Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ten.tang] | تنتڠ

Definisi : 1. = di tentang berhadapan dgn, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah ..., berseberangan dgn: ~ sebuah potret yg ter­gantung di dinding ia berdiri diam-diam, memandang tenang-tenang; 2. lurus di atas, tepat di atas: surat drpd Khadijah, yg mengaku sahabat Hayati ini, laksana sebuah bom yg meletus di tentang kepalanya; 3. lebih kurang pd, kira-kira pd (di): maka Upu Daing Perani pun kenalah peluru meriam ~ dadanya; 4. = tentangan Mn terhadap, berkenaan: mereka memberikan perhatian ~ Bahasa Kebangsaan; 5. hal ..., perkara ...: kedua-dua syeikh itu berbahas ~ masalah akyan sabitah; 6. berkenaan dgn, berkaitan dgn, darihal, mengenai: Datuk Ujang sendiri masih samar-samar ~ apa yg dimaksudkan oleh kata-kata gadis itu; 7. akan ..., dlm hal: buku ini tidaklah lengkap, sama ada ~ isi baik pun ~ pen-jelasan isinya; di ~ langit, langit, di ~ bumi, bumi prb orang yg lemah sekali dan tiada tempat berharap;setentang berhadapan benar dgn, betul-betul di hadapan (di atas): rumah dia ~ benar dgn rumah saya; bersetentang, bersetentangan berada betul-betul berhadapan (di atas): beliau mengangkat mukanya dan memandang muka bapanya yg ~ di hadapannya; bertentang 1. berhadapan (dgn), bertemu hadap: dia berdiri tegak ~ dgn muka pintu yg terkatup rapat itu; 2. menghadap (ke), menghala (ke): buat jalan dr bawah tanah itu sampai ~ ke bawah rumahnya itu; ~ mata a) berhadapan muka, berpandang-pandangan; b) bertemu muka; bertentangan 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, ke­dudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. ber­lawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat; menentang 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menam­pik, mendaga, menolak (cadangan dll), me­nyang­gah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperi­kemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-per­atur­an bekerja ini akan didera; 6. meng­hadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angin; jangan ditentang matahari condong prb jangan dinanti atau dicari kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yg berkuasa; menentangi 1. menjumpai (bahaya, kesulitan, dll), menempuh, menghadapi: mereka sedikit pun tidak gentar ~ ancaman drpd pihak musuh itu; 2. melawan, memerangi; menentangkan menghadapkan, membawa ke muka: maka dihunusnya oleh Laksa­mana, lalu ditentangkannya di hadapan Seri Betara, lalu dipakainya; mempertentangkan menjadikan berten­tangan (berlawanan), menyemukakan: Baharum Rangkuti yg ~ seni dgn propaganda; tertentang 1. dapat dilihat (dipandang), ter­lihat, terpandang; 2. dapat dilawan (disanggah), terlawan; tiada ~ mata a) tidak dilihat (dipan-dang); b) = tidak ~ muka tidak berani ber-hadapan muka; tentangan 1. darihal, tentang; 2. apa yg diper­taruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumah­kulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberi-kan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, pe­nam­pilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan;pertentangan 1. perihal bertentang, per­lawanan: ~ terhadap penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang mempunyai ~ politik dgn orang Turki; penentangan perihal (tindakan dsb) menen-tang, penolakan, perlawanan: tentera Belgium tidak menerima apa-apa ~; penentang (orang dll) yg menentang: aku mahu semua orang tahu kita ~ pendapat Wan Umar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ten.tang] | تنتڠ

Definisi : 1 betul-betul berhadapan dgn: Dia tinggal ~ masjid. 2 lebih kurang pd; kira-kira pd: Ia terkena peluru pistol ~ dadanya. 3 bkn dgn; mengenai: Beliau akan bercakap ~ kemajuan ekonomi negeri ini. bertentang 1 berhadap. 2 menghadap ke: ~ mata berpandang-pandangan; berhadap muka. ber­ten­tangan 1 saling berhadap; ber­hadap-hadapan: Mereka duduk ~ dgn kami. 2 tidak sama (arah, pendapat dll); ber­­lawanan: arah yg ~. Pendapatnya ~ dgn pendapat saya. 3 ki tidak berbaik antara satu dgn yg lain; bermusuhan; berlawanan: Kami jarang-jarang bergaduh atau ~. menentang 1 memandang tepat-tepat pd sesuatu; menatap: Lapang hatinya dpt ~ wajah anak yg dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dll: Banyak perajurit yg telah terkorban dlm peperangan ~ musuh. 3 ki tidak menyetujui pendapat, usul dll; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dsb; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yg berani ~ usulnya itu. menentangkan meletakkan yg satu di hadapan yg lain; menghadapkan. mempertentangkan menjadikan ber­­lawanan; memperlaga­kan; mem­pertempurkan. tentangan 1 bkn dgn; tentang. 2 usaha atau apa-apa yg dilakukan utk menentang: Pasukan Jerman Barat telah memberikan ~ yg hebat kpd pasukan Argentina dlm pertandingan bola sepak Piala Dunia. pertentangan 1 perbuatan atau hal bertentang. 2 hal bertentangan atau berlawanan; per­lawanan. penentangan perbuatan atau hal menentang. penentang orang dll yg menentang. setentang betul-betul di hadapan atau di atas sesuatu: Sekolah itu ~ dgn rumah saya. bersetentang berada betul-betul ber­hadapan: Mata angin manakah yg ~ dgn utara? bersetentangan bersetentang dgn; berhadapan dgn: Dia duduk ~ adiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Buaya putih buaya keramat,
     Mari tentang lubuk batu;
Abang putih melawa sangat,
     Saya tidak memberi malu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tentang lubuk lepas tuba,
     tentang ikan akan mati.

Bermaksud :

Kemahuan atau pertanyaan hendaklah tepat pada waktu dan tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dalalah IIAr penerangan yg benar tentang Quran (tentang makna dsb yg terdapat di dalamnya); ® dalil.Kamus Dewan Edisi Keempat
tentang1. = di tentang berhadapan dgn, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah ..., berseberangan dgn: ~ sebuah potret yg ter­gantung di dinding ia berdiri diam-diam, memandang tenang-tenang; 2. lurus di atas, tepat di atas: surat drpd Khadijah, yg mengaku sahabat Hayati ini, laksana sebuah bom yg meletus di tentang kepalanya; 3. lebih kurang pd, kira-kira pd (di): maka Upu Daing Perani pun kenalah peluru meriam ~ dadanya; 4. = tentangan Mn terhadap, berkenaan: mereka memberikan perhatian ~ Bahasa Kebangsaan; 5. hal ..., perkara ...: kedua-dua syeikh itu berbahas ~ masalah akyan sabitah; 6. berkenaan dgn, berkaitan dgn, darihal, mengenai: Datuk Ujang sendiri masih samar-samar ~ apa yg dimaksudkan oleh kata-kata gadis itu; 7. akan ..., dlm hal: buku ini tidaklah lengkap, sama ada ~ isi baik pun ~ pen-jelasan isinya; di ~ langit, langit, di ~ bumi, bumi prb orang yg lemah sekali dan tiada tempat berharap;setentang berhadapan benar dgn, betul-betul di hadapan (di atas): rumah dia ~ benar dgn rumah saya; bersetentang, bersetentangan berada betul-betul berhadapan (di atas): beliau mengangkat mukanya dan memandang muka bapanya yg ~ di hadapannya; bertentang 1. berhadapan (dgn), bertemu hadap: dia berdiri tegak ~ dgn muka pintu yg terkatup rapat itu; 2. menghadap (ke), menghala (ke): buat jalan dr bawah tanah itu sampai ~ ke bawah rumahnya itu; ~ mata a) berhadapan muka, berpandang-pandangan; b) bertemu muka; bertentangan 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, ke­dudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. ber­lawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat; menentang 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menam­pik, mendaga, menolak (cadangan dll), me­nyang­gah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperi­kemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-per­atur­an bekerja ini akan didera; 6. meng­hadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angin; jangan ditentang matahari condong prb jangan dinanti atau dicari kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yg berkuasa; menentangi 1. menjumpai (bahaya, kesulitan, dll), menempuh, menghadapi: mereka sedikit pun tidak gentar ~ ancaman drpd pihak musuh itu; 2. melawan, memerangi; menentangkan menghadapkan, membawa ke muka: maka dihunusnya oleh Laksa­mana, lalu ditentangkannya di hadapan Seri Betara, lalu dipakainya; mempertentangkan menjadikan berten­tangan (berlawanan), menyemukakan: Baharum Rangkuti yg ~ seni dgn propaganda; tertentang 1. dapat dilihat (dipandang), ter­lihat, terpandang; 2. dapat dilawan (disanggah), terlawan; tiada ~ mata a) tidak dilihat (dipan-dang); b) = tidak ~ muka tidak berani ber-hadapan muka; tentangan 1. darihal, tentang; 2. apa yg diper­taruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumah­kulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberi-kan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, pe­nam­pilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan;pertentangan 1. perihal bertentang, per­lawanan: ~ terhadap penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang mempunyai ~ politik dgn orang Turki; penentangan perihal (tindakan dsb) menen-tang, penolakan, perlawanan: tentera Belgium tidak menerima apa-apa ~; penentang (orang dll) yg menentang: aku mahu semua orang tahu kita ~ pendapat Wan Umar.Kamus Dewan Edisi Keempat
konseptualisasi(konséptualisasi) pembentukan konsep tentang sesuatu: dia membuat ~ tentang pendidikan; mengkonseptualisasikan mengkonsepsi­kan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ahli falakorang yg pakar tentang cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dsb bulan, bintang, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
tuah1. untung (yg berlebihan), bahagia: ia me­mikir­kan tentang hal dirinya sendiri, tentang ~ dan celaka nasibnya sendiri; di tengah-tengah hidup yg malang kami di­limpahi ~; mengadu ~ mengadu untung (ber­serah kpd nasib); menolak ~ melepaskan peluang baik; untung ada ~ tiada ada pen­dapatan tetapi tidak kaya (kaya tetapi tidak pula terkenal); 2. pengaruh (kuasa) yg mem­bawa keuntungan (kebahagiaan dll), keramat, sakti: tangkal-tangkal itu dikatakan mem­punyai ~ yg besar; 3. keistimewaan (kehor­matan, kemuliaan, kemasyhuran, dll); ~ badan untung diri seseorang; ~ berma Br tanda merah pd bayi ketika dilahirkan; ~ periuk Br tompok-tompok biru tua pd bayi ketika dilahirkan; ~ anjing celaka kuda prb sesuatu yg menjadi kebahagiaan pd seseorang mungkin menjadi kecelakaan pd orang lain; ~ ayam boleh dilihat, ~ manusia siapa tahu? prb tiada siapa dapat menentukan untung nasib seseorang itu; ~ kerbau gemuk, ~ lumbung berisi, ~ manusia semuafakat prb kerbau terpuji kalau ia gemuk, lumbung kalau berisi padi, dan manusia pula kalau sepakat (bersatu); ~ melambung tinggi, celaka menimpa badan prb orang yg ditimpa oleh kesusahan besar; ~ sebesar bukit, celaka menimpa badan prb orang yg pandai tetapi tidak tetap pekerjaan-nya, oleh itu penghidupannya menjadi susah; menghijau ~, najis keluar prb kerana hendak-kan kemu­liaan (kehormatan) seseorang boleh men­dapat kehinaan; tiada tertikam ~ oleh berani prb orang yg bertuah itu tidak dapat dialahkan dgn keberanian; bertuah 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung: ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani melawan ayamnya itu; keris ~ keris sakti; 3. ark ketulahan, terpesona; hendak kaya berdikit-dikit hendak ~ tertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb jimat cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani; sudah dapat gading ~ tanduk tiada berguna lagi prb sudah mendapat yg lebih baik yg kurang baik ditinggalkan; menuahi 1. mendatangkan tuah (kebaikan, kebahagiaan, dll), memberkati; 2. mengatakan bertuah; menuahkan 1. menghebah-hebahkan (men-cerita-ceritakan) keistimewaan (kekayaan, kemuliaan) orang; 2. = ~ menjadi... menentukan dll menjadi...; ketuahan 1. memperoleh tuah; 2. kesaktian (keris dll), keunggulan (kemuliaan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kemanusiaanperihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
generalisasi(géneralisasi) kesimpulan umum tentang sesuatu (peristiwa, fenomena) yg dibuat tanpa berdasarkan bukti yg lengkap: Klapper memaparkan ~ tentang kesan komunikasi massa; menggeneralisasikan merumuskan atau mementuk kesimpulan umum tentang sesuatu perkara: ramai orang suka ~ hal ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
falsafahpengetahuan tentang pengertian yg dianggap sbg ilmu yg tertinggi yg menjadi dasar ilmu-ilmu lain; ahli ~ orang yg ahli dlm falsafah, ahli fikir; berfalsafah memikirkan secara mendalam tentang sesuatu: sekarang ia pandai ~ dan berbicara tentang manusia dan kemanusiaan; kefalsafahan segala hal (sifat, ciri) yg berkaitan dgn falsafah: yg penting, adanya nada ~ di dalamnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
pernyataan1. kata-kata dsb yg menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman: satu kajian tentang bahan-bahan galian arkeologi dan juga ~ ke­percayaan dan pengetahuan tentang ber­cucuk tanam; 2. kenyataan rasmi yg di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media: ~ bersama;Kamus Dewan Edisi Keempat
perihal1. keadaan: sebenarnya saya merantau ke Sumatera ini kerana hendak melihat adat temasya dan ~ negeri-negeri Melayu di sini; 2. hal, kejadian, peristiwa: telah dilihat oleh baginda ~ itu, maka baginda pun terlalu marah; 3. tentang hal (kejadian dll), tentang keadaan, mengenai (sesuatu atau seseorang): ia bertanya ~ nasib ibunya sepeninggalannya hampir-hampir dua tahun itu; memerihalkan mengisahkan, mencerita­kan, menyatakan (tentang sesuatu) dgn jelas,menerangkan, menghuraikan: boleh dikatakan ketiga-tiga teks itu agak lengkap ~ cara istiadat itu dilaksanakan; perihalan sesuatu yg diperihalkan: ~ tentang potensi bagi percubaan; keperihalan kisah, keterangan, huraian: ~ sejarah yg terkhusus; pemerihalan pemberian keterangan (penjelasan), penjelasan, penghuraian; pemerihal yg memerihalkan, yg mengisah­kan (menerangkan dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas