tenaga | 1 kekuatan utk memungkinkan seseorang melakukan sesuatu; daya: Dia tidak mempunyai ~ hendak membuat kerja itu. 2 = ~ kerja orang yg mengerjakan sesuatu; pekerja; kakitangan: Wanita ialah ~ manusia yg belum dihargai sepenuhnya. 3 kuasa yg dikeluarkan atau yg terdapat drpd sesuatu. ~ atom tenaga yg dikeluarkan oleh atom. ~ elektrik tenaga yg diperoleh drpd geseran atau drpd tindakan kimia. ~ gerak (kinetik) tenaga yg terdapat pd sesuatu yg bergerak (spt pd air yg mengalir). ~ haba tenaga dlm bentuk haba (utk memanaskan sesuatu). ~ ikatan ist tenaga yg diperlukan utk memutuskan ikatan dlm molekul. ~ kimia tenaga yg dimiliki oleh sesuatu bahan kimia, yg akan dibebaskan semasa tindak balas kimia. ~ kuda ukuran utk menyukat kekuatan enjin dll. ~ nuklear tenaga yg terhasil drpd tidak balas nukleus; tenaga atom. ~ pengajar orang yg ahli atau yg berkelayakan utk mengajarkan sesuatu mata pelajaran, bidang ilmu, kemahiran dsb. ~ pengionan ist tenaga minimum yg diperlukan utk menyingkirkan satu elektron drpd satu atom atau ion gas. ~ sawat (mekanik) tenaga yg terdapat pd mesin. ~ suria tenaga yg diperoleh drpd cahaya matahari. ~ wap (stim) tenaga yg diperoleh drpd wap. bertenaga mempunyai tenaga; berdaya: Dia tidak ~ lagi utk meneruskan perlawanan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
elektrik | /éléktrik/ 1 tenaga yg diperoleh dgn cara tindakan kimia atau oleh benda bergeser dan dpt digunakan utk memperoleh cahaya dll. 2 ilmu atau pengetahuan ttg tenaga elektrik. ~ hidro ist elektrik yg dihasilkan oleh kuasa air. keelektrikan selok belok atau hal-hal bkn dgn elektrik: Dia mengambil suatu kursus dlm ~. pengelektrikan proses atau perbuatan menyambungkan kuasa elektrik pd mesin, kenderaan dsb: ~ kereta api. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tenaga | 1. kekuatan yg membolehkan seseorang membuat sesuatu (pergerakan dll), daya: selesai makan, dia kini berenang, seolah-olah dia dapat ~ drpd nasi dan lauk ayam yg telah dijampi oleh neneknya; 2. kegiatan utk melakukan sesuatu: seluruh ~ rakyat disalurkan utk meninggikan ekonomi negara; 3. = ~ pekerja orang yg bekerja, orang yg mengerjakan sesuatu, kakitangan: wanita ialah ~ manusia yg merupakan harta terpendam yg belum dihargai sepenuh-penuhnya;~ atom = ~ nuklear (Fiz) tenaga yg terhasil drpd tindak balas atom atau nukleusnya; ~ baru orang-orang (yg akan memberi tenaga mereka) baru; ~ batin a) keupayaan melaku-kan hubungan seks; b) kekuatan yg timbul drpd wujudnya daya jiwa atau semangat juang dlm diri seseorang, kekuatan batin: dgn ~ batin yg baru, mereka sanggup melepaskan diri dr tradisi yg nampaknya semakin kuat mengikat kaum penulis kita; ~ buruh seluruh pekerja; ~ elektrik tenaga yg dihasilkan oleh kuasa elektrik; ~ gerak tenaga yg terdapat pd sesuatu yg bergerak (air yg mengalir dll); ~ ikatan (Kim) tenaga yg diperlukan utk memutuskan ikatan dlm molekul; ~ kimia (Kim) tenaga yg dimiliki oleh sesuatu bahan kimia, yg akan dibebaskan semasa tindak balas kimia; ~ kinetik (Fiz) tenaga yg ada pd sesuatu jasad akibat pergerakannya; ~ kuda bp kuasa kuda; ~ nuklear tenaga atom; ~ pengajar orang yg ahli atau berkelayakan utk mengajarkan sesuatu mata pelajaran, bidang ilmu, ke-mahiran dsb; ~ pengaktifan (Kim) tenaga yg perlu diatasi oleh bahan tindak balas sebelum tindak balas berlaku; ~ pengionan (Kim) tenaga minimum yg diperlukan utk menying-kirkan satu elektron dr satu atom atau ion gas; ~ sawat tenaga pd sesuatu mesin; ~ sinaran (Fiz) tenaga yg dipancarkan dlm bentuk sinaran (terutama sinaran elektromagnet); ~ suria tenaga yg diperoleh drpd matahari, iaitu tenaga cahaya, tenaga ultraungu dan tenaga haba; ~ wap tenaga drpd wap; bertenaga 1. mempunyai (memperlihatkan) tenaga, ada tenaganya, berkekuatan, berdaya: dia tidak ~ utk membuat kerja itu; penulis yg dikira kurang ~ dlm penghasilan kreatif; memperkemas gaya pengucapan agar lebih ~; 2. rajin, giat (bekerja dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daya | 1 tenaga; kekuatan; kemampuan: Dia kehabisan ~ utk mendaki bukit itu. 2 akal; ikhtiar; muslihat: Dia mencari ~ hendak menipu orang itu. ~ cipta kebolehan mencipta. ~ fikir keupayaan atau kekuatan utk menggunakan akal fikiran. ~ ghaib kuasa ghaib. ~ graviti kuasa (tarikan) antara dua benda, terutamanya kuasa yg menarik benda-benda ke bumi. ~ guna kemampuan utk mendatangkan hasil atau faedah: Peladang dan pesawah berusaha utk meningkatkan ~ guna tanah mereka. ~ ingatan keupayaan atau kekuatan utk mengingat sesuatu atau seseorang. ~ juang kemampuan utk mempertahankan atau mencapai sesuatu dgn sungguh-sungguh. ~ kuda satuan utk mengukur tenaga enjin dll. ~ penarik a. kebolehan utk menarik sesuatu. b. kebolehan utk menarik hati orang lain. ~ sawat kuasa atau tenaga yg dikeluarkan (dihasilkan) oleh sesuatu pesawat. ~ utama (usaha) kegiatan atau usaha utk memulakan sesuatu. berdaya bertenaga; berupaya; mampu: Samad tidak ~ hendak mengangkat peti itu. Dia tidak ~ hendak membayar hutang-hutangnya. mendayai 1 memberi daya (kekuatan) kpd. 2 mengenakan pengaruh pd; mempengaruhi. 3 mengenakan tipu helah pd; mengakali. memperdaya melakukan tipu helah (muslihat); menipu: Dlm cerita kanak-kanak, sang kancil selalu ~ binatang-binatang hutan yg lain. terdaya berkemampuan membuat sesuatu; berupaya; bertenaga; terbuat: Tidak ~ olehnya mengangkat tong yg berat itu. terperdaya tertipu: Perempuan itu telah ~ oleh rayuan dan pujukan lelaki yg tidak bertanggungjawab itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sawat | 1 tali dll yg diselendangkan atau yg dibelitkan: ~ sandang tali tempat menggantungkan pedang atau keris. 2 kep pesawat (digunakan dlm gabungan kata): tenaga ~ tenaga yg dihasilkan oleh jentera (mesin dsb). pesawat 1 segala jenis alat yg digunakan utk mendapatkan tenaga; mesin; jentera: Air tidak dpt dipam naik kerana ~nya rosak. 2 alat (bahagian dlm jentera dsb) yg menggerakkan atau yg menjalankan jentera. ~ asap (wap) jentera yg dijalankan dgn tenaga wap. ~ radio alat utk menerima siaran radio. ~ telefon alat utk berhubung dgn seseorang melalui telefon. ~ terbang (udara) kapal terbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekuatan | 1 tenaga; daya: Umurnya beransur tua dan ~nya pun makin berkurang. 2 keadaan kuat; keteguhan; kekukuhan: Kita hendaknya janganlah mengecil-ngecilkan ~ pihak musuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekuatan | 1. tenaga, daya: makanan spt gula dan lemak menambah ~ badan; 2. kekuasaan, keteguhan, kekukuhan: ~ musuh tidak dapat diduga; ~ batin (hati) kekuatan yg terdapat dlm batin manusia, kekuatan yg bukannya bersifat keduniaan (kebendaan); ~ iman keteguhan iman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perburuhan | 1. tenaga (usaha) buruh: membawa masuk orang India ialah satu jalan mengadakan ~ murah; 2. perihal buruh atau memburuh: perkara ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
habis-habisan | 1 sekuat-kuat tenaga; sepenuh tenaga: Malayan Union mesti ditentang ~, kalau tidak orang Melayu akan hilang di dunia. 2 sedapat mungkin; sebanyak yg dpt: Kerana terlalu marah, dia mencela orang itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alam I | 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak kelihatan (tempat orang mati hingga hari kiamat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyembunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |