Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tengking
Kata Terbitan : menengking, tengkingan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tengking1 bercakap dgn suara yg keras.Kamus Pelajar
tengking1. bunyi yg nyaring dan keras (spt bunyi ringkik kuda dll); 2. suara yg tinggi dan keras (suara orang marah, membentak, dll), bentak: abang Anuar selalu kena ~, marah dan hamun kalau dia tidak dapat menjawab soalan ayah; ~ herdik bermacam-macam bentak dan hamun, berbagai-bagai herdikan; bertengking 1. berkata dgn suara yg tinggi dan keras (membentak-bentak, mengherdik, dll); 2. bertengkar, berbantah; menengking 1. berkata-kata dgn suara yg keras; 2. memarahi dgn suara yg keras, memĀ­bentak, mengherdik: janganlah ditengking herdik dia kerana kesalahan yg kecil; tengking-menengking saling menengking; tengkingan kata-kata yg kasar dan keras, bentakan, herdikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tengking1 bunyi yg nyaring, spt bunyi ringkik kuda. 2 suara yg tinggi dan keras, spt suara orang marah: ~ herdik segala macam hamun dan bentak. menengking 1 bercakap dgn suara yg keras. 2 memarahi orang dgn suara yg keras; mengherdik: Dia ~ kulinya kerana tidak mengikut arahannya. tengkingan suara atau kata-kata utk menengking; bentakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tengking1 bunyi yg nyaring spt bunyi ringkik kuda dll.Kamus Pelajar
gerantang1. bunyi (suara) riuh-rendah; 2. ki gertak, tengking utk menakut-nakutkan; menggerantang menakut-nakutkan, menggertak.Kamus Dewan Edisi Keempat
tersembur1. terpercik (terpancar) keluar: seorang berdua berdekah gelak hingga ~ biji nasi yg masih belum terkunyah; 2. kena sembur, disembur; 3. terkeluar atau terbit dgn tiba-tiba (kata-kata dll): belum sempat Asrul melangkah keluar, tengking Puan Hayati ~ keluar; ~ gelak Mn tiba-tiba ketawa;Kamus Dewan Edisi Keempat
gertak Itengking (hentakan kaki, ugutan, dll) utk menakut-nakutkan, gerantang; ~-gerantang = ~ sambal ugutan utk menakut-nakutkan saja; kalah ~ Id kalah suara, kalah kerana diugut; main ~ suka menakutkan orang; menggertak mengugut (mengancam, menakutkan) dgn suara yg keras dll: ia berjalan di hadapanku dgn muka yg marah, ~, dan menakut-nakutkan; menggertakkan 1. menghentak atau mengacu (sesuatu) utk mengugut: digertakkannya perisainya kpd anjing itu; 2. memacu (kuda) supaya kencang larinya: Patan itu pun naiklah ke atas kuda itu lalu digertakkannya; 3. mengeritkan (gigi, geraham) kerana marah dll; 4. Kl menggoncang (bekas barang dll) supaya isinya padat; gertakan 1. gertak; 2. perbuatan menggertak; penggertak 1. orang yg menggertak; 2. perkakas utk menggertak; 3. benda utk memberanikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sembur1. sesuatu (kunyahan sirih dll) yg dipancutkan dr mulut (utk mengubat penyakit dll); ~ jampi (mantera) cara mengubat penyakit dgn jampi dan sembur; 2. ki kata-kata yg kasar (dikeluarkan kerana marah dll), makian, hamun: kelasi yg kena ~ ini kembali mem-bersihkan geladak spt biasa; spt polong kena ~ prb berlari lekas-lekas kerana ketakutan; bersembur-sembur keluar memancut atau memercik (darah, air, dll), berpancaran: dr belakang lehernya darah ~ keluar; bersembur-semburan saling memancarkan (air dll): mandi ~ di sungai; menyembur 1. keluar dgn memancut, me-mancar: sungai yg arusnya kuat, airnya merecik dan ~ menyebabkan udara di sekitarnya begitu nyaman; 2. = menyemburi mengubati (penyakit) dgn jampi dan sembur: ibu hanya disembur dgn air sirih dan jampi mantera; 3. = menyemburi memancarkan sesuatu (cat, air dll) pd: ~ dinding dgn cat berwarna biru; 4. ki mengeluarkan kata-kata dgn kasar, menghamun, memaki: drpd mulut-nya ~ entah beberapa ratus perkataan yg tidak dapat difahami; sembur-menyembur saling menyembur, ber-sembur-semburan; menyemburkan 1. memancarkan atau me-mancutkan sesuatu (kunyahan sirih, air, dll) drpd mulut: sambil itu ia ~ sepah-sepah sirih itu ke sekelilingnya; 2. memancarkan sesuatu kpd (dgn penyembur): Jamilah sedang ~ minyak wangi ke badan dan tengkuknya; tersembur 1. terpercik (terpancar) keluar: seorang berdua berdekah gelak hingga ~ biji nasi yg masih belum terkunyah; 2. kena sembur, disembur; 3. terkeluar atau terbit dgn tiba-tiba (kata-kata dll): belum sempat Asrul melangkah keluar, tengking Puan Hayati ~ keluar; ~ gelak Mn tiba-tiba ketawa; semburan 1. sesuatu yg terpancar (terĀ­pancut) keluar, pancaran: ~ halus minyak bahan api itu terbakar dgn serta-merta; 2. ki makian, marah: dgn ~ kata-kata itu, bapa berubah dr gelegar buluh ke kepala bendul; bersemburan keluar memancut atau memercik (darah, air, dll), bersembur-sembur: darah ~ keluar dr rusuknya; penyemburan perbuatan menyembur(kan); penyembur 1. sesuatu (ubat-ubatan dll) yg di-semburkan; 2. alat utk menyemburkan sesuatu: ~ cat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas