Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tentang1 betul-betul berhadapan dgn: Dia tinggal ~ masjid. 2 lebih kurang pd; kira-kira pd: Ia terkena peluru pistol ~ dadanya. 3 bkn dgn; mengenai: Beliau akan bercakap ~ kemajuan ekonomi negeri ini. bertentang 1 berhadap. 2 menghadap ke: ~ mata berpandang-pandangan; berhadap muka. ber­ten­tangan 1 saling berhadap; ber­hadap-hadapan: Mereka duduk ~ dgn kami. 2 tidak sama (arah, pendapat dll); ber­­lawanan: arah yg ~. Pendapatnya ~ dgn pendapat saya. 3 ki tidak berbaik antara satu dgn yg lain; bermusuhan; berlawanan: Kami jarang-jarang bergaduh atau ~. menentang 1 memandang tepat-tepat pd sesuatu; menatap: Lapang hatinya dpt ~ wajah anak yg dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dll: Banyak perajurit yg telah terkorban dlm peperangan ~ musuh. 3 ki tidak menyetujui pendapat, usul dll; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dsb; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yg berani ~ usulnya itu. menentangkan meletakkan yg satu di hadapan yg lain; menghadapkan. mempertentangkan menjadikan ber­­lawanan; memperlaga­kan; mem­pertempurkan. tentangan 1 bkn dgn; tentang. 2 usaha atau apa-apa yg dilakukan utk menentang: Pasukan Jerman Barat telah memberikan ~ yg hebat kpd pasukan Argentina dlm pertandingan bola sepak Piala Dunia. pertentangan 1 perbuatan atau hal bertentang. 2 hal bertentangan atau berlawanan; per­lawanan. penentangan perbuatan atau hal menentang. penentang orang dll yg menentang. setentang betul-betul di hadapan atau di atas sesuatu: Sekolah itu ~ dgn rumah saya. bersetentang berada betul-betul ber­hadapan: Mata angin manakah yg ~ dgn utara? bersetentangan bersetentang dgn; berhadapan dgn: Dia duduk ~ adiknya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tentangan1 bkn dgn; tentang. 2 usaha atau apa-apa yg dilakukan utk menentang: Pasukan Jerman Barat telah memberikan ~ yg hebat kpd pasukan Argentina dlm pertandingan bola sepak Piala Dunia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tentangan1. darihal, tentang; 2. apa yg diper­taruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumah­kulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberikan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, pe­nam­pilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tentangan1 bkn dgn; tentang.Kamus Pelajar
tentang1. = di tentang berhadapan dgn, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah ..., berseberangan dgn: ~ sebuah potret yg ter­gantung di dinding ia berdiri diam-diam, memandang tenang-tenang; 2. lurus di atas, tepat di atas: surat drpd Khadijah, yg mengaku sahabat Hayati ini, laksana sebuah bom yg meletus di tentang kepalanya; 3. lebih kurang pd, kira-kira pd (di): maka Upu Daing Perani pun kenalah peluru meriam ~ dadanya; 4. = tentangan Mn terhadap, berkenaan: mereka memberikan perhatian ~ Bahasa Kebangsaan; 5. hal ..., perkara ...: kedua-dua syeikh itu berbahas ~ masalah akyan sabitah; 6. berkenaan dgn, berkaitan dgn, darihal, mengenai: Datuk Ujang sendiri masih samar-samar ~ apa yg dimaksudkan oleh kata-kata gadis itu; 7. akan ..., dlm hal: buku ini tidaklah lengkap, sama ada ~ isi baik pun ~ pen-jelasan isinya; di ~ langit, langit, di ~ bumi, bumi prb orang yg lemah sekali dan tiada tempat berharap;setentang berhadapan benar dgn, betul-betul di hadapan (di atas): rumah dia ~ benar dgn rumah saya; bersetentang, bersetentangan berada betul-betul berhadapan (di atas): beliau mengangkat mukanya dan memandang muka bapanya yg ~ di hadapannya; bertentang 1. berhadapan (dgn), bertemu hadap: dia berdiri tegak ~ dgn muka pintu yg terkatup rapat itu; 2. menghadap (ke), menghala (ke): buat jalan dr bawah tanah itu sampai ~ ke bawah rumahnya itu; ~ mata a) berhadapan muka, berpandang-pandangan; b) bertemu muka; bertentangan 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, ke­dudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. ber­lawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat; menentang 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menam­pik, mendaga, menolak (cadangan dll), me­nyang­gah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperi­kemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-per­atur­an bekerja ini akan didera; 6. meng­hadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angin; jangan ditentang matahari condong prb jangan dinanti atau dicari kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yg berkuasa; menentangi 1. menjumpai (bahaya, kesulitan, dll), menempuh, menghadapi: mereka sedikit pun tidak gentar ~ ancaman drpd pihak musuh itu; 2. melawan, memerangi; menentangkan menghadapkan, membawa ke muka: maka dihunusnya oleh Laksa­mana, lalu ditentangkannya di hadapan Seri Betara, lalu dipakainya; mempertentangkan menjadikan berten­tangan (berlawanan), menyemukakan: Baharum Rangkuti yg ~ seni dgn propaganda; tertentang 1. dapat dilihat (dipandang), ter­lihat, terpandang; 2. dapat dilawan (disanggah), terlawan; tiada ~ mata a) tidak dilihat (dipan-dang); b) = tidak ~ muka tidak berani ber-hadapan muka; tentangan 1. darihal, tentang; 2. apa yg diper­taruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumah­kulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberi-kan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, pe­nam­pilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan;pertentangan 1. perihal bertentang, per­lawanan: ~ terhadap penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang mempunyai ~ politik dgn orang Turki; penentangan perihal (tindakan dsb) menen-tang, penolakan, perlawanan: tentera Belgium tidak menerima apa-apa ~; penentang (orang dll) yg menentang: aku mahu semua orang tahu kita ~ pendapat Wan Umar.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertentangan1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, ke­dudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. ber­lawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat;Kamus Dewan Edisi Keempat
acuman1. hasutan; 2. tentangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
sanggah; menyanggah 1 tidak me­nyetujui pendapat orang; memban­tah: Dia tidak berani ~ kata-kataku. 2 memberi tentangan; menentang: Rakyat telah bangun ~ raja yg zalim itu. sanggahan bantahan atau tentangan terhadap sesuatu. penyanggahan per­buatan atau hal menyanggah. pe­nyanggah 1 orang yg menyanggah; penentang. 2 (orang yg) suka me­nyanggah; (orang yg) tidak mahu menurut kata orang lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
acummengacum 1. menghasut supaya bermusuhan dsb: dicarinya akal utk ~ adik-beradik itu supaya bermusuhan; 2. mengajak berkelahi, menentang: ~ lawan; 3. Kd meng­adu pd seseorang; acuman 1. hasutan; 2. tentangan; pengacum 1. penghasut; 2. penentang, orang yg menentang.Kamus Dewan Edisi Keempat
lawan1. pasangan yg tepat, jodoh: ulam ~nya sambal; ~ menari pasangan menari; 2. imbangan, tandingan: kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di kampung kami; 3. musuh (dlm peperangan, permainan, sukan, dll), tentangan: tuan telah berjaya mengalahkan ~ tuan; 4. tentangan (spt laki-laki dgn perem­puan), kebalikannya: kecil ~nya besar; gelap ~nya terang; 5. = melawan: jikalau dapat, kami ~; jikalau tidak dapat, kami berlepas diri; ~ asas Id bertentangan dgn yg lazim (pendapat dll); ~ hukum a) melawan hak; b) Id melanggar hukum; ~ politik tentangan dlm politik; berlawan 1. mempunyai lawan (tandingan dll): hulubalang terlalu perkasa tiada ~ di dlm negeri; 2. bersalahan (pd hukum, undang-­undang, dll), bertentangan dgn: perbuatan yg ~ dgn undang-undang; 3. bertanding (dlm permainan dll), beradu: Baba Melaka telah ~ pantun dgn orang dr Kedah; ~ senjata; berlawanan 1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama: pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba (utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan dll): kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San; 3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami; berlawankan sl menentang utk, berlawan kerana: kurang ia ~ Duli Yang Dipertuan lebih ia ~ anak isterinya bersungguh-sungguh; melawan 1. menentang (musuh, lawan, dll), menyangkal: yg hamba harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba; tidak baik ~ kedua-dua ibu bapa; ~ kuman penyakit; 2. melayan (berbual dll), membuat kawan (ber­cakap dll): orang-orang yg dilawannya ber­bicara itu terdiri drpd orang-orang yg tidak berapa biasa dengannya; 3. menandingi (dlm perniagaan, perjalanan, dll), menyaingi (utk menyamai atau melebihi yg lain), beradu dgn; melawani sl menentang akan, melawan akan, memusuhi: surat ini hendak pun tidak dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; memperlawankan 1. membuat supaya ber­kelahi (bermusuh, berlaga, dll), memperlaga­kan, mengadu; 2. menjadikan bertentangan (berlawanan dll); kelawanan ark kebolehan (kecekapan, ke­sanggupan) utk melawan atau berlawan; perlawanan 1. perihal melawan (menentang musuh dll), tentangan: Rommel kembali ke Jerman utk memimpin ~ terhadap pendaratan pasukan-pasukan pihak Berikat; pemerintah­an Belanda di Indonesia menyerah kpd tentera Jepun dgn tidak mengadakan ~ yg tegas; 2. pertandingan (sukan dll), peraduan: pasukan hoki tersebut akan mengadakan ~ persahabatan di Melaka; 3. perihal ber­lawanan (spt siang dgn malam dll), perten­tangan (makna dll): ~ kata; pelawan (orang yg) suka melawan atau menentang, orang dll yg dijadikan lawan, penentang, pembantah, penyangkal: diperoleh ayam akan ~ ayam Raja Chulan itu; anak ~ anak derhaka.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas