bausuku | Jw ark tenaga pekerja, pekerja-pekerja wajib (utk kerajaan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenaga pekerja | orang yg bekerja, orang yg mengerjakan sesuatu, kakitangan: wanita ialah ~ manusia yg merupakan harta terpendam yg belum dihargai sepenuh-penuhnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luang | 1 ruang yg kosong; kelapangan (tempat atau waktu): Orang terlalu banyak sehingga utk berdiri pun tidak ada ~ lagi. 2 kekosongan jawatan (tenaga pekerja). meluangkan mengosongkan tempat dll; melapangkan masa dll: Dia selalu ~ masa utk mengajar anaknya. terluang 1 kosong (bkn tempat dsb); lapang: Dlm stadium itu, tiada langsung tempat yg ~. 2 kosong (mengenai jawatan): Sekarang ini terlalu sukar utk mencari pekerjaan yg ~. 3 tidak sibuk; senggang: Setiap masa yg ~ dihabiskan dgn mengulang kaji pelajaran. peluang kesempatan yg baik: Semasa cuti, dia mendapat ~ pergi ke Bukit Fraser. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menuntut | 1. meminta dgn mendesak (supaya dilakukan, dipenuhi, dll): pekerja-pekerja ~ supaya dinaikkan gaji; 2. meminta supaya dijelaskan (hutang dll), menagih hutang: pekedai-pekedai tidak berani lagi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggan mereka; 3. hendak memulangkan kembali perbuatan yg telah dilakukan kepada seseorang, hendak mengimbangi kembali (kejahatan orang dll), melakukan sesuatu yg setimpal: perbuatan si dajal itu mesti dituntut; 4. mempertahankan (hak atas sesuatu), menjaga, memelihara: hak pengarang dituntut; 5. berusaha dgn keras (utk mendapatkan sesuatu), bekerja sungguh-sungguh (utk mencapai tujuan dll): mereka telah banyak mengorbankan tenaga dan harta dlm perjuangan mereka ~ kebebasan itu; 6. berusaha utk mencari ilmu (pengetahuan dll), mempelajari: anak-anaknya dihantar ~ ilmu ke tempat yg lebih maju; 7. mewajibkan, mengharuskan, menjadikan kemestian (agar dilakukan dsb sesuatu): kita hendaklah menunaikan kewajiban kita spt yg dituntut oleh agama kita; isinya tidak ~ kita berfikir jauh; 8. membawa perkara ke mahkamah (utk diadili), mendakwa: mereka yg melanggar undang-undang negara akan dituntut; 9. sl menuju ke, menghala ke; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuntut | ; menuntut 1. meminta dgn mendesak (supaya dilakukan, dipenuhi, dll): pekerja-pekerja ~ supaya dinaikkan gaji; 2. meminta supaya dijelaskan (hutang dll), menagih hutang: pekedai-pekedai tidak berani lagi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggan mereka; 3. hendak memulangkan kembali perbuatan yg telah dilakukan kepada seseorang, hendak mengimbangi kembali (kejahatan orang dll), melakukan sesuatu yg setimpal: perbuatan si dajal itu mesti dituntut; 4. mempertahankan (hak atas sesuatu), menjaga, memelihara: hak pengarang dituntut; 5. berusaha dgn keras (utk mendapatkan sesuatu), bekerja sungguh-sungguh (utk mencapai tujuan dll): mereka telah banyak mengorbankan tenaga dan harta dlm perjuangan mereka ~ kebebasan itu; 6. berusaha utk mencari ilmu (pengetahuan dll), mempelajari: anak-anaknya dihantar ~ ilmu ke tempat yg lebih maju; 7. mewajibkan, mengharuskan, menjadikan kemestian (agar dilakukan dsb sesuatu): kita hendaklah menunaikan kewajiban kita spt yg dituntut oleh agama kita; isinya tidak ~ kita berfikir jauh; 8. membawa perkara ke mahkamah (utk diadili), mendakwa: mereka yg melanggar undang-undang negara akan dituntut; 9. sl menuju ke, menghala ke; ~ balas a) membalas sesuatu perbuatan, membalas dendam; b) (Udg) membuat sesuatu tuntutan yg menentang tuntutan lain, ter-utamanya dlm tindakan sivil oleh defendan terhadap plaintif; ~ bela membalas dgn mem-bunuh seseorang yg telah membunuh orang lain; ~ dakwa mengemukakan pengaduan kpd hakim; ~ janji meminta supaya menepati janji; ~ maaf meminta maaf; ~ malu membalas sesuatu perbuatan jahat yg memalukan; tuntutan sesuatu yg dituntut, permintaan dgn mendesak (supaya dilakukan sesuatu dll), dakwaan, gugatan: badan itu seharusnya berhak berunding terus dgn kerajaan mengenai semua ~ drpd persatuan tersebut; ~ balas (Udg) tuntutan yg dibuat bertentangan dgn suatu tuntutan lain, terutamanya oleh defendan terhadap plantif dlm sesuatu tindakan sivil; penuntutan perihal menuntut (meminta): ~ gaji sama, perbaikan nasib wanita-wanita yg malang, semuanya harus mendapat perhatian yg lebih berat drpd pemerintah; ~ darah penuntutan bela; penuntut 1. orang yg menuntut (perkara), pendakwa: ~ takhta; ~ umum Id pegawai undang-undang yg mendakwa, pendakwa raya; 2. orang yg belajar (mencari ilmu), murid, pelajar: ~ sekolah menengah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
obral | Id 1. menjual dgn harga murah (kerana hendak menghabiskan barang-barangnya): tukang-tukang jual kain ~ sangat lucunya, mulut mereka bersorak-sorak; 2. ki membuang (mengeluarkan, memakai, dll) banyak-banyak; ~ pekerja membuang pekerja banyak-banyak; ~ tenaga menggunakan tenaga banyak-banyak, memboroskan tenaga; mengobralkan 1. menjual secara obral; 2. mengeluarkan (memakai dll) banyak-banyak, membualkan (perkataan dll), memboroskan (barang-barang, tenaga, dll); obralan barang-barang yg diobralkan; pengobralan perihal atau perbuatan mengobralkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurang | 1. tidak atau belum sampai kpd angka (ukuran, takat, dll) yg tertentu, tidak atau belum cukup (genap, lengkap, sampai, tepat, dll): tidak dapat dibayarnya harga tersebut kerana wangnya ~; sudah pun disusun rancangan mengirim pekerja-pekerja ke tempat-tempat yg ~ tenaga buruhnya; 2. utk menyatakan bilangan atau banyaknya yg belum cukup utk mencapai jumlah genap yg tertentu, tersedikit sebanyak (satu, dua, dll) utk menjadi atau mencapai (sesuatu jumlah dsb): ~ dua seratus dua lagi cukup atau genap seratus; ~ dua tahil empat kati dua tahil lagi menjadi empat kati; 3. lebih rendah atau sedikit drpd sesuatu apabila diperbandingkan: banyaknya hasil padi tahun ini ~ drpd hasil tahun lepas; nilai barang-barang yg diimport ~ drpd yg dieksport; bertambah ~ menjadi makin kurang (drpd keadaan sebelumnya); 4. tidak berapa (baik, maju, sihat, dll), tidak begitu; ~ maju tidak berapa maju; ~ manis a) tidak berapa manis (kerana tidak cukup gulanya, agak tawar; b) tidak berapa manis atau tertib (bkn tingkah laku dsb), kurang sopan; ~ mengerti; ~ pasti; ~ percaya; 5. tidak sempurna (terdapat kelemahan dsb), cacat, cela: cerpen itu tidak dapat disiarkan kerana banyak ~nya; 6. Id ditolak, diambil: lima ~ satu tinggal empat; ~ adat tidak sopan; ~ ajar tidak sopan, buruk (kasar) budi pekertinya; ~ akal a) bodoh; b) agak gila; ~ asam bp kurang ajar; ~ bahasa tidak bersopan santun, tidak halus budi bahasanya; ~ beres a) tidak berapa beres; b) agak gila sedikit; ~ darah penyakit atau keadaan tubuh yg lemah disebabkan tidak cukup darah dlm tubuh; ~ fikir tidak difikirkan (dikaji) betul-betul; ~ hati tidak berminat; ~ ingat a) tidak berapa ingat; b) kurang hati-hati, kurang berjaga-jaga; ~ jadi tidak berapa banyak atau memuaskan buahnya atau hasilnya (bkn pokok buah-buahan, padi, dll); ~ jantan pengecut, penakut; ~ lebih = lebih ~ kira-kira, di sekitar (sesuatu angka dll); ~ makan (minum, tidur, dsb) tidak cukup makan (minum, tidur, dsb); ~ periksa tidak tahu (sesuatu perkara, keadaan, dsb); ~ sara Kl agak gila sedikit; ~ tenaga a) tidak mempunyai tenaga atau kekuatan; b) tidak cukup pekerja; ~ terima (penerimaan) tidak berapa menyambut baik (tidak berterima kasih), tidak senang; ~ umur belum cukup umur, belum mencapai umur yg ditentukan (utk sesuatu); ~ kerat, rengkuh yg lebih prb usaha tiada seberapa, hanya cakap yg lebih; ~ tambah-menambah, senteng bilai-membilai prb sesuatu pekerjaan hendaklah dikerjakan bersama-sama (dgn bergotong-royong) supaya sempurna; kurang-kurang 1. sekiranya kurang (tidak cukup atau memadai), jika tidak: ~ laku barang ini rugi besar nanti; 2. sangat kurang, makin kurang: ~ dikerah orang, lebih-lebih ia hendak datang; sekurang-kurangnya 1. paling kurang, yg tersedikit, serendah-rendahnya: perbelanjaan yg diperlukan utk melaksanakan rancangan itu ~ satu juta ringgit; kebanyakan penduduk di sini memiliki bendang ~ tiga ekar tiap-tiap satu keluarga; 2. setidak-tidaknya: bagaimana kejam sekali pun mereka, ~ tentu mempunyai belas kasihan terhadap seorang bayi; berkurang menjadi kurang, bertambah (makin) sedikit atau susut drpd sebelumnya, bertambah sembuh (penyakit): pd ketika itu tamu sudah mulai ~ kerana hari sudah jauh malam; penyakitnya ~ sesudah ia berehat; mengurang menjadi kurang (susut); mengurangi menjadikan berkurang (kerapnya, derasnya, hebatnya, dll), menyusuti: sebuah motokar di sisiku tiba-tiba ~ kecepatan, hampir ia berhenti; mengurangkan 1. menjadikan kurang, menyusutkan, memotong (menjadikan sedikit): rancangan pembangunan negara akan ~ bilangan orang yg menganggur; langkah-langkah kesihatan telah diambil utk ~ bahaya penyakit; 2. memotong (mengambil, menolak) dr (sesuatu jumlah dsb): harganya akan dikurangkan 20% jika dibayar tunai; terkurang kurang banyak (kuat, lama, dll) drpd, tersedikit drpd: daya tarikan bumi di Madras, India, adalah ~ sedikit drpd tarikan bumi di Honolulu, Hawai; sel-sel darah putih itu jauh ~ jumlah bilangannya drpd sel-sel darah merah; kekurangan 1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu; kekurang...an perihal (keadaan) kurang ...: kekurangajaran, kekurangsenangan, berkekurangan mempunyai kekurangan: hidupnya tidak ~ dan dapat dikatakan senang juga; perkurangan perihal berkurang; pengurangan perihal atau perbuatan mengurangi (mengurangkan), penyusutan: ~ tentera tidak mungkin dapat dilakukan selagi keadaan belum aman; pengurang Id bilangan (angka) utk mengurangi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kolar I | bahagian baju (kemeja) yg berlipat di keliling leher: sebentar-sebentar dibetulkan tali lehernya dan ~ kemejanya; (kerja, pekerja, dsb) ~ biru (kerja, pekerja, dsb) yg berkaitan dgn pelaksanaan tugas-tugas yg lebih memerlukan kekuatan dan tenaga fizikal (spt kerja-kerja kilang dsb); (kerja, pekerja, dsb) ~ putih (kerja, pekerja, dsb) yg tergolong dlm bidang pengurusan (profesional, perkeranian, dsb) yg lebih memerlukan daya berfikir dan bukannya kekuatan tenaga; berkolar mempunyai kolar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenaga | 1 kekuatan utk memungkinkan seseorang melakukan sesuatu; daya: Dia tidak mempunyai ~ hendak membuat kerja itu. 2 = ~ kerja orang yg mengerjakan sesuatu; pekerja; kakitangan: Wanita ialah ~ manusia yg belum dihargai sepenuhnya. 3 kuasa yg dikeluarkan atau yg terdapat drpd sesuatu. ~ atom tenaga yg dikeluarkan oleh atom. ~ elektrik tenaga yg diperoleh drpd geseran atau drpd tindakan kimia. ~ gerak (kinetik) tenaga yg terdapat pd sesuatu yg bergerak (spt pd air yg mengalir). ~ haba tenaga dlm bentuk haba (utk memanaskan sesuatu). ~ ikatan ist tenaga yg diperlukan utk memutuskan ikatan dlm molekul. ~ kimia tenaga yg dimiliki oleh sesuatu bahan kimia, yg akan dibebaskan semasa tindak balas kimia. ~ kuda ukuran utk menyukat kekuatan enjin dll. ~ nuklear tenaga yg terhasil drpd tidak balas nukleus; tenaga atom. ~ pengajar orang yg ahli atau yg berkelayakan utk mengajarkan sesuatu mata pelajaran, bidang ilmu, kemahiran dsb. ~ pengionan ist tenaga minimum yg diperlukan utk menyingkirkan satu elektron drpd satu atom atau ion gas. ~ sawat (mekanik) tenaga yg terdapat pd mesin. ~ suria tenaga yg diperoleh drpd cahaya matahari. ~ wap (stim) tenaga yg diperoleh drpd wap. bertenaga mempunyai tenaga; berdaya: Dia tidak ~ lagi utk meneruskan perlawanan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tenaga | 1. kekuatan yg membolehkan seseorang membuat sesuatu (pergerakan dll), daya: selesai makan, dia kini berenang, seolah-olah dia dapat ~ drpd nasi dan lauk ayam yg telah dijampi oleh neneknya; 2. kegiatan utk melakukan sesuatu: seluruh ~ rakyat disalurkan utk meninggikan ekonomi negara; 3. = ~ pekerja orang yg bekerja, orang yg mengerjakan sesuatu, kakitangan: wanita ialah ~ manusia yg merupakan harta terpendam yg belum dihargai sepenuh-penuhnya;~ atom = ~ nuklear (Fiz) tenaga yg terhasil drpd tindak balas atom atau nukleusnya; ~ baru orang-orang (yg akan memberi tenaga mereka) baru; ~ batin a) keupayaan melaku-kan hubungan seks; b) kekuatan yg timbul drpd wujudnya daya jiwa atau semangat juang dlm diri seseorang, kekuatan batin: dgn ~ batin yg baru, mereka sanggup melepaskan diri dr tradisi yg nampaknya semakin kuat mengikat kaum penulis kita; ~ buruh seluruh pekerja; ~ elektrik tenaga yg dihasilkan oleh kuasa elektrik; ~ gerak tenaga yg terdapat pd sesuatu yg bergerak (air yg mengalir dll); ~ ikatan (Kim) tenaga yg diperlukan utk memutuskan ikatan dlm molekul; ~ kimia (Kim) tenaga yg dimiliki oleh sesuatu bahan kimia, yg akan dibebaskan semasa tindak balas kimia; ~ kinetik (Fiz) tenaga yg ada pd sesuatu jasad akibat pergerakannya; ~ kuda bp kuasa kuda; ~ nuklear tenaga atom; ~ pengajar orang yg ahli atau berkelayakan utk mengajarkan sesuatu mata pelajaran, bidang ilmu, ke-mahiran dsb; ~ pengaktifan (Kim) tenaga yg perlu diatasi oleh bahan tindak balas sebelum tindak balas berlaku; ~ pengionan (Kim) tenaga minimum yg diperlukan utk menying-kirkan satu elektron dr satu atom atau ion gas; ~ sawat tenaga pd sesuatu mesin; ~ sinaran (Fiz) tenaga yg dipancarkan dlm bentuk sinaran (terutama sinaran elektromagnet); ~ suria tenaga yg diperoleh drpd matahari, iaitu tenaga cahaya, tenaga ultraungu dan tenaga haba; ~ wap tenaga drpd wap; bertenaga 1. mempunyai (memperlihatkan) tenaga, ada tenaganya, berkekuatan, berdaya: dia tidak ~ utk membuat kerja itu; penulis yg dikira kurang ~ dlm penghasilan kreatif; memperkemas gaya pengucapan agar lebih ~; 2. rajin, giat (bekerja dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |