaan, kudrat;,
Kata Terbitan : bertenaga,

Peribahasa

Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh).

Bermaksud :

Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengundurkan diria) pergi dr, meninggalkan: ia menjadi bingung melihat keadaan itu lalu ~ dirinya balik ke rumah; b) menarik diri, berhenti dr, meletakkan jawatan: tenaga-tenaga tua ~ diri utk memberi tempat kpd tenaga-tenaga muda;Kamus Dewan Edisi Keempat
tenaga suriatenaga yg diperoleh drpd matahari, iaitu tenaga cahaya, tenaga ultraungu dan tenaga haba;Kamus Dewan Edisi Keempat
termodinamikist pengetahuan me­ngenai hubungan antara haba dgn tenaga (tenaga kimia, mekanikal dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
kinetik/kinétik/ ist bkn gerakan atau yg dihasilkan (dikeluarkan) oleh gerakan. tenaga ~ tenaga yg dipunyai oleh sesuatu kerana gerakannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sawat1 tali dll yg diselendangkan atau yg dibelitkan: ~ sandang tali tem­pat menggantungkan pedang atau keris. 2 kep pesawat (digunakan dlm gabungan kata): tenaga ~ tenaga yg dihasilkan oleh jentera (mesin dsb). pesawat 1 segala jenis alat yg digunakan utk mendapatkan tenaga; mesin; jentera: Air tidak dpt dipam naik kerana ~nya rosak. 2 alat (bahagian dlm jentera dsb) yg menggerakkan atau yg menjalankan jentera. ~ asap (wap) jentera yg dijalankan dgn tenaga wap. ~ radio alat utk menerima siaran radio. ~ telefon alat utk berhubung dgn seseorang melalui telefon. ~ terbang (udara) kapal terbang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
enjin/énjin/ alat yg dpt menukarkan sesuatu bentuk tenaga kpd bentuk tenaga yg lain terutama tenaga sawat; jentera; mesin. ~ diesel enjin pembakaran yg menggunakan tenaga haba dr udara yg dimampatkan utk membakar bahan api dlm silinder. ~ gas enjin yg menggunakan gas mudah terbakar, spt gas asli dan gas arang batu sbg bahan api. ~ pembakaran dalam ist enjin spt enjin diesel yg melibatkan berlakunya pembakaran bahan api dlm enjin yg sebenarnya dan tidak di luar (spt yg berlaku dlm enjin stim). ~ petrol enjin pembakaran dalam yg menggunakan minyak petrol sbg bahan api. ~ stim (wap) enjin yg dijalankan dgn kuasa wap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
enjin/énjin/ alat yg dpt menukarkan sesuatu bentuk tenaga kpd bentuk tenaga yg lain terutama tenaga sawat; jentera; mesin. ~ diesel enjin pembakaran yg menggunakan tenaga haba dr udara yg dimampatkan utk membakar bahan api dlm silinder. ~ pembakaran dalam ist enjin spt enjin diesel yg melibatkan berlakunya pembakaran bahan api dlm enjin yg sebenarnya dan tidak di luar (spt yg berlaku dlm enjin stim). ~ stim (wap) enjin yg dijalankan dgn kuasa wap.Kamus Pelajar
obral tenagamenggunakan tenaga banyak-banyak, memboroskan tenaga;Kamus Dewan Edisi Keempat
transduser(Fiz) peranti atau komponen yg dapat menukarkan satu bentuk tenaga kpd bentuk tenaga yg lain, mis drpd tenaga elektrik kpd tenaga mekanik.Kamus Dewan Edisi Keempat
alam I1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak ke­lihat­an (tempat orang mati hingga hari kia­mat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyem­bunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas