tengadah | menghala ke atas (bkn kepala atau muka); lw tunduk: Sudah terhantuk baru ~. menengadah memandang ke atas; mengangkat kepala; mendongak: Dia ~ melihat burung-burung yg bertengger di pohon itu. menengadahkan; ~ kepala (muka) menghalakan kepala (muka) ke atas; mendongakkan kepala (muka). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tengadah | memandang ke atas, lwn tunduk: kemudian ~ ia ke langit; tunduk ~ a) sebentar tunduk sebentar memandang ke atas; b) berfikir dgn sungguh-sungguh, bekerja dgn tekun; menengadah memandang ke atas, mengangkat kepala (tidak menunduk): aku ~ ke atas ke siling kamar; ~ matahari ki menentang pemerintah (pembesar); ~ membilang layas, menangkup mem-bilang lantai prb hendaklah difikirkan masak-masak sebelum membuat sesuatu pekerjaan; menengadahkan; ~ kepala (muka) mengangkat kepala (muka) melihat ke atas, mendongakkan muka (kepala). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tengadah | menengadahkan; ~ kepala (muka) menghalakan kepala (muka) ke atas; mendongakkan kepala (muka). | Kamus Pelajar |
tengadah | menghala ke atas (bkn kepala atau muka); lw tunduk: Sudah terhantuk baru ~. menengadah memandang ke atas; mengangkat kepala; mendongak: Dia ~ melihat | Kamus Pelajar |
tunduk tengadah | sebentar tunduk sebentar tengadah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunduk | 1. kepala atau muka condong ke hadapan, lwn mencongak (tengadah): suara ketawanya berdekah-dekah, hingga ia ~ menekan perut; 2. tidak tegak (batang padi dll), condong, merunduk; 3. menyerah kalah kpd, mengaku kalah, takluk: negeri Jurjan, telah ~ juga ke bawah pemerintahan Said itu; 4. menurut perintah (aturan dll), patuh, taat: Hanafi ~ kpd kemahuan atau paksaan kaum keluarganya utk berkahwin dgn Rapiah; ~ diam duduk diam kerana kecewa dll; ~ menyembah bertekur kerana menyembah; ~ tengadah sebentar tunduk sebentar tengadah; bertunduk sl mencondongkan kepala (muka) ke hadapan, membongkokkan kepala (muka) ke hadapan: maka diamlah jurumudi seraya ~ kepalanya; menunduk lwn menengadah, tunduk: dia ~ mengambil akhbar-akhbar mingguan yg terbiar di atas lantai; dlm ~ ia menyonggeng prb seseorang yg berlainan mulut dgn hatinya; menundukkan 1. menjadikan kepala (muka) condong ke hadapan, menghala pandangan ke bawah, menekurkan kepala: gadis itu ~ kepalanya bagaikan ada sesuatu yg hendak dicarinya; 2. mengalahkan hingga menyerah, menaklukkan, menewaskan (lawan dlm per-mainan dll): Nobunaga membuat rancangan hendak menakluki negeri China apabila sudah selesai ~ enam puluh enam kerajaan negeri Jepun; seorang pemain yg masih belum begitu dikenali kehandalannya berjaya ~ Tan Aik Huang; ketundukan perihal tunduk, kekalahan, kepatuhan, ketaatan, ketewasan; penundukan perihal menundukkan; petunduk, penunduk = ilmu ~ (musuh) mantera utk menundukkan orang atau musuh (supaya menurut kata atau mengaku kalah); tali ~ tali yg dipasang pd hujung kayu penegang layar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunduk tengadah | ~ a) sebentar tunduk sebentar memandang ke atas; b) berfikir dgn sungguh-sungguh, bekerja dgn tekun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ngadah | bp menengadah; ® tengadah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhantuk | menghantuk sesuatu dgn tidak sengaja, terlanggar, terbentur, tersandung (kaki): kakinya ~ pd batu; sudah ~ baru tengadah prb sesudah terkena (mendapat kesusahan dsb) baru beringat-ingat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hantuk | ; berhantuk berlanggar (bersentuhan) dgn: kepalanya ~ dgn dinding; berhantukan, berhantuk-hantuk saling berhantuk, berbenturan: kedengaran bunyi bangku dan kerusi ~;` menghantukkan melanggarkan sesuatu pd sesuatu, membenturkan: Ratna memegang kepala Kadir lalu dihantukkannya ke dindin`g; terhantuk menghantuk sesuatu dgn tidak sengaja, terlanggar, terbentur, tersandung (kaki): kakinya ~ pd batu; sudah ~ baru tengadah prb sesudah terkena (mendapat kesusahan dsb) baru beringat-ingat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |