tepuk | 1 pukulan utk menepuk; hasil menepuk. | Kamus Pelajar |
tepuk | 1 perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan supaya berbunyi. 2 bunyi yg kedengaran apabila menamparkan kedua-dua tapak tangan. 3 pukulan yg tidak kuat dgn tapak tangan. ~ sorak (-sorai) tepuk tangan yg diiringi sorak. ~ tangan tamparan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi. bertepuk, = ~ tangan menamparkan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi (sbg tanda gembira dll): Para penonton ~ tangan apabila pemain pasukan Malaysia menjaringkan bola ke dlm gol pasukan lawannya. menepuk memukul (agak perlahan) dgn tapak tangan: Dia terkejut ketika abangnya ~ bahunya. ~ dada a. menampar dada dgn tapak tangan. b. ki membanggakan diri; menunjukkan keberanian. tepukan 1 pukulan utk menepuk; hasil menepuk. 2 hasil bertepuk (tangan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tepuk I | 1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan (supaya berbunyi); 2. bunyi yg terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan: suara itu diiringi pula oleh ketawa dan ~ budak-budak yg ramai di situ; 3. pukulan yg tidak kuat dgn tapak tangan, tepak; ~ dada tamparan di dada; ~ kuduk sanjungan, puji-pujian; ~ sorak (sorai) tepuk tangan yg disertai dgn sorak; ~ tari tepuk tangan sambil menari; ~ berbalas, alang berjawat = alang berjawat, ~ berbalas prb baik dibalas dgn baik, jahat dibalas dgn jahat; ~ dada tanya selera prb sesuatu pekerjaan yg akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis; ~ nyamuk menjadi daki prb melawan orang yg lemah itu akan memburukkan nama sahaja; bertepuk a) ~ tampar bergurau, bersenda: tidak spt selalu mereka ~ tampar dan ketawa berdekah-dekah; b) bertepuk tangan; ~ sebelah tangan tiada akan berbunyi prb tidak mungkin percintaan atau perselisihan terjadi drpd satu pihak sahaja; menepuk memukul dgn telapak tangan (tidak berapa kuat): dia terkejut ketika isterinya ~ bahunya; ~ dada a) menampar dada dgn tapak tangan; b) ki marah, memperlihatkan keberanian (kemegahan); menepuk-nepuk menepuk beberapa kali atau berulang kali: aku tersedar apabila dia ~ bahuku dr belakang; tepukan perbuatan bertepuk (menepuk). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tepuk | 1 perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan supaya berbunyi. | Kamus Pelajar |
tingkah II | 1. sj gendang; 2. tingkahan; bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih berganti, bersahut-sahutan, berselang-selangan: bunyi katak dan salakan anjing ~ memecah kesunyian malam; meningkah, meningkahi 1. memukul gen-dang dll menyelang (mengiringi) lagu atau bunyi lain; 2. mengiringi (menyahut) lagu dll dgn bunyi lain (alat muzik, tepuk tangan, dll): suara nyanyian anak-anak perahu ditingkah oleh suara geseran rebab dan kecapi; tingkahan 1. pukulan gendang dll yg mengiringi lagu, tarian, dsb; 2. nyanyi (tepuk tangan dll) yg menyertai bunyi-bunyian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpercik | 1. kena percik (air dll): tepuk air di dulang ~ muka sendiri juga; 2. memercik, keluar menghambur: air di dlm bekas itu ~ bajunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memanjang | 1. menjadi panjang (lanjut): spring itu ~; tepuk tangan yg ~; 2. mengikut panjang, membujur: potong sekeping kain ikut tepi atau ~; 3. terletak dll mengikut panjang, tidak melintang: di ampaian di tepi beranda yg ~ bangunan itu bergantungan pakaian kerja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tingkahan | 1. pukulan gendang dll yg mengiringi lagu, tarian, dsb; 2. nyanyi (tepuk tangan dll) yg menyertai bunyi-bunyian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecimpung | bunyi air ditepuk(-tepuk), ketimbung, ketimpung; berkecimpung 1. bermain dlm air sambil menepuk-nepuknya (hingga berbunyi); 2. menceburkan diri dlm sesuatu pergerakan (kegiatan dll), giat bergerak dlm sesuatu lapangan (usaha dll): sudah lama beliau ~ dlm lapangan drama dan persuratan; perkecimpungan perihal berkecimpung (dlm sesuatu kegiatan dll): seharusnya ~ mereka yg telah lama dlm bidang penulisan itu akan dapat membantu mereka utk menguasai gaya bahasa itu dgn baik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gemuruh | 1. = bergemuruh berbunyi spt guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dll): rakyat Pasai pun keluarlah, ~ bunyinya; ucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yg bergemuruh; 2. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb), agak gementar: setiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang lawan, terutamanya dlm kejohanan penting;kegemuruhan keadaan tidak tenteram, keributan: berlaku suatu ~ drama sejarah pd awal-awal tahun 1950-an. | Kamus Dewan Edisi Keempat |